Sabtu, 27 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

























Dengan mengingatkan ulang tahun kelahiranRasulullah SAW, kita akan menilai kembali apakah selama ini kita telah membuat sesuatu yang betul sebagaimana diteladani oleh baginda. Maulidul Rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.


Bagi umat Islamhari ini, tiada suatu nikmat lain yang lebih besar daripada kelahiran dan kedatangan junjungan besar Rasulullah SAW . Baginda diutuskan sebagai rahmat untuk alam semesta.



Sempena itu, Jawatankuasa Kawasan Rukun Taman Mutiara , Sungai Kob telah berjaya menganjurkan majlis Sambutan Maulidul Rasul. Acara dimulakan dengan perarakan dalam kawasan Taman Mutiara. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abd Rahman Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Pelbagai acara diadakan anatara ceramah maulidul rasul.








4 ulasan:

  1. Tahniah Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Mutiara, Sg. Kob, kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Rasul 1431.

    Bertambah berseri dan meriah, walaupun secara kecil2an tetapi amat bermakna, bila diadakan juga perarakan.

    Semoga rasa kecintaan dan kerinduan ummat Islam setempat, dapat disemarakkan lagi dengan aktiviti sebegini.

    Kepada Sdr. Abd. Rahman Mahmud, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, tidak ketinggalan diucapkan syabas kerana sanggup hadir bersama-sama penduduk setempat.

    Semoga bertambah erat ikatan sesama ummat.

    Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. 1431.

    BalasPadam
  2. Aku juga ingi mengucap tahniah ! pada ahli-ahli jawatan kuasa yang berjaya mengadakan majlis menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw.

    Pada Anak Melayu Kampung..tak ikut serta ke dalam majlis tersebut??

    he..he..he..saja tanya !!

    BalasPadam
  3. Apa habaq, saja tanya.

    Aku dok agak dah. Tentu ada orang dok tengok aku.

    Hangpa mungkinlah tak perasaan.

    Aku dok betul-betul di belakang hangpa.

    Ambaoi, hangpa tak paling ke belakang langsung.

    Selamat.......

    BalasPadam
  4. aku nampak rahman pakai baju yg tok det bagi.....kata tetap kata hentam tetap hentam balaih tetap balaih... he he he....lepaih ni suruh dia p semayang jumaat pakai baju yg tok det bagi kat masjid kejai dah org kampung x nampak di p semayang jumaat kat masjid kejai... cian tangga kat masjid kejai pun dah tak kenai raman..

    BalasPadam

b