Isnin, 19 September 2011

TOLONG BANTU CARI ORANG NI....


Warga emas di Kulim sudah empat hari tidak pulang

19/09/2011 5:26pm

KULIM 19 Sept – Seorang warga emas dari Kampung Padang Tembak di sini dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu, setelah keluar bekerja di Prai, Butterworth.

Isterinya Aminah Baharin, 62, berkata, suaminya Husin Abdullah, 67, keluar dari rumah mereka kira-kira 6.30 pagi Khamis lalu dengan menunggang motosikal Modenas Kriss 110cc berwarna biru dengan nombor plat PDW 4544.

“Setiap hari dia akan pulang ke rumah dan sampai pukul 2 petang. Tapi hari Khamis, hingga pukul 5.30 petang, dia belum sampai rumah,” katanya kepada di sini hari ini.

Aminah berkata, pada petang Khamis, laporan polis tentang kehilangan suaminya telah dibuat dan pada keesokan hari, anak-anak mereka telah pergi ke tempat kerja bapa mereka, tetapi diberitahu bapa mereka tidak datang bekerja pada hari Khamis itu.

Beliau juga berkata, sejak akhir-akhir ini, suaminya didapati mengalami masalah hilang ingatan dan sering berada dalam keadaan murung dan tidak banyak bercakap.

“Orang ramai yang menjumpai atau mengetahui di mana ayah saya boleh menghubungi saya di talian 019-5555612 ataupun 04-4952794,” kata anaknya, Hisham, 23. – Bernama

1 ulasan:

  1. Insya Allah >di doakan semoga pak cik ini berada dalam selamat.Mari lah kita pakat-pakat tanya habak sama.Pada keluarga pakcik ini minta bersabar dan berdoa supaya selamat.

    BalasPadam

b