Isnin, 19 September 2011

TOLONG BANTU CARI ORANG NI....


Warga emas di Kulim sudah empat hari tidak pulang

19/09/2011 5:26pm

KULIM 19 Sept – Seorang warga emas dari Kampung Padang Tembak di sini dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu, setelah keluar bekerja di Prai, Butterworth.

Isterinya Aminah Baharin, 62, berkata, suaminya Husin Abdullah, 67, keluar dari rumah mereka kira-kira 6.30 pagi Khamis lalu dengan menunggang motosikal Modenas Kriss 110cc berwarna biru dengan nombor plat PDW 4544.

“Setiap hari dia akan pulang ke rumah dan sampai pukul 2 petang. Tapi hari Khamis, hingga pukul 5.30 petang, dia belum sampai rumah,” katanya kepada di sini hari ini.

Aminah berkata, pada petang Khamis, laporan polis tentang kehilangan suaminya telah dibuat dan pada keesokan hari, anak-anak mereka telah pergi ke tempat kerja bapa mereka, tetapi diberitahu bapa mereka tidak datang bekerja pada hari Khamis itu.

Beliau juga berkata, sejak akhir-akhir ini, suaminya didapati mengalami masalah hilang ingatan dan sering berada dalam keadaan murung dan tidak banyak bercakap.

“Orang ramai yang menjumpai atau mengetahui di mana ayah saya boleh menghubungi saya di talian 019-5555612 ataupun 04-4952794,” kata anaknya, Hisham, 23. – Bernama

Mercedes Benz KCK8 bukan Milik Azizan, Yang ni kereta sapa?






Soalan yang ditanya KCX8 bukan KCK8

sumber sini

Ahad, 18 September 2011

HINDRAF PULA TUNTUT KERUSI PADANG SERAI

Mereka sudah mula berebut kerusi nampaknya, Pertubuhan Hindraf yang telah di halalkan dengan nama Human Right Party (HRP) melalui P Uthayakumar telah meminta dari Pakatan 7 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negari dalam PRU 13 nanti. Jika Pakatan tidak mengindahkan tuntutan ini mereka seramai lebih kurang 10,000 orang akan berdemo di hadapan ibupejabat PKR.





Kerusi Parlimen yang di idamkan HRP ialah Padang Serai (Kedah), Batu Kawan (Penang), Ipoh Barat (Perak), Kota Raja (Selangor), Teluk Kemang (Negri Sembilan), Cameron Highlands (Pahang) and Tebrau (Johor).




Manakala 16 kerusi DUN pula ialah Bukit Selambau dan Lunas (Kedah), Prai dan Bagan Dalam (Penang), Buntong dan Hutan Melintang (Perak), Port Dickson dan Jeram Padang (Negeri Sembilan), Tanah Rata dan Ketari (Pahang), Puteri Wangsa dan Tiram (Johor) dan Sri Andalas, Ijok, Seri Setia dan Bukit Melawati (Selangor).


http://melayupasirgudang.blogspot.com/2011/09/hindraf-tuntut-7-kerusi-dan-16-kerusi.html

Khamis, 15 September 2011

DAP TUNTUT 2 PARLIMEN 4 DUN KEDAH


Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.




P/S Amacam..Ustaz Azizan boleh layan ke?

Selasa, 13 September 2011

TOK IMAM DAN BILAL DIPAKSA MAKAN DAGING BABI SEBELUM SEBELUM DITEMBAK




Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.


Karikatur itu disiarkan di Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bagi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

GEMPAQ- SURAT CINTA YB UMNO KEDAH

KLIK DISINI

Isnin, 12 September 2011

MERDEKARAYA UMNO PADANG SERAI

Pertamanya ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Padang Serai kerana telah berjaya mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri yang telah diadakan di Pekan Padang Serai. Ini merupakan satu kejayaan mengambil kira kehadiran ramai pengunjung ke majlis tersebut.

Kehadiran Datuk Ahmad Bashah , Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Ali Rustam Ketua Menteri Melaka bersama masyarakat setempat menambahkan lagi kemeriahan sambutan.

Melihat kepada ramainya pengunjung ke majlis ini, mengambarkan bahawa penerimaan masyarakat serta pemilihan tempat menjadi faktor kejayaan penganjuran ini. Tahniah sekali lagi.Pada masa yang sama perbanyakkan program penerangan mengenai isu-isu smasa kepada masyarakat setempat. Suasana politik di Padang Serai "nampak sunyi"