Memaparkan catatan dengan label Penulis Tamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penulis Tamu. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2011

Lagi Ahli Pas Masuk UMNO

Akibat kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai pejuang, 100 orang ahli Pas dan 100 lagi pengundi atas pagar mengambil keputusan muktamad menyertai UMNO.

Kesemua borang keahlian tersebut telahpun diserahkan kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kampung Teluk Wang Besar semalam.

Menurut Firdaus, luka di hati masyarakat atas tindakan Mat Sabu nampaknya masih bersisa dan tindakan keluar parti ini membuktikan bahawa perjuangan Pas sudah semakin goyah.

“Selepas ini akan ada lagi ahli Pas yang akan menyerahkan borang menyertai UMNO. Ianya masih dalam perbincangan.

“Ternyata, perjuangan Pas yang sudah semakin tersasar ini menyebabkan ramai pengikut mereka patah hati. Apatah lagi tindakan Mat Sabu memertabatkan Mat Indera menyebabkan penyokong mereka marah,” ujarnya.


Katanya lagi, masyarakat setempat juga semakin sedar bahawa tindakan mereka yang sebelum ini menyokong pakatan pembangkang adalah salah. Oleh itu, usaha UMNO Bahagian Sungai Petani mendekati rakyat menjadi lebih mudah malah daftar pengundi juga meningkat drastik.

Ketika di tanya gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang sudah semakin hampir, Firdaus menjelaskan, segala persiapan telah dilakukan untuk memastikan Bahagian Sungai Petani dapat merampas kembali ke semua kerusi yang dipegang oleh pakatan pembangkang di bahagian tersebut.

“Pada PRU yang lalu, kita tewas ke semua kerusi akibat pukulan tsunami politik ketika itu. Namun, rentetan kekalahan tersebut, kita telah merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Walaupun sebelum ini terdapat kekecohan dalaman yang melanda UMNO Bahagian Sungai Petani, tetapi ianya sudah semakin pulih apabila UMNO Negeri mengambil alih.

“Beberapa rombakan telah dibuat dan kini, semuanya berjalan lancar dan kita telah berada di landasan yang betul untuk ‘berperang’ menghadapi PRU 13.

“Kita juga kini sedang melaksanakan program GEMPUR dengan mengadakan sesi jelajah berceramah mengenai isu-isu semasa. Alhmadulillah, program ini mendapat sambutan masyarakat dan kepercayaan mereka kepada parti semakin pulih. Apa yang pasti, kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana agenda utama kita adalah menang di PRU kelak,” terang Firdaus lagi kepada UMNO-Online.

Beliau turut melahirkan rasa syukurnya kerana kebijaksanaan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tugas-tugas mendekati rakyat di peringkat Bahagian menjadi lebih mudah.

Ternyata pendekatan yang digunakan Perdana Menteri berkesan di hati rakyat.

“Saya berharap, seluruh ahli akan menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti semasa mengundi kelak terutamanya rakyat di kawasan Sungai Petani ini,” jelasnya lagi. – MediaUMNO.

Khamis, 13 Oktober 2011

MELAYU HILANG KUASA 10 TAHUN LAGI



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.SumberUM

Isnin, 10 Oktober 2011

PENYOKONG PAS SERTAI UMNO

68 penyokong PAS Padang Terap sertai UMNO


2011/10/10

UALA NERANG: Seramai 68 pemuda penyokong setia PAS Padang Terap di Kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka, dekat sini, menyertai UMNO selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai UMNO kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan PAS sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.
"Saya sertai UMNO disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam tadi.
Majlis penyerahan borang keahlian UMNO diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai UMNO disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekali gus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar.

Sementara itu, Mahdzir berkata ini adalah satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan UMNO dapat diterima semua lapisan masyarakat.

