Isnin, 31 Mei 2010

EZAM CABAR WAN AZIZAH






LUNAS- 30 Mei. YB Senator Mohd Ezam Mohd Noor yang hadir dalam ceramah anjuran BN Padang Serai telah membongkar segala kepincangan dan pengkhiatan yang dibuat oleh ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim dalam usaha untuk meraih sokongan samada dikalangan orang Melayu dan juga masyarakat bukan Melayu semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sanggup mengadai maruah bangsa. Beliau yang dahulunya pernah menjadi "panglima " untuk menawan DUN Lunas sebagai medan gempur parti keadilan demi memperjuang dan membela dan sanggup masuk penjara semata-mata mempertahankan diri anwar. Kini beliau telah insaf untuk menyatakan bahawa apa yang dibuat selama ini amatlah dikesali. Pada masa yang sama beliau mencabar Wan Azizah untuk menyatakan kebenaran dengan apa yang pernah disampaikan kepadanya.


Sebelum itu, Dato Othman Abdul yang dahulunya merupakan rakan baik Anwar , membongkar segala kepincangan dan kerakusan yang dibuat oleh Anwar yang hanya mementingkan kuasa.









Khamis, 27 Mei 2010

EZAM MEMBONGKAR PENGKHIANATAN PAKATAN


CERAMAH MEMBONGKAR PENGKHIANATAN
PAKATAN RAKYAT
TARIKH HARI AHAD 30.5.2010
JAM : 08.00 MALAM
TEMPAT
PADANG TAMAN KUCAI
PENCERAMAH
YB MOHD EZAM MD NOR
YBHG DATO' OSMAN ABDUL
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR


Jumaat, 14 Mei 2010

PRK PADANG SERAI ? BALA LAGI.


Gobala didenda RM3000,mungkin hilang MP

Mei 14, 10 12:39pm
Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.
Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini. Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.
Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.
Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas.

Isnin, 10 Mei 2010

LAGI KELUAR PKR & MENYOKONG BN








Paya Besar, Lunas. 9 Mei -Lebih 1720 ahli pkr Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu telah menyerahkan borang keahlian MIC kepada YB Ahmad Bashah , Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah dalam satu Majlis yang dianjurkan oleh Encik S. Ananthan , Penyelaras DUN Lunas, yang juga Pengerusi MIC kedah . Majlis ini mendapat sokongan dari kalangan masyarakat india khususnya dikawasan Paya Besar, Lunas. Lebih menarik lagi apabila Encik Lechumanan @ Kattu Raja bekas Ahli Majlis dari PKR telah diberi penghormatan di atas pentas bersama pimpinan BN . Beliau telah memberi kebenaran menggunakan dewan beliau untuk dijalankan program ini yang pada suatu ketika dahulu, dewan ini pernah digunakan oleh YB AnwarIbrahim, Ketua Umum PKR untuk berkempen.

Turut hadir semua pimpinan komponen Barisan Nasional Negeri Kedah bagi menjayakan malam kebudayaan Satu Malaysia.

Ahad, 9 Mei 2010

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN DALAM BAHAGIAN PADANG SERAI








Kulim - Sabtu 08 Mei. UMNO Bahagian Padang Serai telah mengadakan majlis perasmian serentak persidangan agung tahun umno cawangan dalam bahagian Padang Serai. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abd Rahman Mahamud, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai.

Sebelum itu, satu taklimat mengenai perjalanan mesyuarat agong cawangan telah disampai oleh setiausaha UMNO bahagian. Turut memberi taklimat , Pengerusi Biro Keahlian Encik Bakri Hashim.

Mesyuarat agung cawanganakan bermula 15 hingga 29 Mei 2010 dan Persidangan UMNO bahagian akan diadakan pada 26 Jun 2010.

Selasa, 27 April 2010

PAS DAH SOAL BIDANG KUASA SULTAN

Sidang DUN Kedah dikejutkan dengan soalan yang dikemukakan oleh
Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,

RINTIHAN SEORANG ISTERI

Bai'ah talak tiga Cuba baca disini

Isnin, 19 April 2010

AZIZAN SIAP SEDIA BUBAR DUN

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah untuk memohon agar DUN Kedah dibubar jika 3 ADUN PKR keluar parti mereka untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.Azizan berkata bahawa dia telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.
"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama

ADA LAGI KELUAR PKR

200 ahli keluar PKR
PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh ahli PKR cabang Bayan Baru, Sungai Dua dan Permatang Damar Laut di sini dengan diketuai Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohamad Ali yang telah 11 tahun berada dalam parti itu.

Menurut Ismail, tindakan itu dibuat bersama ahli PKR yang lain kerana muak dengan perangai dan tindakan pemimpin parti berkenaan yang bertindak mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan 'rakan' mereka.

''Sebagai orang yang telah 11 tahun berada dalam PKR, saya melihat berlaku banyak kepincangan dalam PKR dan pakatan pembangkang ketika ini terutama apabila seorang ahli Parlimen mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

''Begitu juga dengan satu kes mahkamah seorang pemimpin parti yang turut memanggil pihak luar campur tangan. Dia panggil Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada. Ini amat tidak baik dan merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi rakyat Malaysia.

'Namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun pemimpin PKR sama ada negeri atau pusat bersuara mengenai hal ini. Mereka diam membisu. Perkara ini benar-benar menyedihkan saya dan rakan-rakan yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah Ahli Jawatankuasa PKR cabang yang sama, S. Dhinabalan.

Ismail kemudiannya sambil disaksikan Dhinabalan dan ahli parti yang lain bertindak memotong kad keahliannya dalam PKR.

Khamis, 15 April 2010

ADA LAGI BERITA -TUNGGU ESOK

Mungkin ada lagi berita yang mengemparkan , apa pun tunggu esok

ADUN PKR KELUAR PARTI


ADUN Bakar Arang dari PKR keluar parti
15/04/2010 3:58pm


ALOR SETAR 15 April - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu. - Bernama

Selasa, 13 April 2010

200 AHLI PKR KELUAR PARTI

200 ahli PKR Taman Tunku Putra keluar parti
13/04/2010 2:57pm


KULIM 13 April - Hampir 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Abdul Aziz pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra, di sini hari ini. - Bernama

Sabtu, 3 April 2010

1 TAHUN 1 MALAYSIA - NAJIB


HARI ini genap setahun pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Setahun lalu sebaik melangkah masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang kini menjadi sebutan dan ikutan rakyat di negara ini.



Dengan berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau membuang mentaliti rakyat Malaysia yang sebelum ini menganggap Yang Berhormat (YB) atau kerajaan adalah sebuah individu atau badan eksklusif yang tahu akan segala-galanya.



Akhirnya, budaya merakyatkan kerajaan dilakukan oleh Najib yang juga Presiden Umno, memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan memacu Malaysia ke arah mencapai negara maju sejajar inspirasi Wawasan 2020.Tidak cukup dengan itu, wibawa kepemimpinan Najib semakin mantap apabila melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang antara lainnya berhasrat melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.Sempena ulang tahun pertama pemerintahan Najib, marilah kita seluruh warga Malaysia , bersama-sama merenung sejenak akan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi negara ini.Persoalan yang seharusnya terbit di hati kecil setiap rakyat ialah apakah jasa dan usaha kita selaku rakyat di negara ini terhadap perpaduan, kestabilan politik dan ekonomi? Apakah peranan dan pengorbanan kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020? Dan apakah yang seharusnya kita wariskan kepada anak cucu kita nanti.


Jumaat, 2 April 2010

DEMO TAK SELESAI MASALAH- GOBALA

inilah puncanya penyokongnya berkumpul


Gobala kata dirinya tak harus disalahkan masalah mendapan tanah di taman semarak ekoran demonstrasi yang dibuat oleh sekumpulan penyokong pas dan pkr kemarin. Menurutnya sebagai Ahli Parlimen , beliau hanya membawa masalah yang tidak dapat diselesaikan diperingkat pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri. "Kenapa saya disalahkan, saya berada di Parlimen untuk bersidang", katanya.

Hari ni, gobala turut berjumpa dengan wartawan dibawah pokok berhampiran tapak demo kemarin yang disertai oleh penyokong-penyokong beliau. Difahamkan terdapat individu yang terlibat dalam demo mengaku penyokong gobala dalam PR. Mengenai penglibatan ini kumpulan ini, gobala berkata " saya kesal demonstrasi yang dilakukan melibatkan beberapa ahli parti, ini tidak seharusnya berlaku dan meminta parti mengambil tindakan tegas terhadap mereka"katanya kepada sinar.




Khamis, 1 April 2010

DIMANA GOBALA


Taman Selasih . Satu demostrasi telah diadakan di kawasan lapang jalan masuk ke tapak pasar malam menuntut YB Gobala , Ahli Parlimen Padang Serai untuk berbuat sesuatu bagi membaiki keadaan jalan masuk yang masih belum ada sebarang tindakan sejak sekian lama dari pihak berkuasa dikawasan tersebut.




