Selepas berakhirnya era pemeritahan gemilang Tun Mahathir, spy tengok semangat kebangsaan didalam Umno semakin hilang sedikit demi sedikit. Ini jelas ketara setelah teraju kepimpinan Umno diambil alih oleh Tun Lah dan juga pengaruh Khairy Jamaludin didalam Pemuda Umno.Di zaman pentadbiran Tun Lah serta Khairy, Umno dilihat amat lemah didalam menjaga hak-hak melayu serta memartabatkan taraf bangsa melayu di negara ini. Mungkin ini disebabkan oleh sindrom "zzz" Tun Lah dan juga kerakusan "berbisnes" oleh menantunya ketika itu.Melayu dilihat berada didalam keadaan yang cukup memalukan apabila di zaman pemerintahan Tun Lah hinggakan jika bangsa melayu bercerita tentang hak melayu itu sendiri sahaja sudah dianggap rasis oleh kaum lain di negara ini.Ditambah pula dengan beberapa kes seperti permohonan maaf akibat dari cium keris oleh DS Hishamuddin dan juga kes sejarah kaum pendatang oleh Datuk Ahmad dari P.Pinang. Ini menunjukkan melayu pada ketika itu langsung tak mampu "panggung kepala" dihadapan kaum minoriti negara ini.
Setelah beralihnya pemerintahan kepada DS Najib, Umno dilihat masih tercari-cari formula ampuh untuk menegakkan perjuangan kebangsaannya. Ditambah pula kedudukan Ketua Pemuda Umno yang bagi spy, amat kurang sekali semangat kemelayuannya itu.Apa yang spy boleh katakan, Umno kini lupa bahawa parti itu sebenarnya adalah ditubuhkan bertujuan untuk membela hak dan juga bangsa melayu itu sendiri. Ini sekaligus bermaksud mendaulatkan Islam itu secara total didalam negara.Bagi spy, Umno itu sendiri adalah UMNO ! Pemimpin-pemimpin Umno kini harus tahu membezakan diantara peranan mereka didalam Barisan Nasional dan juga tugas sebenar mereka didalam Parti UMNO !Jangan dicampuradukkan apa yang dipraktikkan didalam Barisan Nasional dengan hala tuju yang ada didalam perjalanan menjaga hak bangsa melayu didalam Umno.Banyak pemimpin-pemimpin Umno kini kabur dengan matlamat sebenar mereka. Lihat sahaja bagaimana bangsa melayu kini yang semakin terpinggir didalam negara. Dan lihat juga bagaimana Islam itu sendiri di rendahkan martabatnya di tanahair sendiri.Satu contoh yang spy boleh berikan disini.
Program Juara Rakyat oleh Umno, apakah ia untuk melayu sahaja ataupun ia terbuka kepada semua kaum? Siapa berani jawab tentang ini?Jangan lupa bahawa Umno itu hanya untuk bangsa melayu sahaja. Jika pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang mahu berjuang untuk kaum lain dengan menggunakan platform Umno, baik buka sahaja keahlian Umno itu sendiri kepada semua kaum.Pemimpin Umno boleh menjuarai hak kaum lain didalam platform Barisan Nasional tetapi jangan digunakan pentas Umno untuk tujuan itu. Jika tidak, apa gunanya Umno itu sebagai sebuah parti untuk bangsa melayu.Kita lihat sahaja program-program yang dianjurkan oleh parti komponen Barisan Nasional yang lain. Apakah mereka buka segala kemudahan serta pemberian bantuan kepada kaum selain dari mereka? Buka mata luas-luas dan nilaikan sendiri.Kini peranan Umno telah banyak diambil alih oleh PERKASA didalam menyuarakan hak bangsa melayu dan juga memperjuangkan martabat Islam di negara ini. Apakah pemimpin-pemimpin Umno tak berasa malu dengan situasi ini?Spy bukan ahli PERKASA dan spy juga tiada keinginan untuk menyertai PERKASA didalam masa yang terdekat ini. Tetapi spy malu dengan nasib Umno yang semakin "hilang gigi" didalam menjuarai nasib orang melayu.Pemimpin-pemimpin Umno kini seolah-olah takut untuk menyatakan bahawa mereka ialah pejuang bangsa melayu dikhalayak ramai. Mereka juga malu untuk bangun bersuara tentang penindasan yang berlaku kepada hak dan juga maruah bangsa dan juga agama.Ini amat berbeza sekali dengan keadaan sewaktu pemerintahan Tun Mahathir. Dan apa yang spy hairan, tak berkurang pun sokongan serta undi kaum lain kepada Barisan Nasional pada ketika itu dimana Umno dilihat amat lantang memperjuangkan hak kebangsaannya. baca disini
APA PUN TEORI APA PUN RESEPI,JASA UMNO TIDAK DAPAT DINAFI ! APA TAH LAGI UNTUNK MELENYAPKANNYA DIBUMI INI SAMA SEKALI.