Katanya, Kerajaan Pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.
"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA

Khamis, 6 Oktober 2011

KABINET BAYANGAN PAKATAN

AKHBAR China Press pada 4 Oktober 2011 menyiarkan berita yang memetik kenyataan Bendahari DAP, Fong Kui Lun mengenai barisan Kabinet bayangan pihak pembangkang.

Berita bertajuk “Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Bayangan – Fong Kui Lun’’ disiarkan dalam ruangan Dalam Negeri, halaman A15.

Menurut Kui Lun; Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah ‘perdana menteri bayangan’.

Beliau berkata, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, pihak pembangkang dapat memerintah Kerajaan Pusat, siapa menjadi Perdana Menteri akan ditentukan kelak daripada kalangan ketiga-tiga tokoh berkenaan.

Kui Lun yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang yang bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen turut memberitahu tiga ahli Parlimen masing-masing daripada DAP, Pas dan PKR akan mengawasi setiap kementerian secara bersama.

‘‘Kita telah mempunyai kumpulan kecil untuk mengawasi jawatan Kabinet dan selepas ini jika dapat memerintah Kerajaan Pusat, menteri akan dipilih daripada kalangan tiga ahli Parlimen yang memantau setiap kementerian,’’ katanya.

Kui Lun memberi contoh, gandingan beliau dengan Ahli Parlimen Kota Bharu daripada Pas, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kapar daripada PKR, S. Manikavasagam bertanggungjawab terhadap Kementerian Pelancongan.

‘‘Apabila timbul isu pelancongan kami bertiga akan diutamakan untuk bersuara,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas yang juga Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, Kabinet bayangan pihak pembangkang sudah lama wujud, cuma ia tidak diumumkan kepada pihak luar.

Koo Ham berkata, beliau sendiri dilantik untuk menangani isu-isu di Jabatan Perdana Menteri manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mengawasi Kementerian Pengajian Tinggi.sumber

Komen UKL : Nama Anwar Ibrahim sebaris dengan Lim Kit Siang dan Hj Hadi Awang, amacam agak-agak sapa yang jadi PM kalau pakatan memang. PAS nak pegang jawatan apa? Penyokong PAS tau ke rancangan ini.

Khamis, 1 April 2010

DIMANA GOBALA


Taman Selasih . Satu demostrasi telah diadakan di kawasan lapang jalan masuk ke tapak pasar malam menuntut YB Gobala , Ahli Parlimen Padang Serai untuk berbuat sesuatu bagi membaiki keadaan jalan masuk yang masih belum ada sebarang tindakan sejak sekian lama dari pihak berkuasa dikawasan tersebut.




Perhimpunan yang terdiri peniaga-peniaga disitu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen yang tidak mengambil peduli dengan keadaan mereka. Inilah luahan penyokong-penyokong gobala( pas/pkr) yang pada suatu ketika dulu cukup menyanjung tinggi . Kini tak apa yang dibuat bagi menjaga kepentingan pengundi-pengundi disitu .




Mungkin mereka ini tak tahu dimana gobala sekarang. Sebenar gobala yang hadir di parlimen telah di HALAU keluar dewan kerana tidak menghormati arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Isnin, 29 Mac 2010

PERKASA

Sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Mahathir tidak lagi kelihatan berucap di hadapan perhimpunan Melayu yang ramai. Hanya perhimpunan-perhimpunan kecil diadakan atas jemputan tertentu sahaja.Tetapi pada 27/3/2010 Tun Mahathir kelihatan berucap hebat dalam perhimpunan Pertubuhan Peribumi Perkasa atau PERKASA.Walaupun menurut beliau ada beberapa pihak yang menasihati supaya beliau jangan hadir di dalam perhimpunan itu tetapi ternyata Tun M tidak makan nasihat.


PERKASA ditubuhkan pada 12/9/2009 dan berusia 1 ½ tahun telah berjaya mengumpulkan sehingga 10,000 orang yang hadir pada hari itu. Ternyata Melayu hari ini dahagakan penyatuan. Mereka telah sedar bahawa Melayu sekarang telah berpecah, hak-hak mereka semakin hangus dan terhakis. Hari ini ternyata PERKASA bebas untuk bersuara hak-hak peribumi.Hakikatnya perhimpunan PERKASA yang lepas telah mempamirkan 3G. GEGAR, GERUN DAN GAGAH.

