Khamis, 28 Januari 2010

BN HARUS BELAJAR DARI KESILAPAN


Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan



KAMPUNG BUDI - Pemimpin Barisan Nasional (BN) di semua peringkat harus mengambil pengajaran dan iktibar daripada pilihan raya umum yang lepas, menyebabkan beberapa negeri terlepas kepada Pakatan Rakyat (PR). Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kedah, Datuk Ariffin Man berkata, beliau menyifatkan situasi yang tidak diduga pada pilihan raya umum yang lepas adalah satu petanda dan amaran daripada rakyat untuk parti komponen yang berada dalam BN. Menurutnya, petanda itu adalah satu pengajaran daripada rakyat yang mahu sikap pemimpin BN diubah dan perkara itu harus diakui mereka. “Rakyat memberi pengajaran kepada BN pada pilihan raya umum yang lepas dan perkara ini harus diambil perhatian oleh semua pemimpin BN terutamanya UMNO di semua peringkat. Zaman sekarang adalah zaman untuk rakyat dan mereka telah menunjukkan kekuatan mereka, dan agenda kita perlu diubah selaras dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu rakyat didahulukan,” katanya pada Program Isu Semasa di Dewan Kampung Budi, dekat sini. Ariffin berkata, namun perkara itu bukan mudah untuk diterima pemimpin setempat kerana masih ada yang mementingkan kepentingan diri sendiri dan kepentingan rakyat diketepikan. “Walaupun UMNO sudah mencecah usia 64 tahun dan tidak dinafikan kematangannya dalam mengurus pentadbiran negara bersama parti komponen yang lain, namun pemimpin komuniti setempat perlu matang seiring usia parti yang di dokong mereka. Sesiapapun tidak menafikan dan mengharapkan parti lain selain UMNO dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu selama negara ini merdeka,” katanya. Menurutnya lagi, disebabkan sifat segelintir pemimpin setempat yang mementingkan diri sendiri menyebabkan rakyat mula melupakan jasa parti itu yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu sejak dahulu lagi.






Komen UKL



Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Kerja UMNO Kedah mengenai perkara ini. Apa yang perlu dibuat oleh kepimpinan UMNO Bahagian hendaklah memenuhi kehendak rakyat dan sentiasa mendampingi masyarakat setempat. Pegeseran antara pemimpin parti boleh menyebabkan ahli-ahli parti menjadi keliru . Bagaimana pula dengan orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan parti?

4 ulasan:

  1. Aku rasa terpanggil untuk memberi respon tak sepertinya kepada seruan dan harapan Datuk Setiausaha Kerja UMNO Kedah, di Kampung Budi.

    Apa yang disuarakan Datuk Setiausaha Kerja UMNO Kedah itu dah agak lama aku nantikan. Satu pengakuan ikhlas seseorang yang amat sayangkan UMNO dan BN amnya.

    Dan suka aku memberi respon yang jujur dan ikhlas mengenai Bahagian aku yang kalah 3-0 dalam PRU 12, Mac, 2008, ia-itu Bahagian Padang Serai. Walaupun kekalahan tersebut berpunca dari ‘tsunami politik” pada ketika itu, jangan lupa bahawa pihak parti lawan memang berazam sungguh-sungguh untuk mengalah calon-calon BN.

    Atas dasar “bersungguh-sungguh” itulah PKR dan PAS telah mengalahkan calon-calon kita.

    Pada ketika itu suasana politik Bahagian Padang Serai, agak stabil dan tenteram; tiada tanda perpecahan yang ketara, tiada sebab BN/UMNO boleh dikalahkan.

    Kini keadaan jauh berbeza. Saban hari aku perhatikan “anggota UMNO” di Cawangan-Cawangan khasnya dalam keadaan “mabuk, mengantuk dan tertidur” persis kekenyangan seolah-olah dua DUN dan Parlimen Padang Serai masih dikuasai BN/UMNO.

    Begitu jugalah keadaan Bahagian.
    BN/UMNO kalah teruk di DUN Lunas,DUN Padang Meiha dan Parlimen Padang Serai. Kita kalah TERUK….TERUK. Kita KALAH…… KALAH.

    Tapi apa usaha yang UMNO/BN lakukan semenjak kita dikejutkan. Aku tak nampak pun apa-apa aktiviti yang boleh merangsang semangat ahli UMNO khususnya. Kalau setakat nak sampaikan bantuan “melepaskan batuk di tangga” sangat tidak memadai. Buat orang gelak saja.
    Aku suka menyeru saudara-saudara yang memimpin Cawangan dan Bahagian supaya bekerja keras mulai sekarang. Kalau tak sanggup dan tak mampu boleh berundur sebelum terlambat. Mungkin ada saudara-saudara kita yang lain yang sanggup dan mampu bekerja sekaligus memberi harapan untuk UMNO/BN menebus kekalahan yang memalukan, dua tahun yang lalu.

