Selasa, 24 April 2012

PRU13: Umno yakin rampas Selangor, Kedah

24 April 2012 KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR). Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang. Menurutnya, pembangkang gagal memberikan pembangunan dan kemudahan yang dijanjikan seperti yang dilakukan oleh BN sebelum ini. "Saya ingin menyoal pembangkang apa yang telah diberikan kepada rakyat di negeri tersebut. Hanya janji kosong. Banyak perkara tidak ditunaikan oleh mereka, Malah kini berlaku pergolakan di antara mereka. "Saya akui bahawa berlaku beberapa masalah dalam kerajaan sekarang. Kita sentiasa memperbaikinya. Apa yang dilakukan adalah untuk membantu rakyat di negara ini," kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno. Tengku Adnan berkata, BN juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah oleh pembangkang, ia bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut. Sementara itu, Tengku Adnan berkata, Umno telah menjalankan penapisan terhadap calonnya bagi menghadapi pilihan raya untuk memastikan mereka yang dipilih tidak 'dicemari' persepsi skandal atau rasuah. Tengku Adnan berkata, pucuk pimpinan memerlukan masa untuk menapis calon-calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. Menurutnya, 191 bahagian di seluruh negara telah menyerahkan senarai calon untuk diteliti oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bagaimanapun senarai yang diterima itu bukan muktamad, Kami akan menapis calon yang berpotensi. Malah Datuk Seri Najib mempunyai sumber maklumatnya sendiri sama ada individu yang dicalonkan itu layak atau sebaliknya. "Umno ingin meletakkan calon yang mampu menang untuk bertanding, disukai oleh rakyat dan juga parti. Kami tidak mahu meletakkan calon yang disukai oleh sebelah pihak dan tidak boleh bekerja," katanya

3 ulasan:

  1. setakat yg aku tahu lah.

    selangor masih kelabu.
    kedah pun 50-50
    perak tipis juga.

    isu nya masaalah calon dlm umno yg dilulus oleh bahagian baru ini.
    hampir kesemua menempah kalah awal lagi.
    orang dah cakap dan nilai mereka sana sini.

    rakyat cerdik bukan lagi dok harap berita dari TV RTM .UM/BN dsb.

    BalasPadam
  2. Calon bagi UMNO di Padang Serai siapa pun ok.Cuma jangan geng LIMA PEROSAL UMNO Pdg Serai je jangan.


    Kalau mereka juga.Alamat lah....

    BalasPadam
  3. Bagi calon BN khususnya UMNO, aku nak pimpinan negeri dan pusat ambil perhatian..kalau nak letak calon biar lah boleh bercakap dan berhujah untuk menyampai mesej umno kepada masyarakat, bukan setakat bercakap deras di depan ketua cawangan umno tetapi tak berani naik pentas untuk berceramah mengenai soal parti dan masa depan negara..Cerita BRIM , Rumah KEDA, parit biar JKKKP yang cakap..ambil pengalaman bekas wakil rakyat macam yang dok ada, hanya garang dengan ahli-ahlisahaja tetapi dengan puak pembangkang, kecut...harap pimpinan umno sedar, in i bukan zaman dok atas kerusi empuk dalam bilik aircord..lu fikir la

    BalasPadam

b