Jumaat, 30 Disember 2011

Nak solat Hajat selamatkan Madrasah Salihiah pun dibuat laporan polis Pemuda PAS !!






Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Seterusnya klik sini

Isnin, 26 Disember 2011

KERAJAAN PAS TETAP MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

500 ahli AMK Hulu Kelang sertai UMNO

26/12/2011 3:08pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Isnin, 19 Disember 2011

MAYAT ANWAR TELAH DIKAPAN, DILETAKKAN DI PKR PADANG SERAI




Oleh kerana rakyat terus marahkan penasihat PKR ni, mayat Anwar telah dikapankan dan dilletakkan di tapak program ceramah PKR di Padang Serai. Inilah bukti rakyat sangat memarahi Ketua penipu yang kononnya membantu rakyat sebaliknya untuk menghidupkan kontrak-kontrak kroni pakatan mereka.

Sudah pasti Umno juga akan dipersalahkan kerana ketua penasihat penipu mereka dikapankan. Kesemua kesalahan pasti ditujukan kepada UMNO kerana penyokong mereka terlalu taksub kepada pidato Anwar yang berapi-api penuh dengan tipu muslihat.

Bukan seorang dua bekas pemimpin Anwar sendiri yang tak setuju dengannya lihatlah video dibawah..!!!

sumber

Sabtu, 10 Disember 2011

BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA MULA DIEDAR










Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 mula diedar di pusat -pusat yang disediakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri hari ini.Bagi Daerah Kulim/ Bandar Baharu pusat pengumpulan borang di adakan di Pejabat Perpaduan Daerah Kulim. Waktu beroperasi mulai jam 9 hingga 5 petang.

Borang ini juga boleh diperolehi dari kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong JKKKP dalam Bahagian Padang Serai di tempat masing-masing.

Manakala Pejabat Penyelaras Parlimen Kulim/ Bandar Baharu telah membuka 35 kaunter khas bagi tujuan pengedaran borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M)berjumlah RM 500 mulai hari ini sehingga 15 Disember 2011. Seramai 50 sukarelawan ditugaskan untuk membantu pengedaran borang tersebut.

Khamis, 8 Disember 2011

1 KELANTAN 1 MASJID


Hanya satu masjid

RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II

MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulaihari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai
pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan Malaysia

Selasa, 6 Disember 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEPASUKAN

JawatanKuasa Pemuda Kg Syed Sheh akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 7 Sepasukan Bawah 18 Tahun ( U18). Pertandingan ini akan diadakan di Padang Bola Sepak Taman Senangin, Kelang Lama, Kulim pada Hari Sabtu 10 Disember 2011 mulai jam 08.30 pagi.

Kepada pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Noor Darus 016 4326100 atau Saudara Azmi 017 4338446.

Khamis, 1 Disember 2011

Mufti Kedah Belasah MB Azizan

1- Hari ini di Berita Harian (Rabu 30 November) memetik, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, membidas kaw-kaw pentadbiran Datuk Azizan kerana membiarkan pusat hiburan tumbuh macam cendawan tanpa kawalan di Bandar Alor Setar.

“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku, di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan”

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,”
– Mufti Kedah di petik Berita Harian

Teguran Mufti itu cukup serious dan memalukan Azizan kerana selama ini PAS mempamirkan imej mereka lebih baik dari Umno dari segi mengawal tempat-tempat haram sebegini. Kononnya mereka lah yang terbaik dan memahami Islam dan mahir mentadbir cara Islam berbanding dengan Umno.


Ia membuktikan juga bahawa MB Azizan cukup lemah didalam hal-hal penguatkuasaan untuk membendung perkara sebegini sepanjang 3 tahun mentadbir.


2- Jika kita tanyakan Datuk Azizan memang dia akan katakan, ‘saya tak tau pa-pa’.

Malahan orang kuat PAS sendiri, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul mengesahkan bahawa pusat-pusat hiburan itu memangnya haram dan mengakui mereka tidak pernah memberi sebarang lesen-lesen baru.