BalasPadamYANG PENTING DAN UTAMA SEKALI PENGANUT POLITIK UMNO ITU SENDIRI MISTI BERUBAH.
BEGITU JUGA DENGAN ISLAM YANG MAHA SUCI AGAMA UNTUK SEKELIAN UMMATNYA.YANG KEJI ITU UMATNYA SENDIRI MEROSAK AGAMA SUCI! APAKAH MUNGKIN MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR..MARAHKAN UMMAT ISLAM AGAMANYA DIGANTI.
BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA YANG AGUNG SEKALI,YANG MEROSAK AGAMA ITU PENGANUTNYA SENDIRI.
HARI INI UMNO DIBENCI DAN DI CACI BUKAN KERANA NAMA DAN RETORIK PARTI PEMBANGKANG YANG BUSUK HATI.TETAPI PEMIMPINNYA YANG MEMBUAT DAN MEMBAWA SEGALA KECABUKKAN MASUK DAN BERSARANG DALAM UMNO ITU SENDIRI.
LEBIH-LEBIH LAGI PEMIMPIN ITU ORANG MELAYU SENDIRI YANG BERSIFAT DENGKI,KIANATNYA SUDAH SEIRAS WARNA KULIT BANGSANYA.
TIDAK SIAPA YANG MAMPU MEMUTIHKAN KEMBALI UMNO MELAINKAN BANGSA DAN PEMIMPIN ITU SENDIRI.SELAGI UMNO DIANGGAP HARTA PUSAKA KELUARGA SENDIRI UMNO TERUS AKAN DIBENCI DAN AKAN TERUS DICACI OLEH BANGSANYA SENDIRI.
MELAYU SATU BANGSA YANG SUDAH DITANAM DENGAN BENIH KIANAT DAN BUSUK HATI,WAIMA MELAYU ITU BERSERBAN TINGGI MAUPUN BERJUBAH LABUH SEHEBAT PADRI.
MELAYU HANYA INDAH TUTUR KATA DAN BERSOPAN DIDEPAN SAJA.TETAPI MELAYU MASIH MEMILIKI SIFAT SEMULA JADI.
KERANA MELAYU BUKAN BANGSA YANG MENCARI AGAMANYA,TETAPI MELAYU YANG MENCARI NAMA.AGAMA PADA ORANG MELAYU HANYA TINGGALAN BAKA.TIDAK HAIRAN MELAYU MAMPU TERPENGARUH DENGAN APA-APA SAJA DEMI KUASA.
KERANA MELAYU BUKAN PENEROKA AGAMA YANG SEBENARNYA !
ISLAM PADA MELAYU HANYA KAIN YANG MENUTUP KEMALUANNYA SAJA.BILA BERSENDIRIAN MELAYU AKAN MEMBOGELKAN DIRINYA KEMBALI PADA HABITAT ASALNYA.