Ahad, 31 Julai 2011

AJK KHAS UMNO BHG PADANG SERAI


Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran UMNO Bahagian Padang Serai akan ditubuhkan cepat mungkin bagi memikul tanggungjawab mengambil alih tampuk pentadbiran UMNO Padang Serai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebelum ini pentadbiran UMNO Padang Serai diletakkan di bawah UMNO Kedah setelah ketuanya Abdul Rahman Mahmud menyerahkan surat perletakan jawatan parti pada 7 Jun lalu.

Buat sementara waktu tugas berkaitan akan diserahkan kepada jawatankuasa yang akan dilantik namun apabila masalah UMNO Padang Serai selesai baru kita akan serah balik kepada sesiapa yang dirasakan layak memangku jawatan ketua UMNO bahagian itu.

2 ulasan:

  1. Kenapakah UMNO terus berangan-angan dan berkhayal..sedarkah kita, anda ahlli UMNO, kepimpinan di semua peringkat terutamanya di peringkat Bahagian yang masih bercelaru ekoran badi yang melanda UMNO hasil dari pemilihan UMNO 2008 lalu yang mana hingga sekarang masih menghantui sebahagian besar umno bukan sahaja di kedah malah hampir di seluruh Malaysia. Percakaran d peringkat Bhg antara yang menang dengan yang kalah dalam pemilihan masih menjadi barah dan terus menular seperti mana yang masih belum dapat diselesaikan di Sungai Petani, Baling, Pdg Serai, Kuala Kedah, Jerlun, malah Bhg Merbok Juga.....yang pentingnya sekarang ialah, ubati dahulu penyakit yang sedang di hidapi oleh UMNO kemudian barulah boleh cakap mengenai PRU ke-13, sama ada nak terus ruyup ataupun menawan kembali kedah...PAS bukanlah kukuh sangat...tapi masalah dalaman UMNO menyebabkan PAS nampak ok menjadi kuat. lihat apa dah jadi dengan pentadbiran UMNO Bhg Pdg Serai dan Sungai Petani.....yang jelas memberikan kredit dengan mudah kepada pembangkang dalam PRU akan datang...ukur baju di badan sendiri, jangan bercakap guna kepala lutut....jangan terlalu yakin dan percaya laporan JASA/JHEK, Kemas yang hanya untuk menjaga periuk nasi masing-masing di mana laporan mereka boleh dianggap syok sendiri..begitu juga dengan Jalinan rakyat yang membuat laporan berdasarkan emosi bukannya kajian.....

    BalasPadam
  2. BAGI ORANG-ORANG KUAT UNMO PADANG SERAI, TERUTAMA TIMBALAN KETUA PEMUDA, EN HALIM BIN HAJI HASSAN TU KENA PEKA SIKIT, KENA TAHU SIAPA KAWAN DAN SIAPA MUSUH DIDALAM SELIMUT. SEBAGAI SEORANG YANG ADA DARAH UMNO SAYA AMAT TERKILAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI BILA TIBA-TIBA DIA BOLEH DUDUK DIKEDAI MINUM PAGI DENGAN ORANG YANG DAH LAMA ASYIK KUTUK DIA DAN BERSUARA LANGTANG AJAK ORANG MENJATUHKAN DIA DAN TIBA-TIBA BOLEH DUDUK SEKALI. HALIM AWAK KENA TAHU DAN KENAL KAWAN. SELIDIKLAH SIKIT. AKU MEMANG DARAH UNMO DAN AKU PANTANG ORANG MACAM NI. PAK YA SUNGAI ULAR TU, DAH BERTAHUN SEMBANG AKU TAU DIA NAK HANG JATUH. DIA PERBURUK HANG KAT TEMPAT NI, TEMPAT MAKAN MINUM PAGI KAT JABATAN HUTAN LAMA KILANG LAMA NI. ALIH=ALIH SIKIT MASA NI JADI LAIN.. EN HALIM..INGAT DURI DARI DAGING..

    BalasPadam

b