UKL difahamkan pada 8 Februari ini Tun Dr Mahathir Mohamad akan berada di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim atas jemputan UMNO Bahagian Padang Serai. Kehadiran Tun Dr Mahathir ini akan memberikan inspirasi dan semangat kepada seluruh ahli UMNO khususnya di Bahagian Padang Serai. Semoga dengan kehadiran beliau, ianya akan memberi impak yang besar disamping memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi PRU13. Sekiranya cadangan majlis ini menjadi kenyataan, sekalung tahniah UKL ucapkan kepada kepimpinan UMNO Bahagian Padang Serai yang berjaya mengundang TDM.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam.
BalasPadamTahniah kepada Ketua Bahagian dan AJK UMNO Bahagian Padang Serai kerana berupaya menyusun dan mengatur agar Tun Dr. Mahathir, Bekas Presiden UMNO Malaysia yang disayangi dan dihormati oleh ahli-ahli UMNO, kalau pun tak semua, dapat hadir sebagai tetamu UMNO Bahagian.
Sudah agak lama Yang Berbahagia Tun tak berkunjung ke Bahagian ini.
Kehadiran Tun aku kira patut sekali digahkan ke seluruh Bahagian Padang Serai dan Bahagian-Bahagian sejiran.
Semoga dengan kehadiran Tun diharap seluruh ahli UMNO Bahagian Padang Serai akan dapat merapatkan barisan, "membuang yang keroh, dan mengambil yang jernih" dan melangkah sederap, menongkah arus menuju kejayaan.
Tak kan UMNO Bahagian nak membiarkan pihak pembangkang bermaharajalela lagi dalam PRU 13.
Selamat Meneruskan perjuangan demi Agama dan Bangsa.
Kepada Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir diucapkan SELAMAT DATANG dan JASAMU TETAP KAMI KENANG.
Tahniah dan aku sokong ketua UMNO Padang Serai kerana menjemput Dr Mahathir ke Bahagian ini. Mungkin ini permulaan untuk mengorak langkah memperkukuhkan jentera umno. Bersatulah untuk menghadapi cabaran akan datang.
BalasPadamKepada yang masih dok cari masalah atau kelemahan orang lain, kembalilah merapatkan saf kepimpinan supaya ia lebih kukuh dan jitu. Ketepikan persengketaan, jayakan matlamat perjuangan parti demi bangsa dan agama.
KALAULAH JADI BETUI YABHG TUN MAI PADANG SERAI,AKU TABIK KAT KETUA BAHAGIAN KITA.BUKAN MUDAH NAK WAK MAI TUN OOOIII.
BalasPadamTAPI KITA KENALA PAKAT-PAKAT PI MAJLIS TERSEBUT BAGI RAMAI.KALAU TUN MAI ORANG TAK DAK MALU LA KETUA BAHAGIAN KITA.AKU TETAP PI.TAK KERJA PUN TAK PA HARI TU.AKU NAK DENGAQ KUPASAN TUN TENTANG MASALAH NEGARA.SEKURANG-KURANGNYA KALAU PUAK-PUAK PAS N PKR KELENTONG AKU BOLEH LIBAS BALIK. HIDUP TUN!!!!!!!!!!
Hidup UMNo bukan kerana hidupnya ketua bahagian maupun timbalannya..tetapi hidup UMNO kerana suara bangsa melayu.Andainya kita mengangap ketua bahagian menangung malu...itu jauh dari perjuangan asalnya.Cuma yang mampuih bukan ketua bahagian dan timbalannya..tetapi yang merana itu bangsanya.Hari ini kita menyokong UMNO bukan kerana ketua bahagian dan timbalannya...UMNO bukan Mak bapak mereka yang punya.Cuma mereka diberi mandat untuk mentadbir bahagian UMNO yang ada.Jadi pada ketua bahagian jgn pula terasa ia memiliki kuasa sepenuhnya...Ingat kuasa ada pada suara bangsa yang masih mahu mengekalkan mereka...bukan untuk menyangak kesempatan dalam bangsa demi perut anak pinak mereka.
