Akibat kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai pejuang, 100 orang ahli Pas dan 100 lagi pengundi atas pagar mengambil keputusan muktamad menyertai UMNO.
Kesemua borang keahlian tersebut telahpun diserahkan kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kampung Teluk Wang Besar semalam.
Menurut Firdaus, luka di hati masyarakat atas tindakan Mat Sabu nampaknya masih bersisa dan tindakan keluar parti ini membuktikan bahawa perjuangan Pas sudah semakin goyah.
“Selepas ini akan ada lagi ahli Pas yang akan menyerahkan borang menyertai UMNO. Ianya masih dalam perbincangan.
“Ternyata, perjuangan Pas yang sudah semakin tersasar ini menyebabkan ramai pengikut mereka patah hati. Apatah lagi tindakan Mat Sabu memertabatkan Mat Indera menyebabkan penyokong mereka marah,” ujarnya.
Katanya lagi, masyarakat setempat juga semakin sedar bahawa tindakan mereka yang sebelum ini menyokong pakatan pembangkang adalah salah. Oleh itu, usaha UMNO Bahagian Sungai Petani mendekati rakyat menjadi lebih mudah malah daftar pengundi juga meningkat drastik.
Ketika di tanya gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang sudah semakin hampir, Firdaus menjelaskan, segala persiapan telah dilakukan untuk memastikan Bahagian Sungai Petani dapat merampas kembali ke semua kerusi yang dipegang oleh pakatan pembangkang di bahagian tersebut.
“Pada PRU yang lalu, kita tewas ke semua kerusi akibat pukulan tsunami politik ketika itu. Namun, rentetan kekalahan tersebut, kita telah merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Walaupun sebelum ini terdapat kekecohan dalaman yang melanda UMNO Bahagian Sungai Petani, tetapi ianya sudah semakin pulih apabila UMNO Negeri mengambil alih.
“Beberapa rombakan telah dibuat dan kini, semuanya berjalan lancar dan kita telah berada di landasan yang betul untuk ‘berperang’ menghadapi PRU 13.
“Kita juga kini sedang melaksanakan program GEMPUR dengan mengadakan sesi jelajah berceramah mengenai isu-isu semasa. Alhmadulillah, program ini mendapat sambutan masyarakat dan kepercayaan mereka kepada parti semakin pulih. Apa yang pasti, kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana agenda utama kita adalah menang di PRU kelak,” terang Firdaus lagi kepada UMNO-Online.
Beliau turut melahirkan rasa syukurnya kerana kebijaksanaan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tugas-tugas mendekati rakyat di peringkat Bahagian menjadi lebih mudah.
Ternyata pendekatan yang digunakan Perdana Menteri berkesan di hati rakyat.
“Saya berharap, seluruh ahli akan menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti semasa mengundi kelak terutamanya rakyat di kawasan Sungai Petani ini,” jelasnya lagi. – MediaUMNO.
Selasa, 18 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pakat ramai ramai masuk UMNO bagi tambah ahli.Tapi bila tiba pilihanraya BN kalah juga kerana puak frust sabotaj dan kencing umno sendiri.Bersih dulu dalam umno kaki sabotaj PRU 12 lalu.Ramai jadi tok ketua.Sapa nak hormat dan yakin dengan pedukang semua ini.
BalasPadamPakat ramai masuk umno...tapi bila mai pilihanraya , kalah juga, pasai apa? pasai yang dok ada masih takut bayang-bayang.. bila ada orang nak buat kerja untuk masyarakat , puak-puak ni dah curiga takut dapat publisiti, naik jadi calun.. Ini lah puncanya ,irihati dan hasad dengsi masih ada dalam kepimpinan bahagian. Tapi kalau pimpinan negeri pun ikut juga...punah
BalasPadam