Jumaat, 24 Februari 2012

APA NAK JADI KERAJAAN PAS KEDAH


sekadar hiasan


ALOR SETAR 23 Feb. - Kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Empat Exco yang dikaitkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Jumaat, 17 Februari 2012

DEMO BANTAH PEMBINAAN JIRAT CINA DI SUNGAI KOB,KULIM



17 FEBRUARI JUMAAT- Cadangan pembinaan jirat cina di SungaiKob disatu kawasan yang majoriti orang-orang Melayu telah mendapat bantahan beramai-ramai selepas solat Jumaat.Sapa dan pihak manayang meluluskannya







Ahad, 12 Februari 2012

ADA APA DI SUNGAI KOB

17 Febuari, Satu demonstrasi akan dihadapan masjid Sg Kob, Karangan, Kulim Kedah membantah pembangunan MEMORIAL PARK seluas 200 ekar untuk dijadikan kubur Cina, Hindu, dan Kristian di kawasan penempatan yang dikelilingi Melayu Islam. Nak hairan apa, jika tanah wakaf khas MADRASAH SALIHIAH sekalipun PAS jual inikan pula tanah kubur. Yang penting masyuk, tabung pilihanraya dan habuan untuk MB dan EXCOnya mesti tersedia, mana tau takut-takut, besok selepas PRU ke- 13 PAS, bertukar pula menjadi pembangkang.


SUMBER DISINI