Ahad, 10 Januari 2010

AKTIVITI FAMILY WALK DAN BUBUR ASYURA


aktiviti "family walk"



Mengacau Bubur Asyura
Aktiviti "Family Walk " yang disertai penduduk Kg syed Sheh telah diadakan pada hari Sabtu 9 Januari. Aktiviti beriadah ini bertujuan menyihatkan badan disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan masyarakat setempat yang dijalankan pada sebelah pagi manakala aktiviti mengacau bubur asyura dijalakan pada sebelah petang. kedua-dua aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti-aktiviti ini.






Rabu, 6 Januari 2010

MEMPERKASAKAN KOMUNITI

Dalam usaha merealisasikan apajua organisasi / pertubuhan , kita perlulah mengenalpasti kekuatan dan kelemah bagi membaiki segala kehebatan dan kepincangan penganjuran. Ilimu dan kemahiran amat penting dikuasai oleh sesebuah jawatankuasa, Tanpa ilmu dan kemahiran ini, maka niat dan cita-cita tidak akan kesampaian. Melalui perbincangan serta hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling , membolehkan sesebuah jawatankuasa menilai kehendak masyarakat tersebut.

Hasrat dan cita cita-cita untuk memenuhi kehendak/ keperluan masyarakat boleh dibuat melalui kaedaan menerusi :


5I , Intelligence - Intervention - Involvement - Implementation dan Impact.


Intelligence
Adalah langkah pertama bagi pengumpulan maklumat mengenai minat dan kehendak masyarakat. Pengumpulan maklumat ini perlu bagi mengenalpasti apa yang sebenar yang dikehendaki oleh masyarakat sekeliling dengan mengambira pelbagai lapisan / golongan masyarakat. Maklumat yang diperolehi akan dianalisa serta dan dibincang oleh jawatankuasa berkenaan.

Involvement
Langkah ini memerlukan pembabitan semua pihak, Dala hal ini organisasi berusaha mendapatkan pembabitan daripada para pemimpin masyrakat, keluarga masyarakat, sektor awam, pihak swasta, badan koperat dan lain-lain badan sukarela serta orang perseorangan.

Intervention
Langkah kedua adalah melibatkan diri secara aktif oleh semua pihak yang terlibat. Dalam hal ini JK akan menjadi perantara dan peneraju serta berusaha mendapatkan pembabitan semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Pembabitan ini juga boleh dibuat bersama oleh pihak-pihak tertentu termasuk pihak swasta dan orang perseorangan.

Implementation
Langkah berikut adalah perlaksanaan program diperingkat jawatankuasa yang merancang apa-apa program / aktiviti untuk masyarakat sekeling. Perlaksanaan ini diharap dapat dilakukan dengan berkesan.

Impact
Langkah ini adalah sebagai proses yang terakhir, kita perlu membuat penilaian yang terperinci akan keberkesanan program. Semua ini akan dinilai bagi memastikan segala perancangan dan ide dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana penerimaan dan kehandak masyarakat atau kumpulan sasar.

Selasa, 5 Januari 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

sesi bergambar sebelum pertandingan



Pertandingan Peringkat Akhir


Pertandingan BolaSepak 9 Sebelah telah berjaya dianjurkan oleh JKKKP Kg Syed Sheh.Pertandingan ini diadakan di padang Taman Senangin , Kelang Lama, kulim. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian. Saudara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai telah sudi merasmikan pertandingan ini. Johan Pertandingan ini disandang oleh Pasukan Remaja Tasek Gelugor sementara Naib Johan dimenangi oleh Remaja Kampong Syed Sheh. Hadiah-hadiah yang berupa wang tunai dan piala iringan telah disampaikan oleh Encik Mohd Nor bin Daud, Pengerusi JKKKP Kg Syed Sheh. Tahniah kepada pasukan yang berjaya .




BERSAMA MEMBANTU MASYARAKAT


Menunggu giliran untuk temuduga

Pegawai dari JKM sedang menemuduga



Ahli JKKKP yang turut hadir


JKKKP Kg Syed Sheh dengankerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim telah mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya di Kampong Syed Sheh . Seramai 24 individu telah dijemput untuk menghadiri sesi temuduga oleh Pegawai dari JKM Kulim.

hasil temuduga tersebut , seramai 3 OKU telah mendapat bantuan bulanan dari JKM Kulim. Ini dapat meringankan beban kepada keluarga yang menjaga individu tersebut. Usaha murni ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan penduduk kampong Syed Sheh yang memerlukan bantuan sentiasa mendapat perhatian dari pihak-pihak berkenaan.

JKKKP Kg Syed Sheh merakamkan jutaan terima kasih kepada JKM Kulim serta orang perseorangan yang turut menjayakan majlis ini.








KEMPEN BERSIH DAN INDAH









gotong royong membersih kawasan




Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKKP) Kampong Syed Syed dengan kerjasama penduduk termasuk JKRT telah berjaya menganjurkan program Kempen Bersih dan Indah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan persekitaran kawasan sentiasa bersih disamping mengindahkan kawasan. Dengan adanya kempen ini adalah menjadi harapan , agar persekitaran kampong ini bebas dari sampah dan sentiasa bersih.




