Khamis, 15 September 2011

DAP TUNTUT 2 PARLIMEN 4 DUN KEDAH


Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.




P/S Amacam..Ustaz Azizan boleh layan ke?

3 ulasan:

  1. Salam.

    Permintaan DAP Kedah adalah sangat munasabah.

    PR Negeri Kedah patut memberi pertimbangan yang sewajarnya.

    Dengan adanya ADUN dari DAP yang lebih ramai, akan membantu kerajaan negeri dengan lebih berkesan.

    Ahli PAS Kedah pun sudah bersedia untuk memenangkan calon2 dari DAP "kerana mereka sudah lebih memahami Islam berbanding dengan UMNO".

    Kalau DAP yang ada seorang wakil dalam kerajaan pun sudah mampu "menggegarkan" Dewan, sudah tentu dengan bilangan yang lebih banyak perkara yang mampu "dilaksanakan".

    Lepas ini mungkin dengan pengaruh mereka, bendera negeri akan dicadangkan supaya ditukarkan.

    Akurlah dengan kehendak mereka.

    BalasPadam
  2. salam .

    Kemarin selepas solat Jumaat, di perkarangan Masjid Kelang Lama PAS mengadakan satu Demonstarsi menyokong Mat Sabu yang mencetus isu perjuangan Mat Indera dan komunis.

    Pada masa yang sama DAP tuntut 2 kerusi Parlimen dan 4 DUN Kedah. amacam? Betuilah apa yang dibuat oleh puak-puak PAS kemarin menyokong tindakan DAP..ha..ha..ha

    BalasPadam
  3. Demi untuk menang, untuk kuasa, untuk mengalahka UMNO, untuk menguasai Putrajaya, untuk menghancurkan UMNO. Demi untuk kesepakatan, Demi untuk kebajikan sesama kaum...apa salahnya PAS melayan tuntutan DAP di mana kawasan sesuai untuk DAP bertanding yang pentingnya UMNO mesti di kalahkan.
    Macam dalam BN jugak, UMNO sanggup berkorban demi untuk enjaga hati Cina, India....lihat Parlimen Pdg Serai, Melayu merupakan pengundi majoriti, calonnya dari Cina MCA...salahkah kalau PAS juga berbuat demikian, jangan kelirukan pemikiran pengundi, inilah yang di katakan politik...

    BalasPadam

b