Rabu, 26 Oktober 2011

7 SEBAB KENAPA PERLU TOLAK PAS.


1. Bagaimana Pas nak memerintah jika hanya bertanding 67 dari 222 kerusi Parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan Parlimen (separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen)

2. Prinsip dan konsep perjuangan pakatan pembangkang yang didokong oleh Pas adalah sama rata dan menafikan hak keistimewaan orang Melayu. Prinsip Pas ini bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan merugikan orang melayu dan Islam.

3. Pas juga bersekongkol dengan Fahaman Pluralisme iaiitu seolah-olah semua agam adalah setaraf di Malaysia sedangkan Agama Islam adalah agama Rasmi

4. Pas turut bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi sedangkan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

5. Pas menyokong kuap DAP yang sebenarnya serpihan dari parti PAP (people’s action party) yang lantang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang mengancam kedudukan Kau Melayu.

6. DAP di Pulau Pinang dan Selangor yang disokong oleh Pas menindas orang melayu dengan dasar2 berat sebelah seperti merobohkan rumah dan kedai2 milik Bumiputera.

7. Ahli dan peyokong 2 DAP (bukan melayu)menyokong Pas hanyalah untuk menghapuskan UMNO dan bukannya kerana dakwah dan bukan juga bersetuju dengan prinsip perjuangan Pas.

sumber

6 ulasan:

  1. he he he.

    aku saja lain pula hujah.Dalam UMNO sendiri pun tak sama rata.Ada yg makan kuah.Ada yang makan isi.Ada yang makan tulang.
    UMNO itu bagus.Cuma sejak-sejak akhir ini UMNO telah menjadi kuda pada pemimpin jaga temolok sendiri.UMNO jadi alat membuncitkan perut kroni dan geng sahaja.Penindasan dan kezaliman masih belum reda di setengah bahagian.Bukan PAS bagus dan Islamik.Cuma pemgundi nak lepas geram.Nak ajar sikit pada UMNO angkara wujud pemimpih yang rakus.UMNO kena bersih dan nampak telus sampai kebawah kalau nak tarik sokongan yang mantap.

    Aku harap UMNO di Kedah jangan syok sendiri.

    BalasPadam
  2. Tuan empunya blok yg dihormati.Cerita umno padang serai lagi kalut dan membuatkan orang ramai naik termuntah dan loya-loya.Cerita haprak yang gila nak jadi calon DUN Merbau Pulas .Guna Pemuda MIC desak pemimpin UMNO pilih haprak ini agar jadi calon.Depan Mukhriz pula itu.Pemuda MIC ini dah jadi askar upahan haparak ini dalam majlis penyampaian sumbangan Deepavali.Ini lah puncanya yang orang ramai teruatamanya melayu naik menyampah dengan UMNO Padang Serai.Nama haparak tu cari sendirilah atau sekali sekali berkeunjung lah ke padang serai untuk menjamu serlera.

    BalasPadam
  3. kepada anon 8.23

    Isu yang dibangkit berkisar kepada calon PRU. DUN Merbau Pulas sememangnya untuk UMNO, sekiranya ada calun yang layak dan mampu untuk menjamin kemenangan,teruskan ,aku ingat tak jadi halangan dikalangan umno cuma bila ada suara-suara sumbang macam ini yang menyebabkan umno lemah. mengapa tuan harus buruksangka terhadap kawan, kalau tuan juga mampu, silakan.

    Yang nak menjamin kemenangan adalah ahli parti tetapi kalau adanya sikap begini...hancur segalanya.

    maaf dzahir batin, pakngah

    BalasPadam
  4. Pakngah 8.58. Kalau macam ini jangan haraplah nak menang.Ahli sendiri oklah.Orang ramai kena ambil kira juga.Setakat ahli sahaja tobat tak menang.

    Bukan buruk sangka.Cuma meluat pada sikap gelojoh,loklak,haloba,dsbnya.Kenapa dalam UMNO Padang Serai jadi begini rupa.Tak malu ke pada orang lain.

    Dalam UMNO Padang Serai pun berselerak tak sedar diri lagi ke.Tak payah nak suruh orang lain bersikap murni.Sikap kepimpinan UMNO Padang Serai sendiri pun cukup memalukan.Salah siapa semua ini.

    BalasPadam
  5. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekerja dalam satu pasukan dalam Barisan Nasional (BN) terutama di peringkat bahagian adalah teras kepada kelangsungan parti dalam membentuk kerajaan persekutuan dan negeri.

    Beliau mahu kepimpinan semua peringkat BN menjulang dan mengukuhkan lagi semangat bekerja berpasukan untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

    "Dalam bola sepak ada satu pasukan, dalam politik pun mesti ada satu pasukan. Kalau ada dua pasukan, jadi masalah... kalau tiga pasukan, boleh hancur.

    "Jika satu pasukan, ia kuat dan untuk hadapi cabaran akan datang, ia lebih genting

    BalasPadam

b