PROGRAM MESRA RAKYAT


Sabtu - 27 Mac bermula pukul 8.30 pagi orang ramai sudah berkumpul di Masjid Kampung Batu putih untuk mengikuti program kawad pasukan RELA dan gotong royong masyarakat setempat. Program Umno turun padang tersebut telah dirasmikan oleh Y. Berusaha En Abd Rahman bin Mahamud, Ketua Umno Bahagian Padang Serai. Ahli Jawatankuasa umno bahagian,wanita,pemuda dan PU3 ikut serta dalam program tersebut. Program yang dijalankan merupakan satu kejutan kepada masyarakat setempat kerana sebelum ini tidak pernah diadakan program seperti itu.Pada kesempatan program hari ini,En.Rahman bersama Pegawai Kebajikan telah mengadakan kunjungan ke rumah-rumah penduduk yang uzur.





Seramai 9 orang pesakit telah dikunjungi dan diberi bantuan. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua peserta gotong royong dan rela telah berkunjung ke rumah En.Ahmad yang mendapat bantuan rumah PBR untuk makan tengah hari. Tetamu yang hadir dianggarkan 500 orang.Selepas makan tengah hari En.rahman menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal.Seramai 47 orang ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan daripada En.Rahman.Sesuatu yang menarik dalam program tersebut ialah komitmen dari JKM dan Keda. Walaupun hari ini adalah hari cuti umum,tetapi kerana rakyat didahulukan mereka sanggup turun ke padang. Syabas dan tahniah kepada pegawai dari JKM dan Keda. .

Rabu, 17 Mac 2010

RADZHI NAK SERAH NAMA WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI

ADUN Lunas YB Mohd Radzhi Salleh hanya akan menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang berhasrat keluar parti sekiranya mendapat persetujuan daripada mereka yang terlibat. Beliau yang berkata demikian sebagai menyahut gesaan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim supaya YB Mohd Radhzi menyerahkan senarai nama mereka yang akan keluar PKR.

Wakil rakyat yang berkenaan datang sendiri berjumpa dengannya tanpa diminta untuk meminta nasihat apa yang perlu mereka lakukan jika mahu keluar dari PKR dan beliau menasihati mereka supaya buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah membalas amaran Tan Wei Shu yang mahu keluar parti , "Jika Tan Wei Shu rasa dirinya cukup berwibawa, bertandinglah jawatan Ketua cabang PKR Sungai Petani, ini akan menentukan sama ada dia benar-benar ada pengarauh atau tidak" . sinar harian.

Jumaat, 12 Mac 2010

ROMBAKAN EXCO SELEPAS DUA TAHUN TADBIR


8 Mac genap dua tahun Pakatan Pembangkang tadbir negeri Kedah. Genap dua tahun juga berlaku perubahan Exco negeri Kedah.. Rombakan barisan Exco itu menyaksikan dua muka lama digugurkan dan diganti dengan dua muka baru. Meski pun Menteri Besar Kedah menyifatkan pengguguran dan rombakan potfolio itu merupakan perkara biasa, namun penjelasannya itu tidak boleh diterima bulat-bulat.


Dari segi logiknya, yang digugurkan merupakan mereka yang tidak mampu mengurus tadbir negeri dengan baik. Selepas dua tahun dilantik, baru MB sedar bahawa dikalangan Exco ada yang tidak mampu.


Persoalannya apakah dua Exco yang baru dilantik itu lebih bagus daripada mereka yang digugurkan? Mungkinkah terdapat Exco yang dilantik sekadar memenuhi kuota sepuluh orang kesemuanya. Adakah mereka yang dilantik mempunyai kelayakkan. Bagi Exco yang digugurkan, Kalau semasa menjadi Exco pun tak mampu buat kerja dengan baik, inikan hanya seorang ADUN kawasan yang mempunyai kuasa dan peruntukan yang terhad.