Perhimpunan yang terdiri peniaga-peniaga disitu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen yang tidak mengambil peduli dengan keadaan mereka. Inilah luahan penyokong-penyokong gobala( pas/pkr) yang pada suatu ketika dulu cukup menyanjung tinggi . Kini tak apa yang dibuat bagi menjaga kepentingan pengundi-pengundi disitu .




Mungkin mereka ini tak tahu dimana gobala sekarang. Sebenar gobala yang hadir di parlimen telah di HALAU keluar dewan kerana tidak menghormati arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Isnin, 29 Mac 2010

PERKASA

Sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Mahathir tidak lagi kelihatan berucap di hadapan perhimpunan Melayu yang ramai. Hanya perhimpunan-perhimpunan kecil diadakan atas jemputan tertentu sahaja.Tetapi pada 27/3/2010 Tun Mahathir kelihatan berucap hebat dalam perhimpunan Pertubuhan Peribumi Perkasa atau PERKASA.Walaupun menurut beliau ada beberapa pihak yang menasihati supaya beliau jangan hadir di dalam perhimpunan itu tetapi ternyata Tun M tidak makan nasihat.


PERKASA ditubuhkan pada 12/9/2009 dan berusia 1 ½ tahun telah berjaya mengumpulkan sehingga 10,000 orang yang hadir pada hari itu. Ternyata Melayu hari ini dahagakan penyatuan. Mereka telah sedar bahawa Melayu sekarang telah berpecah, hak-hak mereka semakin hangus dan terhakis. Hari ini ternyata PERKASA bebas untuk bersuara hak-hak peribumi.Hakikatnya perhimpunan PERKASA yang lepas telah mempamirkan 3G. GEGAR, GERUN DAN GAGAH.

PROGRAM MESRA RAKYAT


Sabtu - 27 Mac bermula pukul 8.30 pagi orang ramai sudah berkumpul di Masjid Kampung Batu putih untuk mengikuti program kawad pasukan RELA dan gotong royong masyarakat setempat. Program Umno turun padang tersebut telah dirasmikan oleh Y. Berusaha En Abd Rahman bin Mahamud, Ketua Umno Bahagian Padang Serai. Ahli Jawatankuasa umno bahagian,wanita,pemuda dan PU3 ikut serta dalam program tersebut. Program yang dijalankan merupakan satu kejutan kepada masyarakat setempat kerana sebelum ini tidak pernah diadakan program seperti itu.Pada kesempatan program hari ini,En.Rahman bersama Pegawai Kebajikan telah mengadakan kunjungan ke rumah-rumah penduduk yang uzur.





Seramai 9 orang pesakit telah dikunjungi dan diberi bantuan. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua peserta gotong royong dan rela telah berkunjung ke rumah En.Ahmad yang mendapat bantuan rumah PBR untuk makan tengah hari. Tetamu yang hadir dianggarkan 500 orang.Selepas makan tengah hari En.rahman menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal.Seramai 47 orang ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan daripada En.Rahman.Sesuatu yang menarik dalam program tersebut ialah komitmen dari JKM dan Keda. Walaupun hari ini adalah hari cuti umum,tetapi kerana rakyat didahulukan mereka sanggup turun ke padang. Syabas dan tahniah kepada pegawai dari JKM dan Keda. .

Rabu, 24 Mac 2010

ZUL AKAN JUMPA PM , MINTA MAAF


KUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.
"Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik.
"Ada juga akan datang yang saya akan jumpa beberapa orang tertentu yang kita telah aibkan atau fitnahkan yang saya terlibat...(Perdana Menteri) saya akan jumpalah, kalau dia nak jumpa,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membuat pendedahan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. - Bernama

