Selasa, 27 April 2010

PAS DAH SOAL BIDANG KUASA SULTAN

Sidang DUN Kedah dikejutkan dengan soalan yang dikemukakan oleh
Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,

RINTIHAN SEORANG ISTERI

Bai'ah talak tiga Cuba baca disini

Isnin, 19 April 2010

AZIZAN SIAP SEDIA BUBAR DUN

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah untuk memohon agar DUN Kedah dibubar jika 3 ADUN PKR keluar parti mereka untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.Azizan berkata bahawa dia telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.
"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama

ADA LAGI KELUAR PKR

200 ahli keluar PKR
PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh ahli PKR cabang Bayan Baru, Sungai Dua dan Permatang Damar Laut di sini dengan diketuai Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohamad Ali yang telah 11 tahun berada dalam parti itu.

Menurut Ismail, tindakan itu dibuat bersama ahli PKR yang lain kerana muak dengan perangai dan tindakan pemimpin parti berkenaan yang bertindak mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan 'rakan' mereka.

''Sebagai orang yang telah 11 tahun berada dalam PKR, saya melihat berlaku banyak kepincangan dalam PKR dan pakatan pembangkang ketika ini terutama apabila seorang ahli Parlimen mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

''Begitu juga dengan satu kes mahkamah seorang pemimpin parti yang turut memanggil pihak luar campur tangan. Dia panggil Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada. Ini amat tidak baik dan merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi rakyat Malaysia.

'Namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun pemimpin PKR sama ada negeri atau pusat bersuara mengenai hal ini. Mereka diam membisu. Perkara ini benar-benar menyedihkan saya dan rakan-rakan yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengikuti jejak langkahnya ialah Ahli Jawatankuasa PKR cabang yang sama, S. Dhinabalan.

Ismail kemudiannya sambil disaksikan Dhinabalan dan ahli parti yang lain bertindak memotong kad keahliannya dalam PKR.

Khamis, 15 April 2010

ADA LAGI BERITA -TUNGGU ESOK

Mungkin ada lagi berita yang mengemparkan , apa pun tunggu esok

ADUN PKR KELUAR PARTI


ADUN Bakar Arang dari PKR keluar parti
15/04/2010 3:58pm


ALOR SETAR 15 April - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu hari ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas kerana kecewa dipergunakan untuk kepentingan individu tertentu. - Bernama

Selasa, 13 April 2010

200 AHLI PKR KELUAR PARTI

200 ahli PKR Taman Tunku Putra keluar parti
13/04/2010 2:57pm


KULIM 13 April - Hampir 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.

Mereka yang diketuai G. Thanagaran sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kulim yang juga Exco, Lim Soo Nee tidak pernah menunjukkan muka atau menjenguk penduduk di kawasan ini walaupun telah dua tahun berlalu. Kami tiada tempat hendak mengadu,” katanya.

Mereka menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Abdul Aziz pada satu majlis sempena Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat di kawasan perumahan Taman Tunku Putra, di sini hari ini. - Bernama

Sabtu, 3 April 2010

1 TAHUN 1 MALAYSIA - NAJIB


HARI ini genap setahun pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Setahun lalu sebaik melangkah masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang kini menjadi sebutan dan ikutan rakyat di negara ini.



Dengan berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau membuang mentaliti rakyat Malaysia yang sebelum ini menganggap Yang Berhormat (YB) atau kerajaan adalah sebuah individu atau badan eksklusif yang tahu akan segala-galanya.



Akhirnya, budaya merakyatkan kerajaan dilakukan oleh Najib yang juga Presiden Umno, memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama kerajaan memacu Malaysia ke arah mencapai negara maju sejajar inspirasi Wawasan 2020.Tidak cukup dengan itu, wibawa kepemimpinan Najib semakin mantap apabila melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang antara lainnya berhasrat melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.Sempena ulang tahun pertama pemerintahan Najib, marilah kita seluruh warga Malaysia , bersama-sama merenung sejenak akan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dan mengekalkan kestabilan politik serta ekonomi negara ini.Persoalan yang seharusnya terbit di hati kecil setiap rakyat ialah apakah jasa dan usaha kita selaku rakyat di negara ini terhadap perpaduan, kestabilan politik dan ekonomi? Apakah peranan dan pengorbanan kita dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020? Dan apakah yang seharusnya kita wariskan kepada anak cucu kita nanti.


Jumaat, 2 April 2010

DEMO TAK SELESAI MASALAH- GOBALA

inilah puncanya penyokongnya berkumpul


Gobala kata dirinya tak harus disalahkan masalah mendapan tanah di taman semarak ekoran demonstrasi yang dibuat oleh sekumpulan penyokong pas dan pkr kemarin. Menurutnya sebagai Ahli Parlimen , beliau hanya membawa masalah yang tidak dapat diselesaikan diperingkat pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri. "Kenapa saya disalahkan, saya berada di Parlimen untuk bersidang", katanya.

Hari ni, gobala turut berjumpa dengan wartawan dibawah pokok berhampiran tapak demo kemarin yang disertai oleh penyokong-penyokong beliau. Difahamkan terdapat individu yang terlibat dalam demo mengaku penyokong gobala dalam PR. Mengenai penglibatan ini kumpulan ini, gobala berkata " saya kesal demonstrasi yang dilakukan melibatkan beberapa ahli parti, ini tidak seharusnya berlaku dan meminta parti mengambil tindakan tegas terhadap mereka"katanya kepada sinar.




Khamis, 1 April 2010

DIMANA GOBALA


Taman Selasih . Satu demostrasi telah diadakan di kawasan lapang jalan masuk ke tapak pasar malam menuntut YB Gobala , Ahli Parlimen Padang Serai untuk berbuat sesuatu bagi membaiki keadaan jalan masuk yang masih belum ada sebarang tindakan sejak sekian lama dari pihak berkuasa dikawasan tersebut.




Perhimpunan yang terdiri peniaga-peniaga disitu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen yang tidak mengambil peduli dengan keadaan mereka. Inilah luahan penyokong-penyokong gobala( pas/pkr) yang pada suatu ketika dulu cukup menyanjung tinggi . Kini tak apa yang dibuat bagi menjaga kepentingan pengundi-pengundi disitu .




Mungkin mereka ini tak tahu dimana gobala sekarang. Sebenar gobala yang hadir di parlimen telah di HALAU keluar dewan kerana tidak menghormati arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.