Jumaat, 30 Disember 2011

Nak solat Hajat selamatkan Madrasah Salihiah pun dibuat laporan polis Pemuda PAS !!






Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Seterusnya klik sini

Isnin, 26 Disember 2011

KERAJAAN PAS TETAP MEROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

500 ahli AMK Hulu Kelang sertai UMNO

26/12/2011 3:08pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

Isnin, 19 Disember 2011

MAYAT ANWAR TELAH DIKAPAN, DILETAKKAN DI PKR PADANG SERAI




Oleh kerana rakyat terus marahkan penasihat PKR ni, mayat Anwar telah dikapankan dan dilletakkan di tapak program ceramah PKR di Padang Serai. Inilah bukti rakyat sangat memarahi Ketua penipu yang kononnya membantu rakyat sebaliknya untuk menghidupkan kontrak-kontrak kroni pakatan mereka.

Sudah pasti Umno juga akan dipersalahkan kerana ketua penasihat penipu mereka dikapankan. Kesemua kesalahan pasti ditujukan kepada UMNO kerana penyokong mereka terlalu taksub kepada pidato Anwar yang berapi-api penuh dengan tipu muslihat.

Bukan seorang dua bekas pemimpin Anwar sendiri yang tak setuju dengannya lihatlah video dibawah..!!!

sumber

Sabtu, 10 Disember 2011

BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA MULA DIEDAR










Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) RM500 mula diedar di pusat -pusat yang disediakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri hari ini.Bagi Daerah Kulim/ Bandar Baharu pusat pengumpulan borang di adakan di Pejabat Perpaduan Daerah Kulim. Waktu beroperasi mulai jam 9 hingga 5 petang.

Borang ini juga boleh diperolehi dari kesemua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong JKKKP dalam Bahagian Padang Serai di tempat masing-masing.

Manakala Pejabat Penyelaras Parlimen Kulim/ Bandar Baharu telah membuka 35 kaunter khas bagi tujuan pengedaran borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M)berjumlah RM 500 mulai hari ini sehingga 15 Disember 2011. Seramai 50 sukarelawan ditugaskan untuk membantu pengedaran borang tersebut.

Khamis, 8 Disember 2011

1 KELANTAN 1 MASJID


Hanya satu masjid

RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA

KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II

MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
______________________________________________________________________
KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN
BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau
wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau
ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
 Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
 Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
 Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
 Warga emas sebatang kara 3. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulaihari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai
pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan Malaysia

Selasa, 6 Disember 2011

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEPASUKAN

JawatanKuasa Pemuda Kg Syed Sheh akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 7 Sepasukan Bawah 18 Tahun ( U18). Pertandingan ini akan diadakan di Padang Bola Sepak Taman Senangin, Kelang Lama, Kulim pada Hari Sabtu 10 Disember 2011 mulai jam 08.30 pagi.

Kepada pasukan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Noor Darus 016 4326100 atau Saudara Azmi 017 4338446.

Khamis, 1 Disember 2011

Mufti Kedah Belasah MB Azizan

1- Hari ini di Berita Harian (Rabu 30 November) memetik, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, membidas kaw-kaw pentadbiran Datuk Azizan kerana membiarkan pusat hiburan tumbuh macam cendawan tanpa kawalan di Bandar Alor Setar.

“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku, di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan”

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,”
– Mufti Kedah di petik Berita Harian

Teguran Mufti itu cukup serious dan memalukan Azizan kerana selama ini PAS mempamirkan imej mereka lebih baik dari Umno dari segi mengawal tempat-tempat haram sebegini. Kononnya mereka lah yang terbaik dan memahami Islam dan mahir mentadbir cara Islam berbanding dengan Umno.


Ia membuktikan juga bahawa MB Azizan cukup lemah didalam hal-hal penguatkuasaan untuk membendung perkara sebegini sepanjang 3 tahun mentadbir.


2- Jika kita tanyakan Datuk Azizan memang dia akan katakan, ‘saya tak tau pa-pa’.

Malahan orang kuat PAS sendiri, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul mengesahkan bahawa pusat-pusat hiburan itu memangnya haram dan mengakui mereka tidak pernah memberi sebarang lesen-lesen baru.

Jika tidak pernah memberi lesen baru, bermakna yang dok tumbuh merata-rata adalah haram. Datuk Taulan sudah tersilap cakap. Taulan nak muhong tak kena gaya !

Kedah dan Kelantan sama gagah dan sama kuat dengan pusat-pusat pelacuran dan hiburan.

Pernah perkara ini di dedah besar-besaran oleh sahabat blogger sekampung AloqSetaq pada tarikh-tarikh berikut:



SUMBER