Sabtu, 20 Mac 2010

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT

Benar atau tidak bahawa salah satu dari faktor PR berjaya mencuri undi dalam PRU12 ialah kerana mereka berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka akan mmerintah lebih baik dari kerajaan yang sedia ada jika diberi mandat.Untuk menambah meyakinkan rakyat,mereka mencipta Menifesto yang menjurus kepada Kerajaan Kebajikan kononnya meletakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di hadapan.Pengundi menjadi keliru waktu itu kerana PR belum pernah diberi kuasa.Mungkin apa yang mereka kata dan janji betul.Akhirnya mereka terjemahkan di atas kertas undi dan PR memerintah Kedah.
Setelah 2 tahun memerintah ,adakah rakyat nikmati apa yang dijanjikan? Kehidupan rakyat masih tidak berubah. Janji negara kebajikan tidak muncul-muncul.Rakyat di kampung-kampung tidak mendapat pembelaan.Ibu tunggal dan warga emas masih menunggu.Mana janji kerajaan Pas untuk membela nasib mereka.Wakil rakyat mereka hanya tahu berceramah. Banyak bermain politik dari membela nasib rakyat.Amat menyedihkan bila rakyat pergi mengadu kepada wakil rakyat tentang jalan rosak mereka hanya berkata " itu bukan kerja saya.Itu kerja umno". Repair jalan,buat jalan katanya itu kerja kerajaan pusat. Jadi apakah kerja kerajaan negeri.Pasai pa waktu dulu kerajaan negeri ada peruntukan untuk pembangunan kampung. Ke manakah perginya peruntukan kepada Wakil rakyat RM100,000.00 setahun. Kalau dulu peruntukan tersebut turun ke Pejabat Daerah dan DO yang uruskan perlantikan kontraktor.Tapi sekarang ini dengaq cerita projek turun dengan nama kontraktor sekali.
Adakah ini yang dikatakan kerajaan yang bersih?Persoalan sekarang ialah MAMPUKAH PR MENGURUS KEPERCAYAAN DAN MANDAT RAKYAT hingga PRU13. Jika tidak mampu,rakyat akan menghukum PR dan kembali ke BN. Sekarang rakyat sedang memerhati kemanakah perginya wang kerajaan negeri?Adakah wang tersebut akan keluar sebagai rasuah pilihan raya dua tahun lagi,kita tunggu dan lihat.BAGAIMANA MEREKA URUS EKONOMI DAN PELABUR ASING.Kerajaan BN dulu mampu tarik pelabur dari 1996-2008 sebanyak 23,000 juta tapi PR mampu tarik 35 juta selama 2 tahun memerintah.(BN = 1916 juta setahun. PR 14.5 juta setahun) lihatlah perbandingan pelabur asing melabur di Kulim Hi-Tech. Macam mana nasib pekerja kilang di Kulim jika PR terus dibagi mandat memerintah?

Khamis, 18 Mac 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

UKL telah menerima e-mail dari seorang sahabat untuk tatapan para pembaca. Artikel ini disiar tanpa sebarang perubahan atau edit. Terima kasih.
Hari ini ketua umno pdg serai telah mengadakan lawatan ke kampung sungai kob ,bukit karangan ,kampung pdg meha dan taman serai wangi dalam rangka program " PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT " . Pelbagai permasalahan yg diluahkan oleh rakyat di kampung - kampung . Sepatutnya masalah tersebut diselesaikan oleh kerajaan yg memerintah negeri Kedah sekarang , sesuai dgn janji mereka dalam manifesto pilihan raya yg lalu . Warga emas mengadu masalah tiada sumber kewangan untuk mengubati penyakit mereka , ibu tunggal mengadu kekurangan wang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak mereka . Dan bermacam-macam keperitan hidup rakyat marhaen yang diadukan kepada Encik Abdul Rahman bin Mahmud , ketua UMNO bhg pdg serai .
Turut serta , dlm program tersebut ialah pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai KEDA zon Kulim . Kerjasama yg diberikan oleh agensi-agensi yang penting ini Alhamdulilah , dapat membantu Encik Abdul Rahman menyelesaikan masalah dan aduan rakyat tersebut .
Dalam kunjungan pagi tadi , hati saya tersentuh melihat seorang ibu tunggal berumur 83 tahun yg tidak dapat melihat memelihara empat org anaknya , yang berumur 45 tahun hingga 60 tahun,yang menghadapi masalah mental.Keepat-empat orang anak tersebut walaupun sudah lanjut usia ,tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan . Makan dan minum mereka dibiayai oleh seorang anak yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit dengan pendapatan hanya RM200 sebulan.
DI MANAKAH KERAJAAN KEBAJIKAN KEDAH ? DI MANAKAH KEDAH SEJAHTERA ? DI MANAKAH MKK ?
Ibu tunggal tadi masih bernasib baik kerana pengerusi JKKP Kg Sungai Kob melaporkan perkara tersebut kepada UMNO BHG PDG SERAI .
Alhamdulillah , saya rasa masalah mereka akan ditangani oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT .
KEMBALIKAN TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI KEDAH KEPADA BARISAN NASIONAL KERANA BN MENANG , KEDAH SENANG .

