Ahad, 31 Julai 2011

AJK KHAS UMNO BHG PADANG SERAI


Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran UMNO Bahagian Padang Serai akan ditubuhkan cepat mungkin bagi memikul tanggungjawab mengambil alih tampuk pentadbiran UMNO Padang Serai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebelum ini pentadbiran UMNO Padang Serai diletakkan di bawah UMNO Kedah setelah ketuanya Abdul Rahman Mahmud menyerahkan surat perletakan jawatan parti pada 7 Jun lalu.

Buat sementara waktu tugas berkaitan akan diserahkan kepada jawatankuasa yang akan dilantik namun apabila masalah UMNO Padang Serai selesai baru kita akan serah balik kepada sesiapa yang dirasakan layak memangku jawatan ketua UMNO bahagian itu.

Khamis, 28 Julai 2011

LAWATAN NAJIB KE KEDAH

Hari ini YAB Dato Sri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kedah. Rakyat Kedah mengalu-alukan kehadiran YAB Perdana Menteri. Sini