Ahad, 1 Januari 2012

HEBAT...PU3 KBB WUJUD KLINIK BERGERAK

Klinik kesihatan bergerak Puteri UMNO Kulim/Bandar Baharu

01/01/2012 2:18pm

BANDAR BAHARU 1 Jan. - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu mewujudkan klinik kesihatan bergerak yang akan ke kawasan luar bandar mulai tahun ini.

Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, mereka akan menggunakan sebuah kenderaan serbaguna Proton Ixora sumbangan Puteri UMNO Pusat.

Dengan kemudahan itu, pihaknya akan sekerap mungkin melawat kawasan luar bandar menemui penduduk yang memerlukan rawatan kesihatan, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Klinik Kesihatan yang diadakan sempena Karnival Koperasi dan Pertandingan Pesta Air Sungai Kerian (PASAK) di Dataran Bandar Baharu di sini.

Katanya, pergerakan itu berharap program klinik kesihatan bergerak itu akan dapat sekurang-kurang memberi khidmat perubatan percuma dengan lebih berkesan kepada masyarakat luar bandar selaras dengan hasrat kerajaan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

b