Rabu, 17 Mac 2010

RADZHI NAK SERAH NAMA WAKIL RAKYAT KELUAR PARTI

ADUN Lunas YB Mohd Radzhi Salleh hanya akan menyerahkan senarai nama wakil rakyat yang berhasrat keluar parti sekiranya mendapat persetujuan daripada mereka yang terlibat. Beliau yang berkata demikian sebagai menyahut gesaan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim supaya YB Mohd Radhzi menyerahkan senarai nama mereka yang akan keluar PKR.

Wakil rakyat yang berkenaan datang sendiri berjumpa dengannya tanpa diminta untuk meminta nasihat apa yang perlu mereka lakukan jika mahu keluar dari PKR dan beliau menasihati mereka supaya buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah membalas amaran Tan Wei Shu yang mahu keluar parti , "Jika Tan Wei Shu rasa dirinya cukup berwibawa, bertandinglah jawatan Ketua cabang PKR Sungai Petani, ini akan menentukan sama ada dia benar-benar ada pengarauh atau tidak" . sinar harian.