Isnin, 18 Januari 2010

SOKONG KRISTIAN SAMA SEPERTI SEKUTUKAN ALLAH

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin menegaskan golongan Melayu Islam yang menyokong penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam sama seperti menyekutukan Allah SWT kerana membenarkan nama Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Menurutnya, puak Kristian berkeras mahu menggunakan nama Allah sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti mereka iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci sedangkan bagi umat Islam, Allah SWT itu adalah satu akidah. “Terminologi boleh ditukar ganti tetapi akidah tetap sebati, amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendukung Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredaan kamu,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Selain itu, Zulkifli turut menegaskan Malaysia boleh bertukar menjadi seperti Indonesia sekiranya isu penggunaan kalimah Allah tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Menurutnya, isu kalimah Allah ini amat sensitif dan semua pihak harus melihat isu ini daripada konteks masyarakat setempat iaitu negara Malaysia sebelum bersama mencari jalan penyelesaian bersama. Sumber:SINAR HARIAN

3 ulasan:

  1. sETAKAT BERKOKOK DALAM BLOG...PUNGKOK PENUH TAIK BUAT APA! JIKA BENAR MENGAPA TIDAK MENYANGGAH PENDAPAT BOSS DIA...CARI TAK CUKUP MAKAN !! JGN SEMBANG LEBIH LAH DASAR GILA GLAMOUR !!

    BalasPadam
  2. Salam. Aku setuju sangat dengan YB kita ni. Tapi aku juga setuju dengan komen APDS.

    YB berdegar-degar memberi pandangan yang pada pendapat aku amat disetujui oleh kebanyakan orang Melayu/Islam, khasnya.

    Tapi apakah terjahan YB ditujukan juga kepada Ketua Umum YB. Kan dia yang lebih-lebih.

    Macamana YB.....

    BalasPadam
  3. aku tak sokong cara YB, berani kut belakang saja, depan tunduk . Nak tanya sikit, Sapa yang dok bercakap dan menyokong mengenai isu ni.

    BalasPadam

b