Isnin, 25 Jun 2012

Umni tegur pimpinan UMNO



"Kita jangan takut pada ancaman, jangan takut pada ugutan dan kalau niat kita  betul, perjuangan kita betul, rakyat pasti akan menerima apa yang kita sampaikan.

Tetapi saya sedih, sebab ramai ahli Yang Berhormat dalam UMNO tidak turun padang menyerang dan membunuh segala hipokrasi anwar dan azmin sedangkan mereka ada jawatan dalam kepimpinan parti Seluruh pimpinan UMNO perlu membantu YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Jagi mesej yang ingin saya sampaikan kepada pimpinan UMNO ialah kita jangan buat program syok  sendiri, dalam kalangan ahli UMNO saja, sebab itu kita kalah pada 2008 kerana tidak belajar daripada kesilapan" kata Ummi Hafilda Ali yang menyampaikan ceramah di Rompin, Pahang.

16 ulasan:

  1. Bukan setakat ummi hafilda saja yang kata, orang kampong pun kata, pemimpin umno syok sendiri, buat program kat ahli umno saja, tak berani jumpa / ceramah kat orang luar..selalu pemimpin umno tumpang program orang.

    BalasPadam
  2. memang betoi dan tepat sekali...UMNO dari Cawangan hingga ke Pusat..hanya ada dua orang sahaja yang bekerja untuk meghadapi PRU untuk UMNO menang dalam pilihan raya....iaitu Presiden dan Tim. Presiden....manakal yang lainnya buat aktiviti syok sendiri..sesama sendiri...P3 dengan P3nya...Pemuda dengan Pemudanya, Wanita dengan wanitanya...manakala Bhg dan Cawangan jadi pemerhati.....dok kira nak cantas sapa...dok kira nak penuhkan tembolok saja...do cari kroni...dok geli nak jadi calon....kalau nak harap ahli UMNO sampai kiamat pun UMNO takkan menang dalam pilihan raya...hanya 4 juta saja....pasai apa tak pi ke kampung...kawasan perumahan berjumpa dengan pengundi...kepen...bagi penjelasan...bagi penerangan...janganlah dok ego semaccam saja...... cuba buat aktiviti di luar tempurung sikit...kena berani..kena ada wawasan...kena ada misi....kena ada visi...bukan setakat cakap aje...kena praktik....kalau setakat berhimpun demo secara aman buat laporan polis..itulah namanya syok sendiri...geli sendiri...tu pun berapa kerat yang hadir.....nampak macam tak ngam atau pun tak serasi dalam UMNO la ni...masing-masing dengan hala tuju yang tak sama.....perjuangan caca marba.....mungkin kot di peringkat Cawangan dan bahagian serta negeri tak ada pemimpin berkaliber untuk meneruskan perjuangan UMNO yang belum selesai kerana Melayu mudah lupa.....

    BalasPadam
  3. Setuju benar tulisan anda ini.
    Padang Serai yg dekat dgn aku.
    Kera syok sendiri sahaja.
    Ceramah di Lasung Tujuh juru acara gila mikrophone.Lebih drp penceramah.Ilmu kosong tak payah tunjuk pandai.Orang yg dengar pun dah meluat.

    BalasPadam
  4. Selagi ada 6 jahanam di Pdg Serai itulah kisahnya.

    BalasPadam
  5. Ummi layak jadi calon Parlimen kali ini.
    Bagi dia lawan Anuar Berahim dalam dewan rakyat.
    Ummi juga layak jadi Ketua Wanita UMNO malaysia.

    BalasPadam
  6. Najib kena pulun bagi menang besar pada PRU 13 nanti.
    Kalau Najib gagal mengatasi pencapaian Pak Dolah maka Najib juga akan menerima nasib yg sama macam Pak Dolah.
    Oleh itu Najib juga kena pilih yg benar-benar bersih,calon yg boleh menang.
    Lagi pun bukan semua barisan kepimpinan UMNO calon boleh menang.
    Najib kena tegas kalau masih gagal maka giliran Mahyudin pula jadi PM macamana Najib jadi PM bila Pak Dolah menanh kecil.

    BalasPadam
  7. UMMI juga layak jadi EXCO Wanita UMNO malaysia.
    EXCO Wanita yg ada pun syok sendiri sahaja.

    BalasPadam
  8. Betoi 500 %.
    Puak UMNO syok sendiri nak jadi YB saja.
    Kalau bangunan UMNO pun depa jual.
    Boleh caya ke.

    Tahnian Ummi.

    BalasPadam
  9. semalam PR menyerang mini stadium keladi, boleh berceramah sampai 8 orang termasuk saifudin dan anwar.. ribuan yang hadir.

    yang aku pelik puak umno dok asyik bertelagah tak habis2. dalam FB hentam tak henti2.. ceramah atau majlis penerangan tak buat langsung. jangan mimpi la. mana pengerusi BN , lari mana.

    BalasPadam
  10. SAMA MACAM JAWATANKUASA BAHAGIAN PADANG SERAI, TAK TAU NAK BUAT, NGANGA

    BalasPadam
  11. malam ini PKR seranng Taman Desa Aman pula.
    UMNO dok nganga.syok sendiri nak jadi calon.
    pakat-pakat londeh sama sendiri.
    AJK bahagian lena'
    Pemuda dah lena dan mimpi
    Wanita dok kira skuad sayang saja habuk pun tarak
    PU3 dah lari malam.

    Pembangkang serang Padang Serai bertalu.
    Mana pemimpin UMNO....

    BalasPadam
  12. Tony Ayam, aku tau hang pon serupa aku, mendidih geram kat puak-puak ni asyik syok sendiri, hentam kawan2, mana pemimpin umno padang serai, jangan samapai depa kata takda teluur....

    BalasPadam
  13. He he he he.

    Mola-mola depa serang Padang Kulim
    dekat 2 AJK bahagian dan Pemangku Ketua UMNO dekat situ.

    Kemudian PKR/PAS serang kat mini Stadium pun dekat Kg Dusun ada AJK bahagian.

    30/06 PKR serang pula Desa Aman cawangan SU Bahgaian.

    Habislah UMNo kalau macam ini.Tak layak pun nak jadi pemimpin Melayu/UMNO.

    Lepas ini mana pula PKR nak serang.......

    BalasPadam
  14. Depa (ajk bhg umno)pun serang balik, balik rumah

    BalasPadam
  15. balik serang bini...kah....kah...kah...

    BalasPadam
  16. Aku amat setuju dengan terjahan dan teguran yang aku rasa terdiri dari ahli UMNO yang terlalu sayangkan parti tersebut.

    Aku, macam kekawan yang terlalu mengharapkan agar UMNO dapat bangkit dalam PRU 13 ini juga rimas dan kecewa dengan keadaan UMNO Padang Serai yang nyata berpecahbelah.....

    Aku suka mencadangkan kepada 10 orang "calon" yang menawarkan diri agar dipilih untuk bertanding dalam DUN Merbau Pulas, kalau hangpa benar2 sayangkan bangsa dan agama,supaya dengan sukarela "menarik diri dengan segera" dan sebaliknya bersatu memberi tumpuan kepada perjuangan sebenar. Sebab, ikhlas cakap, hangpa tak termasuk dalam kategori "calon yang boleh menang" hangpa jadi mangsa "syok sendiri"

    UMNO Padang Serai dan rakyat pasti menghargai tindakan mulia hangpa.

    Muhasabahlah diri.

    Kembalilah pada landasan perjuangan yang sebenar.

    BalasPadam

b