Rabu, 24 Mac 2010

ZUL AKAN JUMPA PM , MINTA MAAF


KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.
"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. - Bernama