KULIM - Bagi terus memperkasakan bangsa Melayu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang dan menjayakan Program Mesra Rakyat yang diadakan di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim (PBSK). Program yang dihadiri lebih 500 orang ini dianjurkan UMNO Bahagian Padang Serai dengan jayanya. Dalam ucapannya, beliau berkata, sepanjang 53 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Kerajaan Pusat, keadaan ekonomi negara dilaporkan stabil yang mana semua rakyat berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan sempurna selain menikmati pembangunan pesat. Beliau tidak menafikan berlaku sedikit perselisihan faham antara parti komponen namun semua ini dapat diatasi dengan baik melalui perbincangan. “Masalah dalaman antara parti merupakan satu perkara biasa tetapi sejak Parti Perikatan ditubuhkan, kita mampu memerintah dengan baik dan kemakmuran dapat dikecapi semua. “BN tetap mentadbir dengan baik. Tetapi setelah BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2008, kerajaan masih dapat ditubuhkan tetapi ia merupakan sebuah kerajaan yang lemah. Ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti dan pengundi mengakibatkan mereka memberi sokongan mereka kepada calon parti lawan,” katanya. Menurut beliau, punca utama mengapa lima negeri jatuh ke tangan pembangkang adalah kerana sikap penyokong parti yang tidak keluar mengundi. Beliau mendakwa parti pembangkang tidak mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Katanya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) meminta rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah dan kini ternyata PR tidak mampu menerajui kerajaan dengan baik selain tidak cekap dalam menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri yang diperintah mereka. “Parti pembangkang tidak bertindak cekap dan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. PR tidak berupaya memerintah dengan baik khususnya di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Kedah. “Mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan terhadap negeri yang mereka terajui. Rakyat memberikan kuasa kepada PR untuk membuat pembangunan tetapi sehingga hari ini mereka masih gagal,” katanya. SINAR HARIAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kehadiran orang ramai di dalam Program Mesra Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai pada 8 Februari, 2010, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hanya kira-kira 500 orang sahaja.
BalasPadamSumber lain melaporkan bahawa kira-kira 3000 orang telah membanjiri Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim.
Aku cukup kecewa dengan laporan yang mencatatkan kehadiran di dalam program yang dihadiri YAB Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia, hanya kira-kira 500 orang sahaja.
Aku perhatikan orang ramai yang hadir jauh lebih ramai dari yang dilaporkan Sinar.
Tolonglah buat laporan yang betul.
Tahniah kepada seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Paang Serai atas usaha yang baik ini.
Harap perbanyakkan lagi program demi kepentingan ahli dan masyarakat setempat.