RUMAH JADI PUSAT SEMBELIH DAN LAPAH BABI


LUNAS - Penduduk di sebuah taman di sini, kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyembelihan dan melapah babi di dalam kawasan rumah. Lebih mengecewakan apabila cebisan daging dan tulang dikatakan diletakkan di luar kawasan rumah itu. Seorang penduduk taman itu berkata, masalah ini telah dimaklumkan kepada beberapa pihak terlibat tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil. Dari tinjauan dibuat, terdapat beberapa peralatan seperti pencangkuk dan alat untuk menggantung babi dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, masalah itu berlarutan empat hingga lima bulan apabila penduduk menjumpai cebisan daging babi di sekitar kawasan rumah itu. “Pada awalnya kami tidak mengetahui tentang masalah ini tetapi setelah pemilik rumah semakin kerap melakukan perbuatan itu, kami mula curiga dengan aktiviti dijalankan. Kebiasaannya mereka akan menjalankan aktiviti berkenaan pada waktu subuh untuk mengaburi mata penduduk. “Mereka perlu peka bahawa penduduk yang bertentangan rumah adalah masyarakat Melayu dan seharusnya menghormati jiran tetangga,” katanya.

Dia berkata, selepas aktiviti melapah dijalankan, mereka akan memotong daging dan tulang babi yang ada untuk diasingkan. Cebisan yang tidak diperlukan akan dibuang ke dalam tong sampah. Apa yang menjadi masalah sekarang ini, apabila kebersihan tidak diutamakan, haiwan liar seperti anjing akan menggonggong sisa babi itu ke merata tempat. Penduduk taman meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan polis membuat teguran kepada pemilik rumah berkenaan sebelum berlaku sebarang salah faham dan pertelingkahan. “Kami sangat berharap MPKK dan polis dapat memberikan nasihat kepada pemilik rumah ini,” katanya. Sinar Harian

KOMEN UKL

Difahamkan kawasan perumahan tersebut yang terletak dalam kawasan DUN Lunas. Lebih menarik terdapat dua Ahli Majlis Perbandaran Kulim yang tinggal di kawasan tersebut, seorang PKR dan seorang lagi wakil PAS. Macamana aduan yang dibuat sejak lima bulan lalu, masih tiada sebarang tindakan. Apa peranan Ahli Majlis ini?

Rabu, 17 Mac 2010

RADZHI NAK SERAH NAMA WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI

ADUN Lunas YB Mohd Radzhi Salleh hanya akan menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang berhasrat keluar parti sekiranya mendapat persetujuan daripada mereka yang terlibat. Beliau yang berkata demikian sebagai menyahut gesaan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim supaya YB Mohd Radhzi menyerahkan senarai nama mereka yang akan keluar PKR.

Wakil rakyat yang berkenaan datang sendiri berjumpa dengannya tanpa diminta untuk meminta nasihat apa yang perlu mereka lakukan jika mahu keluar dari PKR dan beliau menasihati mereka supaya buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah membalas amaran Tan Wei Shu yang mahu keluar parti , "Jika Tan Wei Shu rasa dirinya cukup berwibawa, bertandinglah jawatan Ketua cabang PKR Sungai Petani, ini akan menentukan sama ada dia benar-benar ada pengarauh atau tidak" . sinar harian.

Ahad, 14 Mac 2010

RAMAI LAGI PEMIMPIN PKR AKAN KELUAR PARTI

Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini. Adun Lunas (Bebas), Mohd Radzhi Salleh, berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini. Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada ahli, penyokong parti dan orang ramai.



Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini. Beliau mendakwa akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini. Mengulas dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana sudah dibeli Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.




Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen "Bajet PR Kedah 2010" yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.

Jumaat, 12 Mac 2010

ROMBAKAN EXCO SELEPAS DUA TAHUN TADBIR


8 Mac genap dua tahun Pakatan Pembangkang tadbir negeri Kedah. Genap dua tahun juga berlaku perubahan Exco negeri Kedah.. Rombakan barisan Exco itu menyaksikan dua muka lama digugurkan dan diganti dengan dua muka baru. Meski pun Menteri Besar Kedah menyifatkan pengguguran dan rombakan potfolio itu merupakan perkara biasa, namun penjelasannya itu tidak boleh diterima bulat-bulat.


Dari segi logiknya, yang digugurkan merupakan mereka yang tidak mampu mengurus tadbir negeri dengan baik. Selepas dua tahun dilantik, baru MB sedar bahawa dikalangan Exco ada yang tidak mampu.


