Ahad, 14 Mac 2010

RAMAI LAGI PEMIMPIN PKR AKAN KELUAR PARTI

Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini. Adun Lunas (Bebas), Mohd Radzhi Salleh, berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada ahli, penyokong parti dan orang ramai.



Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini. Beliau mendakwa akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini. Mengulas dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana sudah dibeli Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.




Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen "Bajet PR Kedah 2010" yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.