PRU13 - UMNO Lancar Program 'SHAP' di Setiap Daerah Mengundi.
KUALA LUMPUR 1 Julai - UMNO akan memberi tumpuan kepada program 'Setiap Hari Ada Program' atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.
Beliau berkata sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.
"Shap akan dimulakan hari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi Umno dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.
Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.
Beliau berkata sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.
"Shap akan dimulakan hari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi Umno dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.
Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya.
Atas kertas nampak cantik.
BalasPadamKalau dok buat sesama sendiri juga buang masa sahajalah.
Aku risau.
Pemimpin atasan cakap lain.
Pemimimpin bahagian dan cawangan buat lain.
Ingat lah.
Pengundi cerdik dan lebih bijak drp pemimpin umno bahagian.
Sama-sama lah kita tunggu dan lihat umno padang serai nak bergerak macamana.
Mungkin ala syok sendiri.
Dulu juara syok sendiri.
Aku sokong 100%.
BalasPadamMulakan dulu Di Taman Selasih dan Taman Angsana.
Sini kubu kuat PKR dan PAS.
Satu lagi.Kaw kg hijau.Kampung Nagalilit.
BalasPadamUMNO relek je.Jgn buat kat KEda.Buat dlm kg Nagalilit.Ketua caw buat pe.batu api je...
Serang nagalilit.
Kalau kita tengok keputusan PRU ke-2 [2008] lalu, hanya 3 peti undi di menangi oleh UMNO/BN [Kuala mSedim, Jangkang dan Keldi], maknanya 40 lagi peti undi UMNO/BN kalah, ini menunjukan bahawasanya, 40 peti undi itu adalah hijau, jadi UMNO mesti tidor senyenyak-nyenyaknya kerana 40 peeti undi yang kalah dalam pru ke-12 lalu sukar untuk umno menang dalam pru ke-13 ni, lebih-lebih lagi bagi peti undi Naga Lilit yang kononnya ahli UMNO teramai dalam Bhg Pdg Serai...ketua cawangannya cot uban hanya kulit UMNO, isi dalamnya pembangkang ada dalamnya PAS, PKR dan DAP....begitu juga dengan Tmn Selasih dan Tmn Angsana...kedua-dua ketua cawangannya bekas tentera yang syok sendiri tapi tak ada kridibiliti dan tak ada pengaruh, depa ni mampu menumpaskan UMNO, satu lagi cawangan Batu 8, dia ni pun berok syok sendiri macam ketua Cawangan Naga Lilit, banyak idea yang menguntungkan pembangkang......tapi mengaku bijak.......idea SHAP nampak macam OK, mungkin di atas kertas, pelaksanaannya mungkin berserabut, kerana ringgit menjadi rebutan di kalangan pentadbir Bahagian dan Cawangan......selagi tak ada keinsafan, ketakwaan, keimanan, jati diri, intergriti, kesefahaman dan semanagt untuk menang selama itulah UMNO akan terus tersungkur dan merempat di kubu sendiri, UMNO hanya menang sorak keran umpan yang ditabur habis di makan dek kerana laporan palsu oleh JASA [JHEK], KEMAS, RELA, JKKP, TEKUN dan Pejabat Penerangan.....kerana tidak jujur...tidak ikhlas....
BalasPadamTu dia.Anjing mana pula salak macam tak dapat tulang.
BalasPadamIni pun tak termasuk lagi kumpulann yg sedekah buluh pada PAS di Sidam Kanan.Orang UMNO laaa.
Puak sabotaj dah pun terima hukuman.
Tinggal lagi saki baki je bertopeng.
Jasa Pdg Serai ada dua.
BalasPadamSatu sokong zuber.
Satu lagi sokong diri sendiri.
Terkejut membaca tulisan RBF sini berkenaan AP Ulu Langat Abdullah Sani membuat fitnah bilik air rumah PM bernilai RM93 juta.
BalasPadamPerkataan sial,celaka dan haram jadah nampaknya sudah menjadi permainan di mulut pemimpin PKR ini. Apabila PM guna sekali perkataan haram jadah, gegak gempita puak-puak mereka.
Dia kata RM47 juta diminta daripada belanjawan tambahan sebanyak RM 13 bilion tahun 2011 untuk pembaikan rumah Perdana Menteri.
RM 47 juta untuk pembaikan rumah PM.....
Katanya apabila disoal dalam Parlimen apa yang dibaiki hingga RM 47 juta ? Menteri yang berkenaan tak boleh jawab dan akhirnya Menteri jawab kos untuk buat bilik air RM93 juta.
Saya ulang sekali lagi....bilik air RM 93 juta.
Dia sendiri yang kata 47 juta untuk pembaikan rumah PM, kemudian dia sendiri yang kata buat bilik air 93 juta. Tuhan nak tunjuk , akhirnya dia sendiri yang membuka pekung pembohongannya.....
Fitnah makan diri.....
Sila ke blog RBF untuk dengar video.
P/S The Unspinners bertanya:
UMNO kenapa diam saja apabila ada pembohongan sedemikian.
Ceramah tak ada ke? Risalah tak ada ke? Jumpa orang ramai tak de ke? Penerangan untuk memintas pembohongan tak ada ke? Pendedahan pelbagai penyelewengan takda ke? Hinggalan naik bendera pun takde ke?
Kalau ada, cukup ke? EFFEKTIF atau BERKESAN ke?
Nanti isi bakul angkat sendiri. Takkan mengharapkan agensi? Takkan mengharapkan sukarelawan? Takkan mengharapkan duit saja baru nak jalan? Takkan mengharapkan media? Sikit sebanyak, takkan mengharapkan blogger?
Sana sini dengar adalah berebut nak bertanding. Semua perasan winnable candidate. Mampus macam gini. Marilah berusaha sama-sama ...
Jangan-jangan UMNO pun bersyubahat sama.....di petik dari blog "The Unspinners"
Ini lah kerja Jasa dgn Kemas dan seluruh pemimpin UMNO.PKR tipu dan bohong.
BalasPadamBukan dok kira nak jadi calon je.
Cerita merata tempat.
UMNO nak lemas depa tak tau.
Bukan kerja Jasa sokong individu.Kena sokong bagi UMNO kuat.
Sia-sia lah gaji duit rakyat.
UMNO PDG SERAI BUAT APA LAGI.
BalasPadamPKR/PAS SERANG PULA TAMAN SELUANG SEMALAM.
DOK CERITA APA SISTEM BLOK TAK HABIS LAGI KEEE.
SEPATUTNYA BENDA ITU 2 TAHUN DULU DAH BERES,
DAH ASYIK DOK KERJA SENGKETA SESAMA SENDIRI.
UMNO PDG SERAI KETINGGALAN FERI.
SEMUA KEPIMPINAN UMNO PDG SERAI BERTANGGUNG JAWAB.DARI KETUA SAMPAI CAWANGAN.
Itu lah mentaliti dan keupayaan semua ajk umno padang serai.apa nak buat.nasib melayu pdg serai.ingat ke hebat.rupanya hampas tebu.....
BalasPadamMesyuarat Wanita UMNO Padang Serai kemarin.hambar sahaja di SM Keladi.
BalasPadamMacam nasi sejuk dan ais kosong.