Jumaat, 26 Februari 2010

USAHA MEMBANTU MASYARAKAT



MERBAU PULAS - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Halim Hassan berkata, masih ramai dalam kalangan Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung dan Persekutuan (JKKKP) yang bukan Melayu berhadapan dengan pelbagai masalah dan tidak mengenali kepimpinan UMNO. Perkara ini dimaklumkan kepada beliau ketika dia membuat lawatan ke Sungai Karangan. Menurut beliau, UMNO lebih konsisten dan sering mengadakan lawatan di kawasan perkampungan Cina dan India untuk memastikan permasalahan yang mereka hadapi dapat diselesaikan. Beliau tidak menafikan ada beberapa pihak cuba menyekat tugas kemasyarakatan dilakukannya tetapi semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk menjalankan tugas demi kepentingan rakyat. “Kita kena ingat, UMNO harus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu. Apa yang saya lakukan adalah untuk menaikkan nama parti dan pandangan masyarakat terhadap parti. Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyekat saya dari melakukan tugas kebajikan dan tindakan mereka ini tidak profesional. Semua ini tidak seharusnya berlaku kerana persaingan seharusnya dilakukan secara sihat. Apa yang lebih penting kepada saya adalah perjuangan untuk membantu orang Melayu dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada UMNO,” katanya. Beliau dimaklumkan petugas di sebuah agensi kerajaan ada sesetengah jabatan tidak dibenarkan turun padang bersamanya oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan tugas kemasyarakatan. Ini tidak seharusnya berlaku kerana setiap pemimpin mempunyai agenda tersendiri untuk mendampingi dan memenangi hati rakyat. Menurut beliau, sekiranya mereka tidak mampu bersama rakyat dan masyarakat sudah tidak percaya terhadap mereka, tindakan yang harus mereka lakukan adalah dengan memperbaiki kesilapan. “Saya berpendapat usaha murni yang UMNO lakukan selama ini adalah untuk membantu golongan memerlukan. Saya tidak takut pada persaingan tetapi biarlah ia dilakukan secara sihat. Mereka harus sedar perlakuan mereka sedang diperhatikan. “Saya akan terus memberikan bantuan kepada keluarga atau individu yang memerlukan bantuan. Dengan adanya usaha bersungguh-sungguh dan komitmen yang diberikan, rakyat akan lebih terbuka untuk menerima UMNO,” katanya. sinar harian

Komen UKL
Kurang faham dengan kenyataan ini kerana beliau merupakan timbalan Ketua UMNO Bahagian yang boleh menyuarakan pandangan beliau mengenai perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian. Apakah tiada apa-apa mekanisme pentadbiran dan pengurusan parti . Perkara ini patut dielakkan kerana ianya boleh melemahkan jentera parti.

Khamis, 25 Februari 2010

TUKAQ EXCO dan MASALAH AYAQ


Masalah ayaq di Kedah meresahkan kepimpinan Kedah Sejahtera. Hampir dua bulan masalah ayaq ni berlarutan. masalah Bukan sekatat takdak, yang ada pun kotoq. La ni musim panas, yang dijangka berlarutan sampai bulan april. Rakyat dah mula gelisah, musim cuti dah dekat, ada yang nak buat kenduri dan macam-macam lagi. Semua tu memerlukan sumber air yang bersih. Kalau ayaq yang ada pun kotoq, macamana dengan kesihatan rakyat Kedah.


La ni kerajaan Kedah dok pikiaq nak rombak ke nak tukar exco, mungkin yang dok ada tak boleh buat keja. Dulu masa BN perintah semua kata yang tu , yang ni tak betui, la dah pegang tampok kerajaan baru nak susun jentera kerajaan .Dah dua tahun berkhidmat, nak tukaq pula exco , masalah ayaq macamana? Yang ada pun bukan koman, dr la ir tapi masalah rakyat lagi teruk.


Mungkin ini satu langkah yang dibuat bagi nak" jaga" hati rakan-rakan dalam pakatan, mana tau kut-kut ada yang menyebai. Apapun harap masalah ayaq ni kena selesai dulu, kesian kat orang.

pasai exco kita tunggu la tengok. unspinners




UKL telah menerima email dari seorang sahabatseperti berikut"