Bagaimana pula dengan kuota Melayu dari pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini YB Rahdzi yang dilantik sebagai Exco telah diganti dengan YB Lim Soo Ne. Mana perginya kuota Melayu?


Apapun sekiranya perlantikan Exco dan rombakan potfolio ini masih tidak memberi sebarang impak, maka yang akan menerima kesan adalah rakyat negeri Kedah sendiri. Cuma nak tanya mana pi YB Gobalakrishnan?

KONTRAK SOSIAL




Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.


Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.


KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

*Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


*Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.
*Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran

*Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.
*Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan.


*Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

Khamis, 11 Mac 2010


Sikap chauvanist, extremist, ultra-kiasu dan lupa diri bukan lagi asing kepada Lim Kit Siang yang pernah menghuru-harakan negara ini menerusi tragedi 13 Mei 1969 menerusi kegembiraannya kerana GERAKAN yang ketika itu bersekutu dengannya dan DAP yang merupakan najis tinggalan PAP, berjaya menyapu hampir bersih kerusi Bandaran Kuala Lumpur dalam pilihanraya umum sebelum itu.Pembabitan PKM, Parti Buruh yang ber'isme'kan sosialis dan beberapa NGO yang jelas-jelas menyambung perjuangan menakluk serta merampas negara ini dari tangan orang Melayu-Islam, telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakannya.
Hari ini Lim Kit Siang mempersoalkan kewujudan PERKASA, sebuah NGO Melayu di dalam BLOGNYA, dengan menyifatkan PERKASA - Sebuah kelahiran Syaitan atau Kejahatan.Takut benar Lim Kit Siang seandainya umat Melayu-Islam bersatu di Tanah Melayu ini.
Bayangkanlah seandainya rancangan MACHAPAGAL, bapa kepada Presiden Filipina sekarang benar-benar direalisasikan menerusi kewujudan NEGARA MELAYU YANG LEBIH BESAR iaitu MELAYU RAYA, barangkali Lim Kit Siang akan menyertai Chin Peng di dalam hutan untuk melakukan pemberontakan.Dan kerana itulah, Lim Kit Siang berpendapat bahawa PERKASA hanyalah perkakas untuk para pemimpin Melayu, khususnya di dalam UMNO untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan menerusi penyelewengan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu.Lim Kit Siang boleh jadi BODOH, BENGAP, BAHLOL dan BENGONG... Tidak ada seorang Melayu-Islam, kaum Bumiputera Bukan Islam, dan kaum Peribumi di seluruh Tanah Melayu ini pun yang mempertikaikan tentang KEWUJUDAN orang Cina, India dan segala pendatang lain di sini. BACA DISINI

Isnin, 8 Mac 2010

SATU TEKAT, SATU MATLAMAT & SATU HASRAT











UKL telah menerima satu email dari seorang sahabat untuk paparan umum.






