Ahad, 29 April 2012

PADANG SERAI BILA LAGI?


Veteran UMNO tubuh Kelab Penyokong BN

KULIM 29 April - Sekumpulan veteran UMNO telah menubuhkan Kelab Penyokong 1Malaysia Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim/Bandar Baharu bagi membantu merampas kembali kerusi Parlimen kawasan itu bersama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya pada pilihan raya umum akan datang.


Bekas Ketua UMNO bahagian itu, Mokhtar Omar memberitahu, tujuan kelab itu ditubuhkan adalah untuk mengembleng tenaga ahli UMNO dalam bahagian itu secara keseluruhanya selaras dengan hasrat utama kelab untuk mengembalikan kawasan Parlimen dan dua DUN ke tangan BN.

"Kita berharap akan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 3,000 ahli membantu tenaga kerja BN untuk mengukuhkan kedudukan pengaruh BN. Kawasan ini pernah menjadi kubu kuat BN lebih 50 tahun," katanya kepada Bernama.

Katanya, sehingga kini kelab itu telah mendapat sokongan daripada lebih 200 ahli yang memang berhasrat membantu BN dalam pelbagai aspek termasuk tenaga dan pendapat dalam mengatasi taktik pembangkang.
Kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu kini diwakili Ahli Parlimen Bebas dengan dua DUN-nya iaitu Bandar Baharu diwakili calon Pas dan DUN Kulim diwakili wakil rakyat dari PKR. - BERNAMA

Rabu, 25 April 2012

INI MAHFUZ YANG KATA...

Naib presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Nasharudin berhak menyuarakan apa sahaja pandangan dan kami menghormatinya. “Pas akan tetap menyokong perjuangan Bersih 3.0 walaupun dipengerusikan Datuk S Ambiga, hatta orang gila pun, yang baru keluar hospital sakit jiwa, jika dia sanggup memperjuangkan keperluan pilihan raya yang bersih. Dalam hal ini, soal Ambiga tidak timbul, soal pilihan raya bersih yang diperjuangkan adalah penting," kata beliau.

Selasa, 24 April 2012

PRU13: Umno yakin rampas Selangor, Kedah

24 April 2012 KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR). Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang. Menurutnya, pembangkang gagal memberikan pembangunan dan kemudahan yang dijanjikan seperti yang dilakukan oleh BN sebelum ini. "Saya ingin menyoal pembangkang apa yang telah diberikan kepada rakyat di negeri tersebut. Hanya janji kosong. Banyak perkara tidak ditunaikan oleh mereka, Malah kini berlaku pergolakan di antara mereka. "Saya akui bahawa berlaku beberapa masalah dalam kerajaan sekarang. Kita sentiasa memperbaikinya. Apa yang dilakukan adalah untuk membantu rakyat di negara ini," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno. Tengku Adnan berkata, BN juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah oleh pembangkang, ia bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut. Sementara itu, Tengku Adnan berkata, Umno telah menjalankan penapisan terhadap calonnya bagi menghadapi pilihan raya untuk memastikan mereka yang dipilih tidak 'dicemari' persepsi skandal atau rasuah. Tengku Adnan berkata, pucuk pimpinan memerlukan masa untuk menapis calon-calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Menurutnya, 191 bahagian di seluruh negara telah menyerahkan senarai calon untuk diteliti oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bagaimanapun senarai yang diterima itu bukan muktamad, Kami akan menapis calon yang berpotensi. Malah Datuk Seri Najib mempunyai sumber maklumatnya sendiri sama ada individu yang dicalonkan itu layak atau sebaliknya. "Umno ingin meletakkan calon yang mampu menang untuk bertanding, disukai oleh rakyat dan juga parti. Kami tidak mahu meletakkan calon yang disukai oleh sebelah pihak dan tidak boleh bekerja," katanya