Rabu, 8 Ogos 2012

HARAM, BERDOSA UNDI DAP



KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

19 ulasan:

  1. KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.

    Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

    "Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.

    "Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.

    "Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.

    BalasPadam
  2. Semua ini adalah retorik politik untuk masa PRU nanti.

    Tugas utama pengundi ialah bukan lagi fokus pada retorik kosong atau auta.

    Pengundi akan nilai siapa dia calon waktu itu.Kalau calaon DAP ok apa salahnya.Kalau calon PAS ok pun apa masaalahnya.Kalau calon UMNO hebat kita wajib undi.

    Inilah gambaran tunggu dan lihat pengundi.Kecuali pengundi tegar parti berkenaan.

    Faktor parti dan retorik mereka hanyalah bebentuk sementara nak dapat kuasa.Bila dapat rakyat dilihat sebelah mata sahaja.Cuma bila dekat dgn PRU baru lah bersua dgn rakyat.

    Baru lah diambil kira suara rakyat bila dekat lima tahun sekali.

    Zaman gula-gula sudah sampai dipenghujungnya.

    Latar belakang calon diutamakan.

    BalasPadam
  3. `Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’

    BalasPadam
  4. kah kah kah.kalau calon cek spring macamana pula.

    BalasPadam
  5. BETOI LA HARAM DAN DOSA UNDI DAP TU.
    TAPI PEMIMPIN UMNO PUN KENALAH BUAT PERANGAI DAN TAULADAN YG ELOK JUGA.
    KAKI BETINA/KAKI JUDI/SEKANDAL/BERLAGAK/RANGGI.TAK AMANAH/DUIT RM TAK BOLEH HARAP.MACAM-MACAM LAGI.

    BalasPadam
  6. haram ke dosa ke tengok calon dulu.
    kalau calon pun dosa bertimbun.

    BalasPadam
  7. orang yang dok ceramah maki orang lagi berdosa, macamana?

    BalasPadam
  8. tazkirah kuda-kuda pas :
    1.puji lim guan eng ketua menteri penang.
    2.tak puji ostat azizan kedah pun.
    3.puji nik ajis kelantan.
    4.suroh jgn beli kat pasar bulan posa.suroh bini masak sendiri.kalau tak pakai tudong jgn beli.
    5.pas ikut ajaran islam.

    lepas tu ramai pelan-pelan cari pintu nak cabut.

    BalasPadam
  9. dulu pas sekarang bebasJumaat, Ogos 10, 2012 6:40:00 PTG

    puak pas dah suntuk masa, masa buat terawih pun buat ceramah bukan tazkirah

    BalasPadam
  10. PKR yang suka main belakang tu macamana pula ..ha..ha..

    BalasPadam
  11. dengar kata masjid pekan padang serai tiap malam ceramah ala tazkirah.sapa tok imam dia.penceramah dia puji lim guan eng saja.

    BalasPadam
  12. masjid bikan labu basak pun sakan.balun bn terang-terang.

    BalasPadam
  13. pdg serai mana ada biro agama.yg ada biro antarabangsa dan hal ehwal indon dan karoeke.

    BalasPadam
  14. Tazkirah Masjid Taman Selasih terang-terang ajak makmum tolak BN , amacam...

    BalasPadam
  15. masjid kilang lama pun sapu umno/bn....

    BalasPadam
  16. Antara ketua cawangan yang boleh mengetuai jemaah seperti Imam ialah:

    1.ketua cawangan terat batu.
    2.ketua cawangan kg bt karangan
    3.ketua cawangan tok rasul
    4.ketua cawangan sg seluang

    sebab tu cawangan mereka kuda pas tak boleh buat sarang.

    BalasPadam
  17. he he he he.
    ada juga ketua cawangan yg belum baligh lagi.

    BalasPadam
  18. Salam orang UMNO.
    Puak PAS dah katok tangga rumah kerumah bagi sumbangan raya secara senyap-senyap.Sorat habak pun tak keluak.
    Orang UMNO yg tak dapat depa bagi.
    Depa ada skuad sayang depa sendiri.Naik motor saja.

    BalasPadam

b