Baru-baru ni,Umno Bhg.Pdg Serai telah mengadakan satu program motivasi bertujuan untuk memperkasakan parti.Motivasi tersebut telah diambil bahagian oleh 4 sayap parti,iaitu wanita,pemuda dan PU3.Rata-rata peserta kursus ceria dengan modul kursus yang dijalankan dan berharap ianya akan diadakan secara berterusan.Saya terharu dan tersentuh dengan komitmen peserta yang mengambil bahagian.Walaupun peserta terdiri dari mereka yang berbeza umur,tua dan muda tetapi semangat kekitaan masyaalah,AMAT TINGGI.Peserta yang meyampaikan ucapan amat bersemanat,bernas dan mempunyai satu tekat.TAWAN KEMBALI PADANG SERAI.
Saya yakin sekiranya semangat kursus ini berterusan,BN akan berjaya dalam PRU13.Ketua Wanita Hjjah Puan Marlia Latif berucap dengan penuh semanagat mengajak kesemua sayap parti ,pemuda dan PU3 berdiri teguh bersama wanita menyokong kepimpinan Ketua Bahagian.Begitu juga dengan Ketua Pemuda dan PU3.Semuanya bersemangat untuk menawan semula Parlimen dan DUN di Padang Serai.Akhir sekali Ketua Umno Bhg Padang Serai dalam ucapannya mengajak semua Ahli Jawatankuasa 4 sayap dan peserta kursus bersatu di bawah satu bumbung umno Bahagian Padang Serai untuk memperkasakan parti menongkah arus untuk mengambil kembali bahtera BN yang dirampas PR.
Beliau mengatakan bahawa beliau tidak ada pilih kasih dibawah pentadbirannya dan jauh sekali kalau mau menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.Perjuangan nya adalah ikhlas untuk agama,,bangsa dan negara.Ramai peserta yang terharu dengan ucapan beliau yang mengalir air mata tanda keikhlasan apabila beliau mengatakan bahawa beliau sanggup menerima apa saja cabaran dan dugaan demi mempertahankan maruah agama,bangsa dan rakyat.

Ahad, 7 Mac 2010

DARIPADA 40 PKR YANG TINGGAL, HANYA 18 ORANG ISLAM

Hilang keyakinan terhadap kes liwat Anwar dan kepalsuan slogan hak asasi yang dilaungkan oleh PKR merupakan antara sebab parti tersebut semakin kehilangan sokongan wakil rakyat sendiri.
Mari kita lihat berapa lagi YB PKR yang tinggal dalam parti tersebut. Cepat-cepat capai pelampung wahai para YB, kapal dah nak karam!

Parliamentary Seats
Federal Territories (Bandar Tun Razak) – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Federal Territories (Lembah Pantai) – Nurul Izzah Anwar
Federal Territories (Wangsa Maju) – Wee Choo Keong
Kedah (Alor Star) – Ahmad Kasim
Kedah (Merbok) – Datuk Rashid Din
Kedah (Padang Serai) – N. Gobalakrishnan
Kedah (Sungai Petani) – Johari Abdul
Kelantan (Machang) – Saifuddin Nasution Ismail
Kelantan (Pasir Puteh) – Muhammad Hussin
Kelantan (Tanah Merah) – Amran Ab Ghani
Negri Sembilan (Telok Kemang) – Kamarul Baharin Abbas
Pahang (Indera Mahkota) – Azan Ismail
Pahang (Kuantan) – Fuziah Salleh
Perak (Gopeng) – Lee Boon Chye
Perak (Sungai Siput) – Dr Michael Jeyakumar Devaraj
Pulau Pinang (Balik Pulau) – Mohd Yusmadi Yusoff
Pulau Pinang (Permatang Pauh) – Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Sarawak (Julau) – Ambrose Labang Jamba
Selangor (Ampang) – Zuraida Kamaruddin
Selangor (Gombak) – Mohamed Azmin Ali
Selangor (Hulu Selangor) – Zainal Abidin Ahmad
Selangor (Kapar) – Manikavasagam Sundaram
Selangor (Kelana Jaya) – Gwo-Burne Loh
Selangor (Kuala Langat) – Abdullah Sani Abdul Hamid
Selangor (Petaling Jaya Selatan) – Hee Loy Sian
Selangor (Selayang) – William Leong Jee Keen
Selangor (Subang) – R. Sivarasa