Persoalannya apakah dua Exco yang baru dilantik itu lebih bagus daripada mereka yang digugurkan? Mungkinkah terdapat Exco yang dilantik sekadar memenuhi kuota sepuluh orang kesemuanya. Adakah mereka yang dilantik mempunyai kelayakkan. Bagi Exco yang digugurkan, Kalau semasa menjadi Exco pun tak mampu buat kerja dengan baik, inikan hanya seorang ADUN kawasan yang mempunyai kuasa dan peruntukan yang terhad.


Bagaimana pula dengan kuota Melayu dari pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini YB Rahdzi yang dilantik sebagai Exco telah diganti dengan YB Lim Soo Ne. Mana perginya kuota Melayu?


Apapun sekiranya perlantikan Exco dan rombakan potfolio ini masih tidak memberi sebarang impak, maka yang akan menerima kesan adalah rakyat negeri Kedah sendiri. Cuma nak tanya mana pi YB Gobalakrishnan?

KONTRAK SOSIAL




Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.


Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.


KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

*Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


*Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
*Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran

*Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.
*Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan.


*Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

Khamis, 11 Mac 2010


Sikap chauvanist, extremist, ultra-kiasu dan lupa diri bukan lagi asing kepada Lim Kit Siang yang pernah menghuru-harakan negara ini menerusi tragedi 13 Mei 1969 menerusi kegembiraannya kerana GERAKAN yang ketika itu bersekutu dengannya dan DAP yang merupakan najis tinggalan PAP, berjaya menyapu hampir bersih kerusi Bandaran Kuala Lumpur dalam pilihanraya umum sebelum itu.Pembabitan PKM, Parti Buruh yang ber'isme'kan sosialis dan beberapa NGO yang jelas-jelas menyambung perjuangan menakluk serta merampas negara ini dari tangan orang Melayu-Islam, telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakannya.
Hari ini Lim Kit Siang mempersoalkan kewujudan PERKASA, sebuah NGO Melayu di dalam BLOGNYA, dengan menyifatkan PERKASA - Sebuah kelahiran Syaitan atau Kejahatan.Takut benar Lim Kit Siang seandainya umat Melayu-Islam bersatu di Tanah Melayu ini.
Bayangkanlah seandainya rancangan MACHAPAGAL, bapa kepada Presiden Filipina sekarang benar-benar direalisasikan menerusi kewujudan NEGARA MELAYU YANG LEBIH BESAR iaitu MELAYU RAYA, barangkali Lim Kit Siang akan menyertai Chin Peng di dalam hutan untuk melakukan pemberontakan.Dan kerana itulah, Lim Kit Siang berpendapat bahawa PERKASA hanyalah perkakas untuk para pemimpin Melayu, khususnya di dalam UMNO untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan menerusi penyelewengan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu.Lim Kit Siang boleh jadi BODOH, BENGAP, BAHLOL dan BENGONG... Tidak ada seorang Melayu-Islam, kaum Bumiputera Bukan Islam, dan kaum Peribumi di seluruh Tanah Melayu ini pun yang mempertikaikan tentang KEWUJUDAN orang Cina, India dan segala pendatang lain di sini. BACA DISINI

Isnin, 8 Mac 2010

SATU TEKAT, SATU MATLAMAT & SATU HASRAT











UKL telah menerima satu email dari seorang sahabat untuk paparan umum.






Baru-baru ni,Umno Bhg.Pdg Serai telah mengadakan satu program motivasi bertujuan untuk memperkasakan parti.Motivasi tersebut telah diambil bahagian oleh 4 sayap parti,iaitu wanita,pemuda dan PU3.Rata-rata peserta kursus ceria dengan modul kursus yang dijalankan dan berharap ianya akan diadakan secara berterusan.Saya terharu dan tersentuh dengan komitmen peserta yang mengambil bahagian.Walaupun peserta terdiri dari mereka yang berbeza umur,tua dan muda tetapi semangat kekitaan masyaalah,AMAT TINGGI.Peserta yang meyampaikan ucapan amat bersemanat,bernas dan mempunyai satu tekat.TAWAN KEMBALI PADANG SERAI.
Saya yakin sekiranya semangat kursus ini berterusan,BN akan berjaya dalam PRU13.Ketua Wanita Hjjah Puan Marlia Latif berucap dengan penuh semanagat mengajak kesemua sayap parti ,pemuda dan PU3 berdiri teguh bersama wanita menyokong kepimpinan Ketua Bahagian.Begitu juga dengan Ketua Pemuda dan PU3.Semuanya bersemangat untuk menawan semula Parlimen dan DUN di Padang Serai.Akhir sekali Ketua Umno Bhg Padang Serai dalam ucapannya mengajak semua Ahli Jawatankuasa 4 sayap dan peserta kursus bersatu di bawah satu bumbung umno Bahagian Padang Serai untuk memperkasakan parti menongkah arus untuk mengambil kembali bahtera BN yang dirampas PR.
Beliau mengatakan bahawa beliau tidak ada pilih kasih dibawah pentadbirannya dan jauh sekali kalau mau menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.Perjuangan nya adalah ikhlas untuk agama,,bangsa dan negara.Ramai peserta yang terharu dengan ucapan beliau yang mengalir air mata tanda keikhlasan apabila beliau mengatakan bahawa beliau sanggup menerima apa saja cabaran dan dugaan demi mempertahankan maruah agama,bangsa dan rakyat.

