Jumaat, 5 Mac 2010

PERJUMPAAN JKKKP PADANG SERAI















Satu perjumpaan JKKKP Parlimen Padang Serai telah diadakan di IT Centre, Kulim Hi Tech Park , Kulim. Semua Pengerusi dan setiausaha telah dijemput hadir kemajlis tersebut. Encik Abd Rahman Mahmud, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai dalam ucapannya berharap semua Pengerusi dan Setiausaha JKKKP dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan dalam usaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam pada itu, beliau juga telah menyediakan peruntukkan mebuka 20 akaun Tabung Haji bagi setiap JKKKP . Turut hadir Tuan Haji Arifudin , Timbalan Pengurus KEDA dan Encik Ahmad Maidin Pegawai KEDA Kulim/Bandar Baharu.

9 ulasan:

  1. Perubahan dapat jadi jika kita melakukannya. Perubahan tidak jadi akan terjadi jika kita tidak berusaha melakukannya. Ni yang kita katakan perubahan, mana ada Ketua Bhg Pdg Serai yang mampu membuka akaun bagi bakal haji seramai itu (20 Orang). Apa lagi hangpa nak. Nilah yang di katakan perubahan. Dalam perjumpaan itu takkan Ketua bahg tak huloq apa-apa kot, kan dia bayak fulus, taraf wakil rakyat.....

    BalasPadam
  2. TAHNIAH LAH PADA SEMUA YANG DAPAT ELAUN.SERONOKLAH PENGERUSI JKKKP DARI TAMAN PUN DAPAT JUGA KALI INI.MEREKA PUN BERJUANG JUGA SAMPAI TIDAK PERNAH BUAT MESYUARAT LANGSUNG PUN ADA..ZAMAN DULU SEJAK DARI ZAMAN TOK YASIN TOK PA TOK MUD TOK DET TAK ADA ELAUN.SEMANJAK ZAMAN TOK RAMAN BARU LAH RASA ELAUN...INI LAH NAMANYA PERUBAHAN..

    BalasPadam
  3. AKU NAMPAK MACAM ADA YANG AKU KENAI SAJA!!MUNGKIN PELANDUK DUA SERUPA..

    BalasPadam
  4. Kepada Saudara Rahman.
    Berbuat baiklah sementara ada peluang dan masa.
    Bangsa amat perlukan pengiktirafan untuk terus bekerja.

    Namun "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

    Seribu tahun kebaikan yang saudara usahakan bisa dimusnah dan dihapuskan dek sekali kesilapan kecil yang saudara lakukan.

    Hubaya, hubayalah.

    BalasPadam
  5. Ada satu tempat orang kampung marah pada JKKKP.Dia buat kerja pilih bulu.Sampai orang UMNO sendiri pun tidak dapat kemudahan karajaan.Maka mereka katakan JKKKP sebagai jawatankuasa kemajuan keluarga dan keroni pengerusi.Kampung tidak jaga.Kemudia bergaduh dengan rakyat dikampung.Cerdik pandai dianggap musuh.Pantang ditegur langsung.PAS berdamping dengan cerdik pandai.Apa nak jadi.....

    BalasPadam
  6. Rasakenai.

    Aku setuju dengan anak melayu kampung cuma aku ingin tanya..buat baik berpada-pada buat jahat sekali sekala boleh kot?

    Jika buat jahat jangan sekali ...takut belaku macam pemimpin PAS hari ini.Buat baik berpada-pada ..memutaq belit rakyat tiap2 hari hari.

    Pada aku buat jahat biar sesekali,buat baik kerana undi.Ini yang tengah dok perjuang ni.

    BalasPadam
  7. Terima kasihlah kerana beri perhatian sikit kat pandangan aku ni.

    Maksud aku pandagan aku adalah atas sikap KB yang selalu dicap dengan bermacam andaian.

    Orang berkulit sawo matang macam kita ini ada satu feel yang cukup lumrah.Cepat buat keputusan. Lepas tu kalau buat silap cukup malu nak mengaku kesilapan.

    Kita berasa cukup lece nak mengaku salah dan kalah.Walaupun tak betoi kita nak pertahan juga. Inilah sebenarnya punca segala masalah.

    Pada aku kata2 kurang penting dan selalunya akan berputar-putar.....Tindakan selepas dirancang mungkin boleh membuahkan sesuatu.

    Salam.

    BalasPadam
  8. baguih laa...
    kurang2 jkkkp pun boleh gak rasa....
    dapat sikit pun, boleh la nak kira...
    huluq huluq mai pun takpa....
    tak luak duit tok ketua yg ada...

    asyik belanja kopi ja kt simpang tiga...
    peruntukkan yg ada tu agih2 la sama....
    kami kt bwh ni jgn la dok lupa...
    tak mai rumah, kami pi pejabat pun takpa...

    pulun lobi sampai pening kepala...
    pilihan skali lagi jgnla dok bt lupa..
    boh dalam sampul kaler apa pun xpa...
    janji jumlah dia naik dari yg lama..

    BalasPadam
  9. Baru buka buku akaun dah nak bising,Ketua Bahagian dulu hantar orang pi Mekah tak bising pun kalau tak percaya tanya Paklah Bom Ketua Cawangan Taman Selasih(org yg tak pernah berterima kasih kepada org yg tolong)....

    BalasPadam

b