Ahad, 7 Mac 2010

AZIZ SHEIKH FADZIR PELAWA ZULKIFLI GUNA PLATFORM UMNO

KULIM: Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat. "Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya. Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat. - Bernama

5 ulasan:

  1. Aku lihat pelawaan Dato Abd. Aziz Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, supaya YB. Zulkifli Noordin, MP Kulim-Bandar Baharu, yang baru dipecat oleh PKR, menggunakan UMNO untuknya terus berkhidmat kepada rakyat, adalah suatu perubahan sikap yang cukup menyenangkan, bukan sahaja kepada YB Zul, malahan seluruh pengundi dalam parlimen tersebut.

    Dan selepas ini aku percaya YB Zul akan disambut oleh rakyat Kulim-Bandar Baharu, sebagai seorang "wira"

    Cuma aku amat berharap agar semua pengikut YB Zul dari PKR akan dilayan dan diberi "pengiktirafan" yang sama.

    Aku juga ternanti-nanti agar KB UMNO Padang Serai akan mengambil sikap yang sama terhadap
    bekas-bekas ahli PKR Cabang Padang Serai yang telah meninggalkan PKR lebih awal.

    "Selamat Kembali Ke Pangkuan Rakyat, YB. Zulkifli"

    "Biduk lalu kiambang bertaut"

    BalasPadam
  2. Sebagai Parti Politik Melayu sepatutnya UMNO seharusnya mengguna kesempatan ini untuk mendekati mereka yang sudah terpinggir maupun dipinggirkan oleh PKR dan PAS.
    UMNO tidak seharusnya menyendiri dengan menjauhi mereka..dimana setiakawan bangsa yang ingin ditonjolkan oleh UMNO?
    Sejauh ini sebelum belaku pemecatan pada YB Zul4 Kulim pernahkah UMNO mendekati mereka? Pernahkah UMNO mengada majlis-majlis tertentu untuk mendekati penyokong-penyokong yang meninggalkan PARTI? Pernahkah UMNO menghargai mereka…
    Mendekati mereka bukan bererti mengharap mereka menyokong kita..tetapi mendekati sebagai satu bangsa yang prihatin kepada mereka…
    Pernahkah mereka menolak pelawaan kita…atau kita (UMNO) saja yang masih ego dengan sikap kekitaan.
    Sebagai rakyat aku amat kecewa dengan segelintir pemimpin UMNO yang selama ini yang masih mengamal politik keakuan.
    Apakah akan hilang bisa .. jika ular menyusur akar? Apakah tercemar kahmaruah UMNO jika menyambut serta mendekati mereka yang terpinggir dan dipinggirkan oleh parti mereka selama ini?
    Apakah UMNO getar dengan tomahan dan fitnah pembangkang ? Jika mereka yang terpinggir dan dipinggirkan berani menghadapi kenyataan ini dari parti sendiri mengapa UMNO terlalu dangkal untuk bangun menunjuk simpati kepada mereka ini.
    Bangangnya UMNO hari ini…….!!!!

    Pada seluruh kepimpinan UMNO Negeri celiklah mata jangan terus mengamalkan Politik kekitaan dekatilah mereka dengan cara baik…mengalah bukan bererti kalah…terpacak megah bukan bererti kuat dan gagah!
    Apakah UMNO menanti saat pilihan raya…baru terhegeh-hegeh untuk menyakan mereka?

    Sepatut UMNO kedah mengalu-alukan mereka yang telah kembali ke pangkuan bangsa dan menyedari kepincangan perjuangan mereka selama ini.
    Harap UMNO Negeri. Bahagian dan cawangan lebih bersikap terbukalah dari sebelumnya.Kerana tidak sesekali dapat menjatuhkan murtabat UMNO jika menyambut mereka yang telah pulang kepangkuan bangsa ini….walaupun mereka tidak bersama politik bangsa sekurang=kurang mereka berjaya membuka minda bangsa yang sudah lama buta.
    Sedarlah UMNO Kedah oi !! Butakah mata kalian ? Bangunlah menunjuk sikap yang lebih terbuka..!!
    Jangan terus berselimut dengan suku sakat hangpa saja….mereka juga bangsa kalian.Apakah mereka diraikan semata-mata kerana mereka menyokong kita…??? Inikah bukti sikap setiakawan bangsa yang UMNO perkatakan selama ini…
    Cukuplah dengan sikap jumud PAS dengan sikap politik kekitaan jgn UMNO juga berada dalam selimut yang jumud sikap mereka….bukalah minda dan mata yang sudah lama BUTA !! pandang dan hargailah mereka yang lebih berjaya dari kita membuka minda bangsa!!
    Apakah masih tidak berjasakah lagikah mereka pada bangsa …berbanding kita yang membabi berselimut tanpa berbuat apa-apa untuk menyedar bangsa…????

    BalasPadam
  3. umno tidak perlu mempelawa sesiapa pun masuk umno.. kerana yang lebih penting Umno bijak menggunakan peluang yang ada ini untuk mengorek rahsia PKR ini. Lebih baik zulkifli menjadi ahli bebas seperti mana Datuk Ibrahim Ali supaya segala percakapan dan tindakan melambang UMNO ataupun BN...

    BalasPadam
  4. kalau diluar UMNO dan BN, zulkifli bercakap dan bertindak tidak melambangkan itu daripada UMNO dan BN... bubuh saja apa yang benar..

    BalasPadam
  5. Yang penting cakap kena serupa bikin wahai pemimpin sekelian'Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.Pengkhianat jadi wira manakala wira jadi pengkhianat..TENGOK LAH SAMA DATO AZMI DAIM dan yang lainnya.

    BalasPadam

b