Ahad, 7 Mac 2010

AZIZ SHEIKH FADZIR PELAWA ZULKIFLI GUNA PLATFORM UMNO

KULIM: Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat. "Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya. Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat. - Bernama

DARIPADA 40 PKR YANG TINGGAL, HANYA 18 ORANG ISLAM

Hilang keyakinan terhadap kes liwat Anwar dan kepalsuan slogan hak asasi yang dilaungkan oleh PKR merupakan antara sebab parti tersebut semakin kehilangan sokongan wakil rakyat sendiri.
Mari kita lihat berapa lagi YB PKR yang tinggal dalam parti tersebut. Cepat-cepat capai pelampung wahai para YB, kapal dah nak karam!

Parliamentary Seats
Federal Territories (Bandar Tun Razak) – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Federal Territories (Lembah Pantai) – Nurul Izzah Anwar
Federal Territories (Wangsa Maju) – Wee Choo Keong
Kedah (Alor Star) – Ahmad Kasim
Kedah (Merbok) – Datuk Rashid Din
Kedah (Padang Serai) – N. Gobalakrishnan
Kedah (Sungai Petani) – Johari Abdul
Kelantan (Machang) – Saifuddin Nasution Ismail
Kelantan (Pasir Puteh) – Muhammad Hussin
Kelantan (Tanah Merah) – Amran Ab Ghani
Negri Sembilan (Telok Kemang) – Kamarul Baharin Abbas
Pahang (Indera Mahkota) – Azan Ismail
Pahang (Kuantan) – Fuziah Salleh
Perak (Gopeng) – Lee Boon Chye
Perak (Sungai Siput) – Dr Michael Jeyakumar Devaraj
Pulau Pinang (Balik Pulau) – Mohd Yusmadi Yusoff
Pulau Pinang (Permatang Pauh) – Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Sarawak (Julau) – Ambrose Labang Jamba
Selangor (Ampang) – Zuraida Kamaruddin
Selangor (Gombak) – Mohamed Azmin Ali
Selangor (Hulu Selangor) – Zainal Abidin Ahmad
Selangor (Kapar) – Manikavasagam Sundaram
Selangor (Kelana Jaya) – Gwo-Burne Loh
Selangor (Kuala Langat) – Abdullah Sani Abdul Hamid
Selangor (Petaling Jaya Selatan) – Hee Loy Sian
Selangor (Selayang) – William Leong Jee Keen
Selangor (Subang) – R. Sivarasa