JKKKP dan JKRT mengambil kesempatan disini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kempen bersih dan indah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Isnin, 4 Januari 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Salam Sejahtera..
Suasana sambutan tahun baru kali ini agak muram dengan kehadiran isu yang amat sensitif bilaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja khatolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Perkataan Allah hanya ekslusif bagi agama Islam.
Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama umat Islam di negara ini. inilah padahnya apabila ada pihak yang memberi ruang kepada orang lain untuk menjayakan perjuangan politik tanpa memperdulikan kesucian agama yang boleh diperlekehkan oleh kaum lain. Seharusnya semua pihak , khususnya ahli-ahli politik mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Pada masa yang sama , Pelbagai pertubuhan NGO telah menyuarakan bantahan terhadap isu ini. Rata-rata melahirkan kekecewaan serta amat marah dengan keadaan ini. Apa yang pasti sehingga kini belum ada perhimpunan / bantahan yang dibuat disekitar Kulim/ Padang Serai. Penulis ingin melihat kebangkitan bagi menunjukan kekuatan agama dan bangsa kita. Apapun kita menaruh keyakinan dan kemampuan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan perkara ini.

SELAMAT TAHUN BARU - SATU PERUBAHAN




Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..


Kesempatan ini ,selaku Ketua dan Ahli Jawatankuasa UMNO Kelang Lama mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua . Sentiasa menjadi harapan agar sambutan Tahun Baru ini akan memberikan kekuatan dan kesepakatan untuk terus berjuang demi menegakkan Agama , Bangsa dan Tanahair.


Cabaran yang mendatang menjadikan satu motivasi kepada semua Ahli-Ahli UMNO untuk terus meningkatkan kekuatan serta iltizam bagi mencapai perjuangan yang murni ini. Sebagai sebuah organisani yang kuat , UMNO haruslah mempunyai sebuah jentera yang jitu dan padu bagi memperkukuhkan Ornanisasi. Berikut diperturunkan aspek utama untuk mencapai matlamat organisasi.


Terdapat 5 aspek utama :



Authority / kuasa

Communication / komunikasi atau perhubungan

Productivity / prestasi atau pengeluaran

Morale / Maruah atau semangat

Change / perubahan


AUTHORITY / KUASA

Pemimpin organisasi dari semua peringkat hendaklah mengingati, menyedari dan menginsafi punca kuasa yang diperolehinya. Jika organisasi itu mengamalkan sistem demokrasi dan memilih pemimpinnya di dalam mesyuarat agung, maka semua pemimpin hendaklah menghormati peruntukan perlembagaan organisasi.


COMMUNICATION / PERHUBUNGAN

Apabila sesebuah organisasi sudah membuat keputusan untuk melaksanakan sesuatu projek / program/ aktiviti , maka ahli-ahli organisasi hendaklah diberi maklumat melalui sistem penerangan / komunikasi. Penerangan perlu dibri kepada semua ahli supaya projek / program itu didokong atau disokong oleh semua ahli. Jika penerangan yang jelas sudah dibuat maka jika projek itu gagal maka tidaklah pemimpin sahaja yang dipersalahkan. Malahan dengan adanya penerangan kepada ahli-ahli, walau dimana jua mereka berada, mereka akan turut menyokong untuk menjayakan projek berkenaan. Semua kegiatan dan masalah organisasi perlu dilaporkan kepada ahli-ahli di dalam mesyuarat jawatankuasa, perjumpaan dan mesyuarat agung.


PRODUCTIVITY / PENGELUARAN

Seseorang pemimpin yang dipilih hendaklah mampu merancang dan melaksanakan program untuk organisasi. Organisasi itu tidak akan berjaya jika tandusan projek dan program. Sesebuah organisasi hanya akan disanjung dan pemimpinnya dihormati jika ada banyak projek dan program. Kejayaan organisasi akan diukur dari banyak atau sedikit projek dan programnya yangdilaksanakan. Pemimpin dan organisasi yang banyak projek/ program dikatakan produktif atau tinggi pengeluarannya.


MORALE / MARUAH DAN SEMANGAT

Setelah merancang banyak projek dan program ianya wajib dilaksanakan dengan jayanya. Jika projek itu berjaya maka semangat ahli-ahli organisasi akan meningkat, dan organisasi dikatakan bermaruah dan ahli-ahli akan menjadi bersemangat dan bangga dengan kejayaan organisasinya.


CHANGE / PERUBAHAN

Perubahan adalah satu yang sangat penting. Ini bereti organisasi itu tidak boleh berterusan dengan projek / program yangsama tanpa ada sebarang perubahan. jika organisasi tidak berubah maju maka tanggungjawab ahli ialah utuk merubah pemimpin dan sanggup membawa pperubahan. Walaubagaimana pun pemimpin lama tidak seharusnya diganti jika sentiasa mampu bawa perubahan.