Selasa, 13 September 2011

TOK IMAM DAN BILAL DIPAKSA MAKAN DAGING BABI SEBELUM SEBELUM DITEMBAK




Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.


Karikatur itu disiarkan di Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bagi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

2 ulasan:

  1. Aku terpanggil untuk menulis dalam ruang ini. Kekejaman kominis ni tak boleh dimaafkan.. Derita dan sensara anggota keselamatan dan juga orang kampung amat pedih..

    Yang sedihnya golongan muda yang paham apa-apa mengenai kekejaman koninis pun menyokong Mat Sapu Normah..Tolong mederkakan pemikiran untuk Agama Bangsa dan Negara.

    BalasPadam
  2. AKU AMAT SETUJU . MAT SAPU NORMAH LUPA NIKMAT TUHAN

    BalasPadam

b