Khamis, 6 Oktober 2011

KABINET BAYANGAN PAKATAN

AKHBAR China Press pada 4 Oktober 2011 menyiarkan berita yang memetik kenyataan Bendahari DAP, Fong Kui Lun mengenai barisan Kabinet bayangan pihak pembangkang.

Berita bertajuk “Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Bayangan – Fong Kui Lun’’ disiarkan dalam ruangan Dalam Negeri, halaman A15.

Menurut Kui Lun; Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah ‘perdana menteri bayangan’.

Beliau berkata, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, pihak pembangkang dapat memerintah Kerajaan Pusat, siapa menjadi Perdana Menteri akan ditentukan kelak daripada kalangan ketiga-tiga tokoh berkenaan.

Kui Lun yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang yang bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen turut memberitahu tiga ahli Parlimen masing-masing daripada DAP, Pas dan PKR akan mengawasi setiap kementerian secara bersama.

‘‘Kita telah mempunyai kumpulan kecil untuk mengawasi jawatan Kabinet dan selepas ini jika dapat memerintah Kerajaan Pusat, menteri akan dipilih daripada kalangan tiga ahli Parlimen yang memantau setiap kementerian,’’ katanya.

Kui Lun memberi contoh, gandingan beliau dengan Ahli Parlimen Kota Bharu daripada Pas, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kapar daripada PKR, S. Manikavasagam bertanggungjawab terhadap Kementerian Pelancongan.

‘‘Apabila timbul isu pelancongan kami bertiga akan diutamakan untuk bersuara,’’ katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas yang juga Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, Kabinet bayangan pihak pembangkang sudah lama wujud, cuma ia tidak diumumkan kepada pihak luar.

Koo Ham berkata, beliau sendiri dilantik untuk menangani isu-isu di Jabatan Perdana Menteri manakala Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mengawasi Kementerian Pengajian Tinggi.sumber

Komen UKL : Nama Anwar Ibrahim sebaris dengan Lim Kit Siang dan Hj Hadi Awang, amacam agak-agak sapa yang jadi PM kalau pakatan memang. PAS nak pegang jawatan apa? Penyokong PAS tau ke rancangan ini.

1 ulasan:

  1. ini semua gimik politik.politik moden macam-macam boleh berlaku.

    BalasPadam

b