Khamis, 29 Mac 2012

BUKA PELUANG PROFESIONAL JADI CALON BN



UMNO wajar membuat pertimbangan untuk membuka peluang kepada golongan profesional untuk dipilih sebagai calon bagi mewakili BN pada PRU 13.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peluang BN untuk menang dengan majoriti dua pertiga pada pilihanraya akan datang lebih cerah jika peluang menjadi calon BN dibuka kepada orang daripada luar parti.

Apa salahnya ambil orang luar yang ada bakat yang tidak tercemar dengan rasuah dan sebagainya seperti doktor atau guru-guru sekolah, ia sepatutnya dialu-alukan.

Sabtu, 24 Mac 2012

LAGI CERITA TANAH JIRAT CINA SUNGAIKOB

Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan mendesak agar Kerajaan Negeri Kedah menarik semula kelulusan Projek sebuah Syarikat Pemaju yang telah merampas Tanah Rizab Melayu berkeluasan 76.5 Hektar untuk membina Tanah Perkuburan Cina.

Rampasan Tanah yang berlokasi di Sungai Kob, Bukit Karangan ini telah menyebabkan majoriti penduduk bertindak memprotes tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri dan pihak Pemaju tersebut.

"Mereka protes bukan sahaja rampasan tanah rizab semata-mata, akan tetapi turut dipersoal (Projek Pembinaan) kubur Cina itu dibina di kawasan yang 95% merupakan penduduk Melayu. Malah kawasan Projek berkenaan di kelilingi dengan kampung-kampung Melayu,

baca seterusnya

Jumaat, 24 Februari 2012

APA NAK JADI KERAJAAN PAS KEDAH


sekadar hiasan


ALOR SETAR 23 Feb. - Kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Empat Exco yang dikaitkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Jumaat, 17 Februari 2012

DEMO BANTAH PEMBINAAN JIRAT CINA DI SUNGAI KOB,KULIM



17 FEBRUARI JUMAAT- Cadangan pembinaan jirat cina di SungaiKob disatu kawasan yang majoriti orang-orang Melayu telah mendapat bantahan beramai-ramai selepas solat Jumaat.Sapa dan pihak manayang meluluskannya