Sabtu - 27 Mac bermula pukul 8.30 pagi orang ramai sudah berkumpul di Masjid Kampung Batu putih untuk mengikuti program kawad pasukan RELA dan gotong royong masyarakat setempat. Program Umno turun padang tersebut telah dirasmikan oleh Y. Berusaha En Abd Rahman bin Mahamud, Ketua Umno Bahagian Padang Serai. Ahli Jawatankuasa umno bahagian,wanita,pemuda dan PU3 ikut serta dalam program tersebut. Program yang dijalankan merupakan satu kejutan kepada masyarakat setempat kerana sebelum ini tidak pernah diadakan program seperti itu.Pada kesempatan program hari ini,En.Rahman bersama Pegawai Kebajikan telah mengadakan kunjungan ke rumah-rumah penduduk yang uzur.
Seramai 9 orang pesakit telah dikunjungi dan diberi bantuan. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua peserta gotong royong dan rela telah berkunjung ke rumah En.Ahmad yang mendapat bantuan rumah PBR untuk makan tengah hari. Tetamu yang hadir dianggarkan 500 orang.Selepas makan tengah hari En.rahman menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal.Seramai 47 orang ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan daripada En.Rahman.Sesuatu yang menarik dalam program tersebut ialah komitmen dari JKM dan Keda. Walaupun hari ini adalah hari cuti umum,tetapi kerana rakyat didahulukan mereka sanggup turun ke padang. Syabas dan tahniah kepada pegawai dari JKM dan Keda. .