State Seats (ADUN)
Kedah (Bakar Arang) – Tan Wei Xu
Kedah (Kulim) – Lim Soo Nee
Kedah (Lunas) – Mohd Razhi Salleh
Kedah (Sidam) – Tan Show Kang
Kelantan (Guchil) – Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria
Negeri Sembilan (Ampangan) – Rashid Latiff
Negeri Sembilan (Chuah) – Chai Tong Chai
Negeri Sembilan (Port Dickson) – Ravi A/L Munusamy
Negeri Sembilan (Sikamat) – Aminuddin Harun
Perak (Behrang) – Jamaluddin Mohd Radzi
Perak (Changkat Jering) – Kapt Mohd Osman Mohd Jailu
Perak (Hutan Melintang) – Kesavan Subramaniam
Perak (Keranji) – Chen Fook Chye
Perak (Kuala Kurau) – Abdul Yunus Jamhari
Perak (Kuala Sapetang) – Tai Sing Ng
Perak (Malim Nawar) – Keshvinder Singh
Perak (Simpang Pulai) – Chan Ming Kai
Perak (Teja) – Chang Lih Kang
Pulau Pinang (Batu Maung) – Abdul Malek Kassim
Pulau Pinang (Batu Uban) – Raveentharan
Pulau Pinang (Bukit Tambun) – Law Choo Kiang
Pulau Pinang (Bukit Tengah) – Ong Win Chen
Pulau Pinang (Kebun Bunga) – Ong Khan Lee
Pulau Pinang (Machang Bubuk) – Tan Hock Leong
Pulau Pinang (Pantai Jerejak) – Sim Tze Tsin
Pulau Pinang (Pulau Betong) – Dr Mansor Othman
Pulau Pinang (Sungai Bakap) – Maktar Shapee
Pulau Pinang (Telok Bahang) – Abdul Halim Hussein
Sabah (Tempasuk) – Awang Laiman Ikin @ Awang Laiman Kakimin
Selangor (Batu Caves) – Amirudin Shari
Selangor (Batu Tiga) – Rodziah Ismail
Selangor (Bukit Antarabangsa) – Mohamad Azmin Ali
Selangor (Bukit Lanjan) – Elizabeth Wong
Selangor (Bukit Melawati) – Muthiah Mariam Pillay
Selangor (Kajang) – Lee Kim Sin
Selangor (Kota Anggerik) – Yaakob Sapari
Selangor (Rawang) – Gan Pei Nei
Selangor (Seri Andalas) – Xavier Jeyakumar
Selangor (Seri Setia) – Nik Nazmi Nik Ahmad
Selangor (Taman Medan) – Haniza Mohd Talha

Daripada 40 ADUN PKR yang tinggal, hanya 18 orang Islam.
Ternyata PKR didominasi oleh bukan Islam, sehingga panel disiplin untuk isu Kalimah Allah didominasi oleh bukan Islam. Bagaimanakah Islam boleh ditegakkan dalam PKR? Beritahu saya.
Mungkin Eli Wong boleh jelaskan bagaimana boyfriend boleh masuk rumah dan ambil gambar tengah tidur. Soalan pertama, rumah seorang ADUN tidak berkunci kah? Soalan kedua, boyfriend pegang kunci kah? Soalan ketiga, betul ke amoi tu tengah tidur. Dan-dan muslimah PAS pergi peluk Eli Wong menunjukkan tanda simpati? Apa punya bangang lah.
Cepat-cepat YB… Apa tunggu lagi? Orang semua dah berhijrah, anda tunggu apa lagi? Kapal dah nak karam tuu!! Cabuttt!!! klikdisini

Jumaat, 5 Mac 2010

PERJUMPAAN JKKKP PADANG SERAI















Satu perjumpaan JKKKP Parlimen Padang Serai telah diadakan di IT Centre, Kulim Hi Tech Park , Kulim. Semua Pengerusi dan setiausaha telah dijemput hadir kemajlis tersebut. Encik Abd Rahman Mahmud, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai dalam ucapannya berharap semua Pengerusi dan Setiausaha JKKKP dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam pada itu, beliau juga telah menyediakan peruntukkan mebuka 20 akaun Tabung Haji bagi setiap JKKKP . Turut hadir Tuan Haji Arifudin , Timbalan Pengurus KEDA dan Encik Ahmad Maidin Pegawai KEDA Kulim/Bandar Baharu.