Selasa, 10 Julai 2012

JANGAN SELESA, TERUS MENYERANG



Dalam teori perang saraf, yang penting adalah menyerang, tetapi dalam hal ini kita mempunyai kebolehan menjawab isu, tetapi tidak untuk membangkitkan isu.

Selain itu, kita hanya menerima laporan tetapi tidak dapat membalasnya.

Dalam pada itu, mereka yang mengelarkan winnable candidate telah mula menyatakan mereka yang layak menjadi calon dan orang tidak. Saya khuatir mereka tidak dipilh sebagai calon, ia akan mengulangi tahun 2008 iaitu mereka tidak menyokong calon terpilih. "kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi".

Isnin, 2 Julai 2012

SETIAP HARI ADA PROGRAM -SHAP


PRU13 - UMNO Lancar Program 'SHAP' di Setiap Daerah Mengundi.

E-mailPrint
alt

KUALA LUMPUR 1 Julai - UMNO akan memberi tumpuan kepada program 'Setiap Hari Ada Program' atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.

Beliau berkata sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.

"Shap akan dimulakan hari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi Umno dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.

Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya.