Sabtu, 22 September 2012

Guan Eng: DAP Kedah wajar dapat tambahan kerusi



WARTAWAN SINAR HARIAN
22 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
ALOR SETAR -  DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.  
   
“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.   
      
Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.  
      
“Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR,” katanya.           

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu.           

“Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini,” katanya.     
    
Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit.
         
“Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.

Khamis, 20 September 2012

Ngeh tak mahu mohon maaf


 Oleh Syuhada Choo Abdullah, Shamsul Kamal Amarudin, Nahar Tajri, Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd MutalibCetak
Kuala Lumpur: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu berkata, tidak timbul isu minta maaf kerana beliau hanya melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu

Khamis, 13 September 2012

TERKINI DARI PADANG SERAI..!!! LAPORAN POLIS DAH DIBUAT, KHATIB SESAT TAKLEH LARI DAH..!!!




Saya diberitahu bahawa sekitar 20 orang anak qariah Masjid Jamik An-Najihin telah hadir ke Balai Polis Karangan di Kulim bagi memfailkan laporan polis terhadap "khatib penipu" yang berkempen politik melalui khutbah Jumaat pada 7 September baru-baru ini.

InsyaAllah saya akan menyiarkan laporan polis tersebut dalam masa terdekat....

Nampaknya Mohd Halizal tak boleh lari ke mana-mana lagi. Identitinya sudah dapat dikesan dan tunggulah di depan rumah sehingga pihak berkuasa datang...heh!

Lain kali, nak berpolitik pun agak-agaklah! Tak payah la nak berpolitik dalam masjid. Sampai khutbah Jumaat pun nak ditukar jadi ceramah politik...tu dah kira melampau la tu...

Paling melampau bila dia buat cerita karut pasal mimpi tu. Dah la cerita pasal politik dalam khutbah Jumaat, dia buat pulak cerita karut pasal Rasulullah SAW. Kalau nak diikutkan, nak je saya tampar budak Halizal ni...

Kalau nak berpolitik, berpolitik la kat luar masjid. Masjid tu tempat umat Islam bersatu dalam satu jemaah berasaskan persaudaraan Islam. Bila sebut bab politik dalam masjid, maka ia boleh menyebabkan pepecahan di kalangan anak-anak qariah tu...sebab tu orang marah!

Nak bodek Anwar pun agak-agak la. Apa yang jasa Anwar kat kawasan Padang Serai tu? Heh! Masjid tempat Halizal ceramah politik tu Anwar ke yang bina? Agak-agak la...jangan la salah gunakan masjid...

Hang duduk la diam-diam kat Taman Tunku Putra tu. Bila polis datang nanti, ikut je la ke balai. Aku nak tengok...Anwar datang ke jamin hang nanti...heh! Silap-silap dia hantar wakil je datang jamin hang kat situ...heh!
Posted by DukeOfUMNO at 5:02 PM

Ahad, 9 September 2012

Bashah: Saya pasrah jika saya bukan calon PRU



9 September 2012
 Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
PADANG SERAI - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah akan menerima keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, beliau tidak akan terkilan tidak dipilih semula setelah empat penggal menjadi wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bakar Bata.
"Ini pengakuan ikhlas saya. Yang penting kita jangan khianati parti dan pucuk pimpinan. Jika tidak terpilih, saya pasrah dan rela," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Padang Serai di Dewan Besar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dekat sini, petang semalam.
Menjawab pertanyaan wartawan, beliau berkata calon-calon yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian untuk dipilih dikemukakan kepada ibu pejabat Umno yang membuat tapisan sebelum senarai terakhir diumumkan. - Bernama