Jika tidak pernah memberi lesen baru, bermakna yang dok tumbuh merata-rata adalah haram. Datuk Taulan sudah tersilap cakap. Taulan nak muhong tak kena gaya !

Kedah dan Kelantan sama gagah dan sama kuat dengan pusat-pusat pelacuran dan hiburan.

Pernah perkara ini di dedah besar-besaran oleh sahabat blogger sekampung AloqSetaq pada tarikh-tarikh berikut:



SUMBER

Rabu, 30 November 2011

UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu,
PKR umpama golok kayu,
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Sehubungan itu, jentera ketiga-tiga sayap parti itu iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu digerakkan secara bersama sebagai benteng untuk mempertahankan parti.
Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng Umno yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu.
Datuk Rosnah, Puteri adalah permata Umno. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO.


Anda mungkin juga meminati:

Khamis, 24 November 2011

TPM KE PARLIMEN PADANG SERAI

PADANG SERAI (KEDAH): Pendekatan pembangkang mencetuskan keadaan tidak puas hati rakyat dalam beberapa perkara bertujuan agar mereka membenci dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata pakatan pembangkang turut mengaitkan isu raja-raja, pengagihan zakat, bantuan kepada golongan miskin, banjir dan sebagainya untuk menyalahkan BN.
"Hal ini (memburukkan BN) tidak dapat dielakkan kerana niat mereka hanya untuk menumbangkan BN, tidak kiralah walaupun menimbulkan masalah kepada negara dan rakyat," katanya sewaktu berucap pada majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri di padang awam Taman Mutiara, Kampung Sungai Kob di sini petang ini yang dihadiri lebih 10,000 orang. seterusnya







LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PARLIMEN KULIM BANDAR BAHARU





Jumaat, 18 November 2011

LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PARLIMEN PADANG SERAI


YAB Tan Sri Muhiyyudin Yassin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan rasmi ke Parlimen Padang Serai. Beliau dalam siri lawatan kerja ke negeri Kedah pada hari khamis 24 November ini dan akan berada bersama masyarakat di Taman Mutiara, Sungai Kob Karangan pada jam 3 petang.

Sama-samalah kita beri sokongan dan war-warkan jemputan ini kepada rakan-rakan untuk turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN KHAS RM100

Bermula minggu ini, semua murid sekolah sama ada menengah atau rendah telah mula menerima bantuan khas RM100 seperti yg diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yg lalu. Bantuan khas yg diberikan bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolhan anak-anak mereka pada awal tahun hadapan.

Ibubapa seharusnya bersyukur dengan pemberian bantuan khas ini. Kepada ibubapa gunalah peruntukkan ini sebaik mungkin untuk persiapan anak-anak memasuki sekolah tahun hadapan.

Semoga dengan pemberian ini dapat meringankan beban ibubapa.terima kasih kepada pemimpin kerajaan BN yang prihatin masalah ini.

Selasa, 8 November 2011

MAJLIS KORBAN 1432H - UMNO KELANG LAMA


UMNO Kelang Lama telah berjaya mengadakan majlis korban yang diadakan diperkarangan Surau Kg Syed Sheh hasil sumbangan umno Bahagian Padang Serai. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.











Sabtu, 5 November 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN MENGIKUT SYARA'

Pembahagian daging korban adalah berpandukan sepertimana yang disyariatkan oleh syara‘. Hasilnya,
pembahagian daging korban dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati, serta menjaga segala aspek yang dituntut oleh syara‘.

Pembahagian Daging Korban, secara ringkas, seorang yang menyembelih korban sunat untuk dirinya, adalah disunatkan membahagi daging binatang korban tersebut kepada tiga bahagian seperti berikut:

1. Sepertiga (1/3) untuk dirinya.
Disunatkan bagi orang yang berkorban itu memakan sebahagian daripada sepertiga sembelihan korbannya
sebagai mengambil berkat.

2. Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin. sepertiga yang disedekahkan kepada golongan fakir miskin itu wajib dalam keadaan mentah, iaitu tidak dimasak. Maka hak orang fakir miskin pada daging tersebut adalah untuk dimiliki. Adapun maksud ‘milik’ di sini ialah diharuskan baginya:
i) Memakan daging tersebut;
ii) Menjual dan seumpamanya.

3. Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang-oang yang membantu kerja-kerja korban,. Mereka boleh jadi terdiri daripada ahli-keluarga, saudara-mara, jirantetangga, sahabat-handai, para pekerja dan yang seumpamanya (yang bukan daripada golongan fakir miskin).
Dicatat oleh Melayu Pasir Gudang

Khamis, 3 November 2011

NIK AZIZ KELIRU

Dulu bukan main, sokong sangat S.Ambiga sertai Bersih 2.0 sekarang kalut desak kerajaan ambil tindakan ke atas S.Ambiga..

KOTA BHARU 3 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka termasuk Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sekiranya terlibat sama.

Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.

Malah, Nik Abdul Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan daripada mana-mana pihak.

"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.

"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan ke atas hak asasi?

"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini. - Utusan

Rabu, 2 November 2011

PAKATAN NAK BUANG KAKITANGAN KERAJAAN


Entri kali ini khas untuk kakitangan Kerajaan yang masih tidak bersyukur berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.Bukan sahaja tak bersyukur tapi dok makan gaji buta untuk mendidik anak bangsa benci kepada kerajaan.

Jika mereka merasakan pembangkang dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan akan hilang pekerjaan.






Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

sumber

CUBA BACA YANG NI..PAS DAN DALIL-DALILNYA




Satu entri yang amat menarik untuk tatapan semua , selamat membaca.

Baca disini

Ahad, 30 Oktober 2011

PANAS....HUDUD PAS HANYA MODAL PRU 13

Panas! Bukti Dokumen, Hudud PAS hanya modal PRU13!
Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.

Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13.




SUMBER DISINI

Sabtu, 29 Oktober 2011

PENERANGAN ISU-ISU SEMASA SECARA KELUMPOK



Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS dengan kerjasama UMNO Kelang Lama telah mengadakan majlis penerangan isu-isu semasa secara kelumpok.Tujuan majlis diadakan adalah bertujuan menerangan mengenai dasar-dasar kerajaan serta isu-isu yang dihadapi pada masa kini.Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

Rabu, 26 Oktober 2011

7 SEBAB KENAPA PERLU TOLAK PAS.


1. Bagaimana Pas nak memerintah jika hanya bertanding 67 dari 222 kerusi Parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen (separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen)

2. Prinsip dan konsep perjuangan pakatan pembangkang yang didokong oleh Pas adalah sama rata dan menafikan hak keistimewaan orang Melayu. Prinsip Pas ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan merugikan orang melayu dan Islam.

3. Pas juga bersekongkol dengan Fahaman Pluralisme iaiitu seolah-olah semua agam adalah setaraf di Malaysia sedangkan Agama Islam adalah agama Rasmi

4. Pas turut bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

5. Pas menyokong kuap DAP yang sebenarnya serpihan dari parti PAP (people’s action party) yang lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang mengancam kedudukan Kau Melayu.

6. DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang disokong oleh Pas menindas orang melayu dengan dasar2 berat sebelah seperti merobohkan rumah dan kedai2 milik Bumiputera.

7. Ahli dan peyokong 2 DAP (bukan melayu)menyokong Pas hanyalah untuk menghapuskan UMNO dan bukannya kerana dakwah dan bukan juga bersetuju dengan prinsip perjuangan Pas.

sumber

Isnin, 24 Oktober 2011

MARI SAMA-SAMA KITA NYANYI LAGU BANGAU OH BANGAU 1..2..MULA

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x

kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x

perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x

nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x

kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Bagus, bagus nyanyian tadi..ada sapa-sapa nak tambah senikata lagu ni....?