BalasPadamKehadiran TUn juga diatas kesedarannya untuk membantu bangsa..bukan sekadar nak bermuka-muka untuk Ketua bahagian Padang Serai yang konon bijak mengendali pemimpin UMNO yang ada.Sokongan bangsa itulah yang perlu dijaga agar UMNO jgn menjadi NAGa menelan bangsa sendiri oleh kegiatan ketua-ketua bahagian yang gila mencari kerusi !!
Apa yang belaku PADa YB PKR perlu dijadikan iktibar...tidak mudah untuk membimbing bangsa...bukan sekadar untuk menyangak jawatan dan peluang yang ada untuk suku sakat depa!
Akhir sekali ketua Bahagian Padang serai bijak-bijaklah mendampingi bangsa...kereta yang tersergam indah bukan nilainya bangsa menyokog kita....bertemulah rakyat dengan cara hidup mereka..bukan dengan lagak kekayaan dari jawatan yang dipungut dari suara mereka.
Hari ini UMNO dibenci dan dicaci kerana sikap pemimpin sendiri...kerana pemimpin UMNO masih kekal dengan lagak kekayaan jawatan yang ada.
Jangan rosak UMNO dengan gelagat gila kuasa anda...padahnya adalah Bangsa bukan anda!!
Kerana UMNO hak seluruh bangsa..bukan hak mak bapak ketuanya.
wassallam.
Aku sokong kata songkokrendah bahawa Umno bukan Ketua Bahagian yang punya tapi milik bangsa melayu.Kalau itu lah jadinya maka kita kena pakat-pakat jaga umno.SEBENARNYA UMNO ADALAH WARISAN PENINGGALAN TOK NENEK MOYANG KITA.Jatuh bangun umno Padang Serai adalah tanggung jawab kita.Tapi masaalah kita ialah puak-puak dalam umno.Bila puak kita kalah kita tak sokong puak satu lagi.Bergaduh dalam pemilihan umno ambik masa yang lama untuk berbaik.Sindrom inilah yang akan merosakan umno.
BalasPadamSatulagi masaalah kita ialah kita terlalu suka buruk sangka kepada kawan-kawan.Persepsi buruk ini menyebabkan kita menuduh kawan kita bolot projek, jaga kroni,kerat kawan tu kawanni dan macam-macam.Sehingga apa pun yang kwn kita buat tak kena belaka.Keadaan ini menyebabkan pemimpin umno dilabel sebagai kaki rasuah dan sebagainya.Kita lah sebenarnya yang meletakan umno dan pemimpin umno ketahap yang cukup jijik.
Bagaimana kita nak kempen mengatakan kawan kita calon yang baik jika ia jadi calon.Dulu kita bagi tau kat orang kawan kita ni tak bagus.Tiba-tiba bila jadi calon kita kata dia adalah calon yg bagus/baik berbanding dgn calon pihak lawan.Siapa yang akan percaya kita.
Oleh sebab itu,aku rasa sudah sampai masanya kita kena ubah sikap kita.Perangai PHD,mengumpat,buat fitnah,aku tak dapat biaq semua tak dapat,ego sendiri dan semua himpunan sifat keji kita kena buang demi umno kita tersayang.
Satu lagi aku rasa kita jangan cakap benda yang kita tak tau.Kita tak dak fakta jangan cakap.Tak payah ulas benda yang samar-samar.Kalau betul-betul nak penjelasan dapatkan sari sumber yang betul.Sebagai contoh,kita tak faham macam mana cara pemberian projek,jangan dok tuduh kawan tu,kawan ni.Tanya dari sumber yang betul barulah betul.Kita malu bila orang pas /pkr tuduh orang umno bergaduh kerana berebut projek macam anjing berebut tulang.Bila kita tanya sapa yang cakap depa kata orang umno yang bagi tau.
Selepas itu baru kita boleh bercakap soal nak menang pilihanraya.Maafla aku hanya orang bodoh tapi aku sayang kat umno.