Hanya satu masjid
RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.
"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.
Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.
Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.
Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA
20 tahun buat ceramah siang malam.
BalasPadam20 tahun kutip dana pilihanraya umum.
20 tahun kutip dana pilihanraya kecil.
20 tahun punya sakau, 1 masjid je boleh buat ?
Itupun kerana dasar dan matlamat perjuangan depa mewujudkan sebuah Negara Islam.
BalasPadamPasni pasai matlamat perjuangan dah berubah nampak gayanya nak dapat sebuah mesjid pun lebih susahlah.
Apa nak buat.....