Selasa, 12 Jun 2012

Sembahyang Khas Buat Ambiga, Pemimpin Islam PKR Terlibat Langsung!



Satu acara keagamaan telah dilangsungkan di Kulim atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2012 di Kuil Sri Maha Muthu Mariaman Kelang Lama, Kulim melibatkan INDRAF dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Serai. Program yang sepatutnya dihadiri oleh 1000 orang memandangkan Padang Serai dianggap kubu selamat PKR, bagaimanapun, hanya mampu menarik kehadiran tidak lebih 100 orang. Acara berkenaan berlangsung dari jam 6:30 petang sehingga 9:50 malam.
Acara tersebut adalah untuk menyokong 'perjuangan' Ambiga Sreevanasan untuk keadilan atau lebih tepat lagi, Sembahyang Khas untuk Ambiga.
Turut hadir dalam acara berkenaan adalah Naib Presiden PKR Pusat, N.Surendran, Dato' Hj. Tasleem Ibrahim, Presiden INDRAF Pusat, Latheefa Koya, Peguam PKR dan M.Asokan, Pengerusi INDRAF Kulim.
Antara isu yang diceramahkan adalah berkenaan BERSIH 3.0 dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Ambiga Sreevanasan yang sekarang ini tidak lagi membuka mulut atau celupar seperti sebelumnya.
Acara dimulakan dengan SEMBAHYANG KHAS untuk Ambiga dan kemudian disusuli ucapan Ambiga yang tidak hadir, tetapi dibuat menerusi perbualan telefon.
Seperkara yang menarik ialah, acara ini tidak memberi sebarang impak positif terhadap sokongan masyarakat India kepada PKR bagi Parlimen Padang Serai memandangkan majoriti hadiri merupakan masyarakat India dari luar, khususnya dari Sungai Petani dan Pulau Pinang.
Sambutan dan mood hadirin juga kurang menggalakakkan kerana penganjur gagal mencapai matlamat itu mengumpulkan 1000 orang seperti yang dijanjikan.
Antara lain dalam ucapannya, Tasleem Ibrahim menyatakan yang MAJLIS FATWA KEBANGSAAN ADALAH HARAM kerana fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis berkenaan terhadap Demonstrasi BERSIH adalah HARAM.

4 ulasan:

  1. HEBAT di Kilang Lama, Lepas Najib mai untuk Jelajah Janji Ditepati ada satu acara keagamaan telah dilangsungkan di Kulim atau lebih tepat lagi pada 10 Jun 2012 di Kuil Sri Maha Muthu Mariaman Kelang Lama, Kulim melibatkan INDRAF dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Serai

    BalasPadam
  2. YB Aishah lagi hebat...Tak pernah melawat kampung tapi semalam boleh bersyarah berapi-api di markas PAS tunku Putra hemtam umno yang dok bagi bantuan, hebat kan?

    Dia bagi apa?.....

    BalasPadam
  3. ha ha ha ha ha.

    ustazah tengah asmara dilamun cinta.
    kah kah kah kah.

    BalasPadam
  4. YB : yang berasmara
    Pas dgn Umno serupa .
    Cakap lain buat lain.
    Pas tipu melayu.
    Umno pekena melayu.
    Pkr kelentong melayu.

    BalasPadam

b