Saya dapat maklumat kata banyak kilang di hitech dah nak belah.Bila tak dak ayaq bukan saja kita ,kilang pun masalah.Cuba bayangkan kalau kilang tu ada 500 orang,400 kencing,100 berak,nak basuh tak dak ayaq,jem kilang tu. Pasai tu la waktu orang perentah jangan dok nampak salah orang saja ,bila hangpa perentah,ayaq pun tak boleh selesai.Hangpa tak pa la bolih buat keluaq fatwa jangan minum ayaq,kita kena terima dugaan tuhan.Kami orang UMNO tak dak ayaq tak leh duduk,tak mandi badan belengeh.Tak basuh berak pungkok belengeh.Hangpa boleh belajaq pakai kertas.Kemarin aku dengaq cerita lucu di Lunas. YB.Aishah nak bagi hemper kat orang cina di Lunas. Ramaila warga mas tunggu dekat tokong cina lunas. Dok sat depa wak maila hemper dengan van.Tapi depa guna van jenazah masjid punya.Orang cina takut dengan van mayat.Depa pantang kalau tengok van mayat.Apa lagi kalau bubuh hamper dalam van tu.Akibatnya depa lari,takut tengok hamper YB.Aishah.Punya la bodo puak-puak tu.Hari ni surat khabaq cina buat cerita lucu ini. Satu malaysia gelak dengan kebodohan Aishah.kalau nak bekawan dengan cina tu,belajaq la sikit pantang larang depa.!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 24 Februari 2010

DEBAT MELAYU-ISLAM


"Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar tiga pemimpin yang terlibat dalam demonstrasi membantah penindasan terhadap orang Melayu di Komtar baru-baru ini untuk bersemuka melalui debat. "

Melihat kepada keadaan ini, usaha untuk membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang nampaknya tiada kesudahannya. Bantahan yang telah dibuat oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) kepada kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP mendapat halangan dan dari AMK, Pemuda PAS dan DAP. Berdebat untuk mempertahankan kebenaran tidak membawa apa-apa faedah kepada orang Melayu Pulau Pinang. AMK dan PAS Janganlah terlalu emosional soal berparti, sehingga nasib bangsa terabai, yang penting apa yang disuarakan oleh mereka yang membantah penindasan ini adalah untuk melihat dan memastikan bahawa orang Melayu Pulau Pinang mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sama-samalah kita renungkan...

"Untuk itu, mereka menghantar surat jemputan kepada Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan semalam. Surat untuk Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Jais Abdul Karim akan menyusul melalui wakil negerinya yang berpejabat di Kompleks Masyarakat Penyayang". klik disini


UMNO TAK BERJUANG UNTUK ORANG MELAYU?

Selepas berakhirnya era pemeritahan gemilang Tun Mahathir, spy tengok semangat kebangsaan didalam Umno semakin hilang sedikit demi sedikit. Ini jelas ketara setelah teraju kepimpinan Umno diambil alih oleh Tun Lah dan juga pengaruh Khairy Jamaludin didalam Pemuda Umno.Di zaman pentadbiran Tun Lah serta Khairy, Umno dilihat amat lemah didalam menjaga hak-hak melayu serta memartabatkan taraf bangsa melayu di negara ini. Mungkin ini disebabkan oleh sindrom "zzz" Tun Lah dan juga kerakusan "berbisnes" oleh menantunya ketika itu.Melayu dilihat berada didalam keadaan yang cukup memalukan apabila di zaman pemerintahan Tun Lah hinggakan jika bangsa melayu bercerita tentang hak melayu itu sendiri sahaja sudah dianggap rasis oleh kaum lain di negara ini.Ditambah pula dengan beberapa kes seperti permohonan maaf akibat dari cium keris oleh DS Hishamuddin dan juga kes sejarah kaum pendatang oleh Datuk Ahmad dari P.Pinang. Ini menunjukkan melayu pada ketika itu langsung tak mampu "panggung kepala" dihadapan kaum minoriti negara ini.
Setelah beralihnya pemerintahan kepada DS Najib, Umno dilihat masih tercari-cari formula ampuh untuk menegakkan perjuangan kebangsaannya. Ditambah pula kedudukan Ketua Pemuda Umno yang bagi spy, amat kurang sekali semangat kemelayuannya itu.Apa yang spy boleh katakan, Umno kini lupa bahawa parti itu sebenarnya adalah ditubuhkan bertujuan untuk membela hak dan juga bangsa melayu itu sendiri. Ini sekaligus bermaksud mendaulatkan Islam itu secara total didalam negara.Bagi spy, Umno itu sendiri adalah UMNO ! Pemimpin-pemimpin Umno kini harus tahu membezakan diantara peranan mereka didalam Barisan Nasional dan juga tugas sebenar mereka didalam Parti UMNO !Jangan dicampuradukkan apa yang dipraktikkan didalam Barisan Nasional dengan hala tuju yang ada didalam perjalanan menjaga hak bangsa melayu didalam Umno.Banyak pemimpin-pemimpin Umno kini kabur dengan matlamat sebenar mereka. Lihat sahaja bagaimana bangsa melayu kini yang semakin terpinggir didalam negara. Dan lihat juga bagaimana Islam itu sendiri di rendahkan martabatnya di tanahair sendiri.Satu contoh yang spy boleh berikan disini.
Program Juara Rakyat oleh Umno, apakah ia untuk melayu sahaja ataupun ia terbuka kepada semua kaum? Siapa berani jawab tentang ini?Jangan lupa bahawa Umno itu hanya untuk bangsa melayu sahaja. Jika pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang mahu berjuang untuk kaum lain dengan menggunakan platform Umno, baik buka sahaja keahlian Umno itu sendiri kepada semua kaum.Pemimpin Umno boleh menjuarai hak kaum lain didalam platform Barisan Nasional tetapi jangan digunakan pentas Umno untuk tujuan itu. Jika tidak, apa gunanya Umno itu sebagai sebuah parti untuk bangsa melayu.Kita lihat sahaja program-program yang dianjurkan oleh parti komponen Barisan Nasional yang lain. Apakah mereka buka segala kemudahan serta pemberian bantuan kepada kaum selain dari mereka? Buka mata luas-luas dan nilaikan sendiri.Kini peranan Umno telah banyak diambil alih oleh PERKASA didalam menyuarakan hak bangsa melayu dan juga memperjuangkan martabat Islam di negara ini. Apakah pemimpin-pemimpin Umno tak berasa malu dengan situasi ini?Spy bukan ahli PERKASA dan spy juga tiada keinginan untuk menyertai PERKASA didalam masa yang terdekat ini. Tetapi spy malu dengan nasib Umno yang semakin "hilang gigi" didalam menjuarai nasib orang melayu.Pemimpin-pemimpin Umno kini seolah-olah takut untuk menyatakan bahawa mereka ialah pejuang bangsa melayu dikhalayak ramai. Mereka juga malu untuk bangun bersuara tentang penindasan yang berlaku kepada hak dan juga maruah bangsa dan juga agama.Ini amat berbeza sekali dengan keadaan sewaktu pemerintahan Tun Mahathir. Dan apa yang spy hairan, tak berkurang pun sokongan serta undi kaum lain kepada Barisan Nasional pada ketika itu dimana Umno dilihat amat lantang memperjuangkan hak kebangsaannya. baca disini

