Isnin, 25 Jun 2012

Umni tegur pimpinan UMNO



"Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita  betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli Yang Berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi anwar dan azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti Seluruh pimpinan UMNO perlu membantu YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Jagi mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO ialah kita jangan buat program syok  sendiri, dalam kalangan ahli UMNO saja, sebab itu kita kalah pada 2008 kerana tidak belajar daripada kesilapan" kata Ummi Hafilda Ali yang menyampaikan ceramah di Rompin, Pahang.

Khamis, 21 Jun 2012

Perkembangan Terkini Sungai Kob!


Perkembangan Terkini Sungai Kob! Penduduk Sedia Bertempur Dengan Prestavest!

Nampaknya keadaan semakin getir di Sungai Kob. Penduduk kampung tidak lagi dapat menahan sabar ekoran kedegilan dan keangkuhan kontraktor bernama Prestavest yang kini telah merompak tanah penduduk kampung untuk pembinaan jalan bertar menuju ke kawasan perkuburan swasta mereka di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob, Karangan. 
Setakat ini, Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil sebarang tindakan selain daripada menyalahkan kerajaan UMNO-BN terdahulu yang kononnya telah meluluskan tanah perkuburan swasta berkenaan, meskipun sebenarnya yang mewujudkan tanah perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu adalah Pakatan Rakyat. Dua perintah mahkamah sebelum ini terutama pada zaman pentadbiran UMNO-BN menyebabkan Prestavest tidak berdaya meneruskan niat mereka untuk meletakkan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu Sungai Kob. 
Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dengan bahagian Selatan Kedah telah 'diserahkan' kepada PKR, inilah yang berlaku!
Maklumat terbaru yang diterima ialah, penduduk kampung telah mendirikan dua buah khemah di jalan masuk ke Memorial Park Sungai Kob. Pemaju tanah perkuburan swasta tersebut telah diberikan kata dua iaitu mengeluarkan semua mesin dari kawasan berkenaan dan menghentikan projek. 
Tempoh akhir adalah pada pukul 9:00 pagi nanti. 
Sepasukan anggota polis telah digerakkan ke kawasan tersebut bagi menghalang sebarang kemungkinan yang buruk.
Wakil Kerajaan Negeri tidak kelihatan. Malahan ADUN Kulim, wakil PKR juga tidak nampak batang hidung. Begitu juga dengan wakil Pejabat Tanah dan Galian yang telah meluluskan projek berkenaan walaupun selepas menerima perintah mahkamah agar ia dihentikan!

Ahad, 17 Jun 2012

PERJUMPAAN USAHAWAN & BANTUAN TEKUN PADANG SERAI

Majlis perjumpaan Usahawan TEKUN kawasan Padang Serai telah diadakan 
di Taman Mahsuri Padang Serai. 










Rabu, 13 Jun 2012

JANJI DITEPATI



JKKKP Kg Syed Sheh merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui KEDA yang meluluskan peruntukan membaiki rumah Encik Ismail bin Din di alamat 945 Kg Syed Sheh di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) dengan peruntukan sebanyak RM11000.00.







Selasa, 12 Jun 2012

Sembahyang Khas Buat Ambiga, Pemimpin Islam PKR Terlibat Langsung!



Satu acara keagamaan telah dilangsungkan di Kulim atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2012 di Kuil Sri Maha Muthu Mariaman Kelang Lama, Kulim melibatkan INDRAF dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Serai. Program yang sepatutnya dihadiri oleh 1000 orang memandangkan Padang Serai dianggap kubu selamat PKR, bagaimanapun, hanya mampu menarik kehadiran tidak lebih 100 orang. Acara berkenaan berlangsung dari jam 6:30 petang sehingga 9:50 malam.
Acara tersebut adalah untuk menyokong 'perjuangan' Ambiga Sreevanasan untuk keadilan atau lebih tepat lagi, Sembahyang Khas untuk Ambiga.
Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Naib Presiden PKR Pusat, N.Surendran, Dato' Hj. Tasleem Ibrahim, Presiden INDRAF Pusat, Latheefa Koya, Peguam PKR dan M.Asokan, Pengerusi INDRAF Kulim.
Antara isu yang diceramahkan adalah berkenaan BERSIH 3.0 dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Ambiga Sreevanasan yang sekarang ini tidak lagi membuka mulut atau celupar seperti sebelumnya.
Acara dimulakan dengan SEMBAHYANG KHAS untuk Ambiga dan kemudian disusuli ucapan Ambiga yang tidak hadir, tetapi dibuat menerusi perbualan telefon.
Seperkara yang menarik ialah, acara ini tidak memberi sebarang impak positif terhadap sokongan masyarakat India kepada PKR bagi Parlimen Padang Serai memandangkan majoriti hadiri merupakan masyarakat India dari luar, khususnya dari Sungai Petani dan Pulau Pinang.
Sambutan dan mood hadirin juga kurang menggalakakkan kerana penganjur gagal mencapai matlamat itu mengumpulkan 1000 orang seperti yang dijanjikan.
Antara lain dalam ucapannya, Tasleem Ibrahim menyatakan yang MAJLIS FATWA KEBANGSAAN ADALAH HARAM kerana fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis berkenaan terhadap Demonstrasi BERSIH adalah HARAM.

Isnin, 4 Jun 2012

cerita panas







Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Suka, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan. 
Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010. 
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco. 
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa. 
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu. 
Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang diceritakan oleh ADUN PAS berkenaan, KEDAHAN69ERS.COM mengucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Siti Aishah Abdul Ghani dan Hamdan Che Khalib, sekaligus segala cerita buruk yang serba mengaibkan akan terpadam dan berlalu.sumber