Isnin, 15 April 2013

PRU-13: Lagi ulama tinggalkan Pas, sertai UMNO




KUALA LUMPUR 15 April - Trend penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.


Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar Pas di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.


Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana Pas kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.


Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, dekat sini, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_01/PRU-13-Ulama-sertai-UMNO-gambarkan-ada-tidak-kena-dengan-Pas#ixzz2QUvXQgG5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 5 Mac 2013

KAFIRKAH AKU - C.N AFGHANI

SALAM SEJAHTERA..

JEMPUTAN HADIR 
BERSAMA-SAMA KITA IKUTI CERAMAH  

C.N AFGHANI  

PENULIS 
BUKU KAFIRKAH AKU




PADA RABU 6 MAC 2013
MASA 9 MALAM
BERTEMPAT
 PADANG KAMPONG TUNKU PUTRA, KELANG LAMA, KULIM

JEMPUT RAKAN / KAWAN HADIR BERSAMA



Khamis, 20 Disember 2012

396 ahli Pas Semerak keluar parti, sertai UMNO


PasIR PUTEH 20 Dis. - Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.
Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.
"Kami mula terpengaruh dengan amanat Haji Hadi yang disampaikan oleh penceramah Pas menerusi masjid dan kempen pilihan raya dalam tempoh 30 tahun lePas," kata Che Ngah yang juga bekas anggota Pemuda Pas Tahan Lasak pada satu majlis penerangan Amanat Haji Hadi di Kampung Lembah di sini, hari ini.
Che Ngah berkata sekarang beliau dan rakan-rakannya sedar amanat itu hanya retorik politik dan bukan ajaran Islam sebenar, sehingga Pas sanggup mengeluarkan hukum kononnya tidak sah jika bersolat berimamkan orang UMNO dan terpaksa menikah dua kali (dinikahkan semula) jika dinikahkan oleh imam UMNO.

Beliau berkata Pas juga gagal menyediakan infrastruktur yang sempurna kepada rakyat seperti masjid, jalan dan jambatan sebagaimana yang dijanjikan walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama kira-kira 22 tahun.Rakannya, Ahmad Abu Bakar berkata beliau merasa kesal dan bersalah kerana turut terpengaruh dengan amanat itu antara lain orang UMNO yang meninggal dunia tidak boleh dikebumikan di kawasan perkuburan orang Pas sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata kini semakin ramai anggota dan penyokong Pas ingin menyertai UMNO kerana mereka sudah sedar dengan tipu daya Pas.

"Perkembangan terbaru itu luar biasa dan hasrat UMNO untuk menawan empat DUN dan Parlimen Pasir Puteh yang kini dikuasai Pas semakin cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Baru-baru ini pelbagai pihak mendesak Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti itu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden Pas itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak. - BERNAMA