Khamis, 3 November 2011

NIK AZIZ KELIRU

Dulu bukan main, sokong sangat S.Ambiga sertai Bersih 2.0 sekarang kalut desak kerajaan ambil tindakan ke atas S.Ambiga..

KOTA BHARU 3 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka termasuk Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sekiranya terlibat sama.

Beliau berkata, penganjuran program tersebut merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseksual.

Malah, Nik Abdul Aziz turut yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program itu tanpa menunggu desakan daripada mana-mana pihak.

"Kita sokong Ambiga dalam perkara berkebajikan tetapi bila sesuatu yang bercanggah kita tidak sokong, tidak ada dalam dunia ini kebebasan sepenuhnya, yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.

"Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang bersandarkan ke atas hak asasi?

"Justeru, tindakan tegas perlu diambil dan ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan di sini, hari ini. - Utusan

2 ulasan:

  1. Nik Azizi baru tahu bahawa sekarang zaman di JUBURI dan al JUBURI sudah meresap dalam penghidupan orang Melayu

    Sudah jadi perkara biasa..

    BalasPadam
  2. Nik Aziz memang keliru dan mengelirukan, kalau macam tulah pendirian Nik Aziz dan mungkin juga PAS ataupun Ulama PAS, apa salahnya kita berkawan dan bersekongkol dengan Yahudi/Israel/Zionis, sebabnya, bukan semuanya yang di lakukan oleh Yahudi/Israel/Zionis itu semuanya salah, ada juga betul dan benarnya, banyak juga faedah yang di di sumbangkan oleh Yahudi/Israel/Zionis kepada dunia dan umat manusia termasuk kepada PAS dan Umat Islam di atas muka bumi ini, contohnya Komputer yang sedang di gunakan sekarang yang mana Pas GUNAKANNYA mernghentam Kerajaan dan UMNO.....

    BalasPadam

b