Khamis, 21 Jun 2012

Perkembangan Terkini Sungai Kob!


Perkembangan Terkini Sungai Kob! Penduduk Sedia Bertempur Dengan Prestavest!

Nampaknya keadaan semakin getir di Sungai Kob. Penduduk kampung tidak lagi dapat menahan sabar ekoran kedegilan dan keangkuhan kontraktor bernama Prestavest yang kini telah merompak tanah penduduk kampung untuk pembinaan jalan bertar menuju ke kawasan perkuburan swasta mereka di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob, Karangan. 
Setakat ini, Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil sebarang tindakan selain daripada menyalahkan kerajaan UMNO-BN terdahulu yang kononnya telah meluluskan tanah perkuburan swasta berkenaan, meskipun sebenarnya yang mewujudkan tanah perkuburan swasta terbesar di Asia Tenggara itu adalah Pakatan Rakyat. Dua perintah mahkamah sebelum ini terutama pada zaman pentadbiran UMNO-BN menyebabkan Prestavest tidak berdaya meneruskan niat mereka untuk meletakkan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu Sungai Kob. 
Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mentadbir Kedah dengan bahagian Selatan Kedah telah 'diserahkan' kepada PKR, inilah yang berlaku!
Maklumat terbaru yang diterima ialah, penduduk kampung telah mendirikan dua buah khemah di jalan masuk ke Memorial Park Sungai Kob. Pemaju tanah perkuburan swasta tersebut telah diberikan kata dua iaitu mengeluarkan semua mesin dari kawasan berkenaan dan menghentikan projek. 
Tempoh akhir adalah pada pukul 9:00 pagi nanti. 
Sepasukan anggota polis telah digerakkan ke kawasan tersebut bagi menghalang sebarang kemungkinan yang buruk.
Wakil Kerajaan Negeri tidak kelihatan. Malahan ADUN Kulim, wakil PKR juga tidak nampak batang hidung. Begitu juga dengan wakil Pejabat Tanah dan Galian yang telah meluluskan projek berkenaan walaupun selepas menerima perintah mahkamah agar ia dihentikan!

8 ulasan:

  1. Agak2 geng yang buat demo kat IPD kulim pasai 3 bilion anwar pi tak untuk bersama penduduk sungai kob.

    BalasPadam
  2. Mana ada .Tak nampak muka pun.Eloklah.
    Pas tipu Melayu.UMNO pekena Melayu.PKR jual Melayu.

    Itulah nasib Melayu.
    Mana hilang pejuang Melayu.
    Nak jadi wakil rakyat nak wakil siapa?

    BalasPadam
  3. Amboinya gamakkah Kerajaan Islam PAS lagi Kerajaan Sejahtera tak perihatin orang Melayu di situ.

    Mana YB -YB pergi.
    Telinga perkak ke.

    UMNO pun bersuara lah sama.Kenapa diam seribu bahasa.
    UMNO adalah pembangkang di Kedah.Tak kan nak lagaak macam kerajaan.

    Nak harap siapa lagi.

    Tampil lah kedepan wahai pemimpin kita.

    Kesian laha pada mereka.

    PAS dah jadi tikus tanah takut juga.

    BalasPadam
  4. Bukan ADUN Kulim.ADUN Merbau Pulas.

    BalasPadam
  5. Selamat pengantin baru ya YB.he he he he

    BalasPadam
  6. PTG NI 24HB PUAK PAIS BUAT PERHIMPUNAN HIJAU KAT KG TUNKU PUTRA, KILANG LAMA.. KALAU ADA SESIAPA YANG RAPAT DENGAN PUAK NI , TOLONG BAGITAU SURUH DEPA PI BANTU ORANG SUNGAI KOB SAMA.

    BalasPadam
  7. Mana dia Pekida/Perkasa/UMNO/PAs/PKR bantulah mereka ini.

    BalasPadam

b