    Saudara/saudari yang bergelar pemimpin lupakan sekejap fasal nak jadi calon. Tak guna jadi calon kalau kita kalah lagi.

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang aku dok pikiaq camne nak bagi orang paham mesej kita. Ramai pemimpin yang dok bersuara , nasihat kepada pemimpin umno supaya bersatu dan buat kerja macam gesaan Presiden parti, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apa yang jadi, pemimpin dok bersaing sama sendiri nak tunjuk hebat, lupa tanggungjawab atas perjuangan parti. Sia-sia saja pemimpin diatas dok bagi nasihat, tapi masih tak berubah.

    Pemimpin umno yang ada hanya dok tonjol diri sendiri itupun hanya kepada ahli-ahli parti. Bagaimana dengan masyarakat lain yang tidak menjadi ahli parti, apatah lagi perkhidmatan kepada ahli-ahli parti yang sebelum ini tak sokong umno. Disinilah pemimpin umno kena BELAJAR seperti kata Datuk Ariffin.

    Tak guna kita jadi pemimpin tapi parti kalah macam dok ada lani. Kalau setakat nak riazah orang mati , tak payah la nak heboh benda tu, dah jadi kewajipan orang islam. Takut pula lepas ni pi sembahyang jumaat pun , nak heboh kat orang. Inilah lemahnya pemimpin umno.

    Banyak lagi tugas dan tanggungjawab. Bukan sekadar hanya nak tanggung tapi jangan lupa nak jawab sama. Jawab kepada diri sendiri, mampukah aku memimpin parti, tapi yang lebih berat adalah amanah.

    Sekadar komen yang mungkin menguris perasaan orang yang makan cili dia terasa pedas.

    BalasPadam
  3. Kita bercakap tentang kekalahan BN dlm PRU 12... mcm mana kita nak rampas kembali kedah???..itu persoalan yang acapkali ditimbulkan. Adakan kita menoleh kebelakang kenapa keputusan PRU 12 kita mengalami kekalahan yg teruk...adakah hanya dikatakan tsunami politik, ataupun lain2 hal dalaman yang menjadi faktor kekalahan. Mungkin ini adalah dugaan daripada allah swt,dan ini harga yg kita perlu bayar akibat daripada kelakuan dan kesalahan kita dulu.
    Sekarang apa yg perlu dilakukan....jangan ada lagi boikot memboikot calon sepertimana yg terjadi dahulu....buluh dijual air mineral dibiar berkotak2 tidak disampaikan kepada peti2 undi poster tidak dipasang yg yg paling dasat gerakan tidak mengundi calon BN ketika itu.. ini kerja siapa...kerja-kerja org yg masih diberi kepercayaan untuk menerajui Bahagian Padang Serai...bijak betul org ini baling batu sembunyi tangan dari segi bercakap dialah hebat dari segi perbuatan dialah juara ini. kita jangan merungut atau pun menyesal dengan keadaan ketika ini kerana ini adalah akibat daripada pembuatan kita sendiri. Kita x akan menang selagi pemimpin yg kita angkat mempunyai kepentingan diri dan pemimpin yg suka "cah keting", org ini sanggup untuk menjadi pelacur politik demi cita-cita politiknya tercapai... adakan kita perlu menyimpan pemimpin seperti ini lagi...kalau ditanya kepada juak-juak ataupun parasit-parasit yg kuat membodek siapakah yg layak diketengahkan sebagai calon pada pilihanraya (PRU13) nanti sudah tentu dia berkata sipolan ni la yg layak sebab di bekerja utk rakyat tanpa kepentingan diri sendiri dan memegang jawatan tertinggi diperingkat bahgian...podah....Percayala selagi kita mempunyai pemimpin seperti ini PRU 13 kita kalah lebih teruk lagi. Kembalila bersatu buang perasaan hasad dengki takut pada bayang-bayang dan ingat semua ini terletak kepda ketentuan ilahi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. kuat kan semangat teruskan berusaha moga-moga impian kita tercapai. insyaallah

    BalasPadam
  4. Orang yang menjadi teraju umno padang serai itulah yang melingkupkan dan sabotaj dalam pru 12 lalu.masa itu pun dia dah gila nak jadi calon.Sekarang dendam tak habis pada halim bas.Halim bas lah yang tabur duit rata perwakilan.

    BalasPadam

b