State Seats (ADUN)
Kedah (Bakar Arang) – Tan Wei Xu
Kedah (Kulim) – Lim Soo Nee
Kedah (Lunas) – Mohd Razhi Salleh
Kedah (Sidam) – Tan Show Kang
Kelantan (Guchil) – Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria
Negeri Sembilan (Ampangan) – Rashid Latiff
Negeri Sembilan (Chuah) – Chai Tong Chai
Negeri Sembilan (Port Dickson) – Ravi A/L Munusamy
Negeri Sembilan (Sikamat) – Aminuddin Harun
Perak (Behrang) – Jamaluddin Mohd Radzi
Perak (Changkat Jering) – Kapt Mohd Osman Mohd Jailu
Perak (Hutan Melintang) – Kesavan Subramaniam
Perak (Keranji) – Chen Fook Chye
Perak (Kuala Kurau) – Abdul Yunus Jamhari
Perak (Kuala Sapetang) – Tai Sing Ng
Perak (Malim Nawar) – Keshvinder Singh
Perak (Simpang Pulai) – Chan Ming Kai
Perak (Teja) – Chang Lih Kang
Pulau Pinang (Batu Maung) – Abdul Malek Kassim
Pulau Pinang (Batu Uban) – Raveentharan
Pulau Pinang (Bukit Tambun) – Law Choo Kiang
Pulau Pinang (Bukit Tengah) – Ong Win Chen
Pulau Pinang (Kebun Bunga) – Ong Khan Lee
Pulau Pinang (Machang Bubuk) – Tan Hock Leong
Pulau Pinang (Pantai Jerejak) – Sim Tze Tsin
Pulau Pinang (Pulau Betong) – Dr Mansor Othman
Pulau Pinang (Sungai Bakap) – Maktar Shapee
Pulau Pinang (Telok Bahang) – Abdul Halim Hussein
Sabah (Tempasuk) – Awang Laiman Ikin @ Awang Laiman Kakimin
Selangor (Batu Caves) – Amirudin Shari
Selangor (Batu Tiga) – Rodziah Ismail
Selangor (Bukit Antarabangsa) – Mohamad Azmin Ali
Selangor (Bukit Lanjan) – Elizabeth Wong
Selangor (Bukit Melawati) – Muthiah Mariam Pillay
Selangor (Kajang) – Lee Kim Sin
Selangor (Kota Anggerik) – Yaakob Sapari
Selangor (Rawang) – Gan Pei Nei
Selangor (Seri Andalas) – Xavier Jeyakumar
Selangor (Seri Setia) – Nik Nazmi Nik Ahmad
Selangor (Taman Medan) – Haniza Mohd Talha

Daripada 40 ADUN PKR yang tinggal, hanya 18 orang Islam.
Ternyata PKR didominasi oleh bukan Islam, sehingga panel disiplin untuk isu Kalimah Allah didominasi oleh bukan Islam. Bagaimanakah Islam boleh ditegakkan dalam PKR? Beritahu saya.
Mungkin Eli Wong boleh jelaskan bagaimana boyfriend boleh masuk rumah dan ambil gambar tengah tidur. Soalan pertama, rumah seorang ADUN tidak berkunci kah? Soalan kedua, boyfriend pegang kunci kah? Soalan ketiga, betul ke amoi tu tengah tidur. Dan-dan muslimah PAS pergi peluk Eli Wong menunjukkan tanda simpati? Apa punya bangang lah.
Cepat-cepat YB… Apa tunggu lagi? Orang semua dah berhijrah, anda tunggu apa lagi? Kapal dah nak karam tuu!! Cabuttt!!! klikdisini

Jumaat, 5 Mac 2010

PERJUMPAAN JKKKP PADANG SERAI















Satu perjumpaan JKKKP Parlimen Padang Serai telah diadakan di IT Centre, Kulim Hi Tech Park , Kulim. Semua Pengerusi dan setiausaha telah dijemput hadir kemajlis tersebut. Encik Abd Rahman Mahmud, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai dalam ucapannya berharap semua Pengerusi dan Setiausaha JKKKP dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam pada itu, beliau juga telah menyediakan peruntukkan mebuka 20 akaun Tabung Haji bagi setiap JKKKP . Turut hadir Tuan Haji Arifudin , Timbalan Pengurus KEDA dan Encik Ahmad Maidin Pegawai KEDA Kulim/Bandar Baharu.

Rabu, 3 Mac 2010

LAGI KELUAR PKR

Ahli Parlimen Bagan Serai dari PKR umum keluar parti

BAGAN SERAI: Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Isnin, 1 Mac 2010

10 LAGI WAKIL RAKYAT PKR DIJANGKA KELUAR PARTI


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim hari ini mendakwa lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar dari parti itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang akhbarnya sebentar tadi, beliau berkata ia berpunca daripada tidak puas hati wakil rakyat terbabit terhadap kepemimpinan parti.
Berita harian

Sabtu, 27 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

























Dengan mengingatkan ulang tahun kelahiranRasulullah SAW, kita akan menilai kembali apakah selama ini kita telah membuat sesuatu yang betul sebagaimana diteladani oleh baginda. Maulidul Rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.


Bagi umat Islamhari ini, tiada suatu nikmat lain yang lebih besar daripada kelahiran dan kedatangan junjungan besar Rasulullah SAW . Baginda diutuskan sebagai rahmat untuk alam semesta.



Sempena itu, Jawatankuasa Kawasan Rukun Taman Mutiara , Sungai Kob telah berjaya menganjurkan majlis Sambutan Maulidul Rasul. Acara dimulakan dengan perarakan dalam kawasan Taman Mutiara. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abd Rahman Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Pelbagai acara diadakan anatara ceramah maulidul rasul.