Isnin, 1 Februari 2010

APA KESUDAHAN NASIB MELAYU


salah sebuah gerai yang dirobohkan di Permatang Pauh
Dalam tempoh seminggu ini, banyak berita menyiarkan bagaimana pihak berkuasa Pulau Pinang telah merobohkan gerai -gerai milik orang Melayu. Khabarnya selain kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar, serta gerai buah milik orang Melayu di Permatang Pauh dan banyak lagi selepas ini. Kita amat bersimpati dengan nasib orang Melayu Pulau Pinang ini.

Mungkin inikah bagai yang dikatakan, "mendengar guruh dilanggit, air tempayan dicurahkan"

3 ulasan:

  1. Dulu depa kata UMNO tak tolong Melayu.Melayu terbiar walaupun ada Wakil Rakyat dari UMNO dalam Kerajaan BN Pulau Pinang.

    Orang Melayu dah pun "hukum" BN.UMNO tertiarap.

    Harap-harap bila naik Kerajaan PR di Pulau Pinang, orang Melayu akan terbelalah.

    Rupa-rupanya Wakil Rakyat Melayu dalam Kerajaan PR, dua kali lima.

    Melayu tetap merempat di Pulau Pinang. Peluang "cari makan" yang ada sikit-sikit nampaknya "tertutup" sedangkan orang lain tak diusik.
    Dr. Mansor, Malek, Dato Seri AP Bayan Baru dan yang lain-lain dok buat apa...

    BalasPadam
  2. Kejadian di PP adalah gambaran apa yang akan terjadi jika mereka memerintah M'sia.Dendam kesumat mereka kepada orang melayu tetap menebal.Sebagai bangsa subsidi orang melayu kena bergantung harap kepada umno.Tetapi aku sedih dengan bangsa ku.Mereka mudah lupa.Untuk membina kekuatan bangsa dalam semua bidang bukanlah sesuatu yang mudah.Pemimpin silam telah berjaya membangunkan bangsa dalam bidang pendidikan,ekonomi(walaupun ramai yang pertikai tetapi kita kena terima hakikat bahawa bangsa melayu telah berada ditahap yang lebih baik dinegara ini berbanding setengah suku kaum lain)
    Dalam kes perobohan gerai peniaga PP,aku nampak kerajaan PP zalim kepada bangsaku.Kenapa masih ramai orang dari kaum lain berniaga di atas jalan tidak diambil tindakan.MELAYU KENA SEDAQ

    BalasPadam
  3. Salam
    Sdr bINSAAD,

    Ya, aku setuju sangat Melayu kena sedaq. Malahan Melayu wajib sedaq.

    Melayu akan hilang dari muka bumi ini kalau masih asyik menyalah orang lain dan tak bersedia untuk berubah.

    Anak-anak muda Melayu jangan mudah terpengaruh dengan ungkapan-ungkapan yang menyalahkan kerajaan dan pemimpin.

    Belek-beleklah balik lembaran sejarah perjuangan Melayu penduduk terawal bumi bertuah ini.

    Jangan ikut sedap mulut,menyalahkan pemimpin akhirnya yang rugi Melayu sendiri.

    Mustahilkah Melayu bersatu, dalam menghadapi cabaran "hidup mati" bangsa kita.

    BalasPadam

b