Jumaat, 19 Februari 2010

JUARA RAKYAT

Encik Abd Rahman sedang ditemubual
Majlis penerangan bersama pegawai TNB

sebahagian penduduk yang terlibat






salah seorang penduduk yang rumahnya mengalami kerosakan letrik




Jumaat- 19 Februari.
Satu majlis perjumpaan dengan penduduk Taman Mutiara telah diadakan bagi membantu masyarakat setempat yang mengalami masalah voltan tinggi . Makluman awal, sebanyak 86 buah rumah telah mengalami kerosakan .Ini menyebabkan peralatan letrik turut mengalami kerosakan. Encik Abd Rahman Mahmud Ketua UMNO Padang Serai merangkap Penyelaras DUN Merbau Pulas telah menjemput pegawai TNB dari Alor Setar dan Kulim untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Ianya berpunca kecurian peralatan dipencawangan TNB Taman Mutiara. Turut hadir Encik S Ananthan, Pengerusi Perhubungan MIC merangkap Penyelaras DUN Lunas turut hadir. Rata-rata berpuas hati dengan perjumpaan bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Khamis, 18 Februari 2010

SELARASKAN PERJALANAN PARTI


sinar harian 18 Februari

"Dari apa yang dapat saya lihat, dalam senario politik UMNO Bahagian hari ini ada dalam kalangan pemimpin yang membuat program 'syok sendiri' dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, mereka seharusnya membincangkan bagaimana program itu seharusnya dilaksanakan dan tidak ditentukan oleh pihak yang tertentu sahaja". kata Datuk Mohd Hadzir Ismail, Bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Serai. -sinar harian 18 Februari



Teguran yang dibuat oleh Datuk Mohd Hadzir ini mungkin ditujukan kepada mana-mana bahagian yang beliau rasa mempunyai masalah dalaman dalam kepimpinan bahagian. Sebagai bekas ketua UMNO Bahagian, beliau mungkin mempunyai resipi bagaimana untuk membantu memulihkan mana-mana bahagian yang dianggap sebagai bermasalah. Beliau seharusnya bersungguh-sungguh dalam membantu memperkukuhkan parti serta mengeratkan hubungan saf kepimpinan demi kekuatan dan perjuangan parti.


Rabu, 17 Februari 2010

USAHA LENYAPKAN PENGARUH MELAYU



PULAU PINANG 16 Feb. - Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.
Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.
"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.
"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.
Bagaimanapun, akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut yang mengikut program asal sebelum ini dibatalkan.
Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.
Menurut Azman, terdapat beberapa lagi perancangan yang dibuat oleh Guan Eng yang tidak begitu disedari orang Melayu.

Sebagai contoh, jelas beliau, cadangan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang secara tradisi jawatan tersebut disandang oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Sebenarnya Guan Eng mahu melihat respons orang Melayu terhadap cadangan yang dibuatnya.
"Perancangan dia tetap berjalan, kalau orang Melayu bantah, dia akan buat cara lain," katanya Utusan Malaysia