Ahad, 29 April 2012

PADANG SERAI BILA LAGI?


Veteran UMNO tubuh Kelab Penyokong BN

KULIM 29 April - Sekumpulan veteran UMNO telah menubuhkan Kelab Penyokong 1Malaysia Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim/Bandar Baharu bagi membantu merampas kembali kerusi Parlimen kawasan itu bersama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya pada pilihan raya umum akan datang.


Bekas Ketua UMNO bahagian itu, Mokhtar Omar memberitahu, tujuan kelab itu ditubuhkan adalah untuk mengembleng tenaga ahli UMNO dalam bahagian itu secara keseluruhanya selaras dengan hasrat utama kelab untuk mengembalikan kawasan Parlimen dan dua DUN ke tangan BN.

"Kita berharap akan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 3,000 ahli membantu tenaga kerja BN untuk mengukuhkan kedudukan pengaruh BN. Kawasan ini pernah menjadi kubu kuat BN lebih 50 tahun," katanya kepada Bernama.

Katanya, sehingga kini kelab itu telah mendapat sokongan daripada lebih 200 ahli yang memang berhasrat membantu BN dalam pelbagai aspek termasuk tenaga dan pendapat dalam mengatasi taktik pembangkang.
Kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu kini diwakili Ahli Parlimen Bebas dengan dua DUN-nya iaitu Bandar Baharu diwakili calon Pas dan DUN Kulim diwakili wakil rakyat dari PKR. - BERNAMA

11 ulasan:

  1. Tahniah kerana ada usaha murni untuk parti.
    Bapa aku kata Pak Mokhtar ini dulu kena jual dengan mamak kadiak.Dia pekena Pak Mokhtar.

    BalasPadam
  2. Padang Serai bila lagi?

    Ramai dok cakap kaki sabotaj banyak dari Labu sampai Kg Tunku Putra.

    BalasPadam
  3. Padang Serai akan musnah lagi sekali.
    Bercakaran lah hangpa.
    Berebutlah hangpa semua nak jadi calon.
    Bungkuih lah jawapnya.

    Bersih 4.0 patut buat di Padang Serai pula.

    Sapa nak jadi benteng.
    Kita tengok pula.

    BalasPadam
  4. Padang Serai mana ada Cawangan ataupun bahagian UMNO...
    Yang ada Parti Hasad Dengki.....

    BalasPadam
  5. Aku pun ambik peluang ni nak ucap tahniah kat orang Kulim/Bandar Baharu kerana ada semangat nak bantu umno..Tapi kat padang serai ni , aku kurang arif , tak nampak pun gerakan orang-rang lama waima bekas wakil rakyat yang dok pakat nak bantu umno..kalau nak pakat tu, jangan dok pakat pelingkup umno sudah la..kah..kah

    BalasPadam
  6. Pdg Serai ?
    Pakatan perosak adalah.
    Lama dah wujud.
    Sedang aktif kini.
    Tak ramai.
    Cuma 6 orang saja.

    BalasPadam
  7. Padang Serai sapa pun tak teringin nak bantu.sama sama sendiri depa pun berperang sakan.Orang ramai kata low class punya pemimpin..

    Apa UMNO Padang Serai buat.......

    BalasPadam
  8. Pdg Serai tak perlu tubuh itu semua kerana yang kalah dalam pemilihan dianggap bukan lagi ahli UMNO. Maknanya dalam Pdg Serai tak ada veteran, yang ada semuanya baru-baru belaka...yang menjadi ahli UMNO adalah mereka yang mempunyai jawatan sahaja....itu sahaj ahli UMNO Pdg Serai.......

    BalasPadam
  9. Dalam umno tak perlu kerja kuat.Kerja kuat pun bukan siapa hargai.
    Nak pegang jawatan kena huluq duit tebal sahaja masa pemilihan.Tak buat kerja pun menang.
    Terutama ketua cawangan yang mata duitan.Itulah puncanya UMNO orang meluat.
    Kalau tak ada duit dok huluq sorry lah.

    Inilah yg berlaku di Padang Serai.

    BalasPadam
  10. Kelab sokong aku tak pasti.
    Tapi kalau kelab sabotaj dah ada secara rahsia
    di Padang Serai.

    BalasPadam
  11. he he he he.
    HQ di labu besak.

    BalasPadam

b