22 September 2012
ALOR SETAR - DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.
“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.
Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.
“Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR,” katanya.
Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu.
“Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini,” katanya.
Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit.
“Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.

Elok sangatlah tu.DAP pula jadi MB Kedah.Konpom MB DAP Melayu.
BalasPadamUMNO jadi pembangkang.PAS jadi EXCO Kanan.
ramai dah fed up dgn umno pdg serai termasuk pemuda.wanita dan puteri.
BalasPadamTok Bashah, anda Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, janganlah dok kacau bab DAP nak tambah kerusi ke ataupun nak buat apa, biarlah dia denga n agendanya...Tapi anda apa yang anda buat untuk mantap dan kuatkan UMNO menjelang PRU ke-13, sudahkan anda berjaya selesaikan masalah dalaman UMNO di peringkat Bhg. cermin umno kedah dulu sebelum nak campur tangan dalam parti lain....
BalasPadamumno kerja .majlis beri elaun jkkkk je yg banyak.
BalasPadamdok kerja jumpa dgn ketua cawangan.
kursus pun ketua cawangan saja.
lepas tu balik lena.
cawangan berserabut.
pembangkang lebih ramai dari penyokong BN dalam kampung.
ketua cawangan syok sendiri saja.
Betoi...hampir 99% ketua cawangan dah putus haid...cawangan paling ramai ahllinya pun peti undinya kalah dalam setiap pilihanraya...pasai apa lagu tu...cuba tanya ketua cawangan naga lilit dan taman selasih
BalasPadamSelagi ada 6 jahanam dalam Padang Serai.Lingkup dan punahlah.
BalasPadamMerekalah perosak.