Ahad, 1 Januari 2012

Perhimpunan 901: PERKASA Kulim buat laporan polis




2012/1/1 KULIM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Cawangan Kulim hari ini membuat laporan polis membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram "Kempen Bebaskan Anwar 901" di ibu negara pada 9 Januari ini.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusinya, Abdul Hamid Osman, di Balai Polis Kulim di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Abdul Hamid yang juga bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat(PKR) Padang Serai berkata perhimpunan itu dibimbangi akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan keselamatan negara. - BERNAMA

3 ulasan:

  1. Tahniah Perkasa Kulim kerana ke hadapan dalam usaha membantah kempen Bebaskan Anwar 901.Mana dia NGO lain yang berhajat nak bantah kempen ini..

    901 detik yang amat digerun Anwar..kah..kah

    BalasPadam
  2. Tahniah PERKASA Kulim. Mana lagi NGO yang lain. Jom esok pukul 3 ptg kita buat lapuran polislagi. Rakyat biasa pun mahu keamanan dan kebebasan. Geng Anwar sebut itu semua hak mereka. Tapi harus diingat rakyat biasa yang lain pun ada "hak" juga. Iaitu hak untuk hidup aman tanpa gangguan penyokong Anwar...

    BalasPadam
  3. sama lah dgn raja petra.pakat-pakat nak jadi hero.

    BalasPadam

b