Isnin, 29 Mac 2010

PERKASA

Sejak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Mahathir tidak lagi kelihatan berucap di hadapan perhimpunan Melayu yang ramai. Hanya perhimpunan-perhimpunan kecil diadakan atas jemputan tertentu sahaja.Tetapi pada 27/3/2010 Tun Mahathir kelihatan berucap hebat dalam perhimpunan Pertubuhan Peribumi Perkasa atau PERKASA.Walaupun menurut beliau ada beberapa pihak yang menasihati supaya beliau jangan hadir di dalam perhimpunan itu tetapi ternyata Tun M tidak makan nasihat.


PERKASA ditubuhkan pada 12/9/2009 dan berusia 1 ½ tahun telah berjaya mengumpulkan sehingga 10,000 orang yang hadir pada hari itu. Ternyata Melayu hari ini dahagakan penyatuan. Mereka telah sedar bahawa Melayu sekarang telah berpecah, hak-hak mereka semakin hangus dan terhakis. Hari ini ternyata PERKASA bebas untuk bersuara hak-hak peribumi.Hakikatnya perhimpunan PERKASA yang lepas telah mempamirkan 3G. GEGAR, GERUN DAN GAGAH.