Isnin, 15 April 2013

200 KELUAR PKR PADANG SERAI





             
           

KULIM 15 April - Menyedari tertipu dengan janji manis pembangkang, lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas bertindak keluar daripada parti mereka dan menyertai MIC.
Lebih 150 anggota PKR dan lebih 50 anggota DAP sekitar Paya Besar telah menyerahkan borang keahlian menyertai MIC pada satu majlis di Pusat Daerah Mengundi Paya Besar, Lunas dekat sini petang semalam.

Mereka yang diketuai K. Bala, 54, yang menyertai PKR sejak 10 tahun lalu, menyerahkan borang keahlian itu kepada Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah S. Ananthan.
Hadir sama pada majlis itu adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Lunas Mohamad Razhi Saleh, yang sebelum ini ADUN PKR dan Exco kerajaan negeri tetapi kemudian menjadi wakil rakyat Bebas, dan bekas pemimpin PKR Padang Serai Hamid Othman serta ahli jawatankuasa MIC Padang Serai dan beberapa cawangan sekitar Paya Besar.
Bala berkata selama menjadi anggota parti tersebut tiada apa pun yang mereka dapat selain mendengar janji-janji kosong kerana itu hasrat untuk menyertai Barisan Nasional telah dipendam sejak dua tahun lepas.

"Masyarakat India dipinggirkan kerana mereka bercakap tidak serupa bikin, mujurlah ada Pusat Khidmat Penyelaras DUN Lunas, di Taman Cekur Manis, yang telah banyak membantu kaum India selama ini.

"Kaum India bukan sahaja dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tetapi juga mendapat kemudahan Tekun yang telah banyak membantu peniaga kecil dan usahawan India khususnya di Lunas yang boleh menghela nafas lega untuk menyambung perniagaan mereka," katanya.
Terdahulu Mohamad Razhi ketika berucap pada majlis tersebut berkata ada beberapa faktor menyebabkan beliau keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas sejak 2010 terutama selepas beliau merasa tertipu dengan tindakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini oleh kerana itulah saya meninggalkan jawatan Exco kerajaan negeri Kedah kerana perkembangan politik yang dimainkan pembangkang amat kontra dengan prinsip hidup saya," katanya.

Sementara itu, Ananthan berkata semakin ramai anggota parti pembangkang sekitar kawasan tumpuan penduduk India di Lunas iaitu di Paya Besar kini lebih condong menyertai Barisan Nasional (BN).
"Hasrat Presiden MIC yang mahukan perpaduan dalam kalangan masyarakat India di Kedah khususnya di Paya Besar hampir tercapai berikutan wujudnya perkembangan yang menyebelahi MIC lebih-lebih lagi dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini," katanya kepada pemberita.
Katanya hasrat BN untuk merampas kembali dua kerusi DUN yang diperuntukkan kepada MIC di Kedah yang tewas kepada pembangkang pada PRU 2008 iaitu Lunas dan Bukit Selambau nampak semakin cerah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_51/PRU-13-Lebih-200-ahli-PKR-dan-DAP-Lunas-sertai-MIC#ixzz2QWGu1g5s

© Utusan Melayu (M) Bhd 


1 ulasan:

  1. Cerita keluar parti...masuk parti merupakan satu trend menjelang sesuatu PRU...begitu juga dengan pro-kontra terhadap calon yang bertanding....tidak lupa perbuatan ugut, sabotaj sesama dalam parti terus berlaku...Marlia Oh Marlia...apalah nasib kamu dalam PRU 13 ni...Cekgu Madi, Zuber Kongkang, Halim Bas, Bakri JASA...frust menonggeng@terlentang...akhirnya PAS yakin terus menang dalam DUN Merbau Pulas dalam PRU ini.....UMNO/BN terus kalah dengan masalah calon, dan sabotaj tak puas hati kerana kehendak hati tak terlaksana....kalau doa tak di makbul allah apakah anda akan keluar dari Islam ataupun anda akan sabotaj Islam, keran islam dianggap Taka adil.....Allah tak bijak ....

    BalasPadam

b